THE KINGDOM 》14

1.9K 192 1
                                    

Akhirnya, mereka menghabiskan masa di bar hingga tengah malam, berbual dan minum sehingga ke tahap mabuk. Setelah Han dan Noah minum terlalu banyak, Goo dan Frost memutuskan untuk pulang ke akademi. Mereka tidak mahu rakan-rakan mereka terus terjebak dalam keadaan itu. Masalah pasti akan timbul!

Dalam kegelapan, enam kepala kelihatan di sepanjang lorong kecil menuju ke arah akademi. Dua daripada mereka terhuyung-hayang ke kanan dan kiri, manakala dua lagi berjalan lurus sambil bergandingan bahu seperti pasangan kekasih.

Angin malam yang bertiup membuatkan wajah yang terasa bahang perlahan-lahan sejuk, menyebabkan keluhan panjang terlepas dari bibir kerana lega. Han dan Noah berjalan terhuyung-hayang sambil merangkul bahu masing-masing di belakang sekali.

Sementara itu, Goo dan Frost hanya berjalan dalam diam, memberi perhatian kepada dua orang gadis yang berada di depan mereka. Suara nyanyian dan ketawa mereka jelas kedengaran dalam kegelapan malam itu. Nampak seronok, tetapi bagi telinga yang mendengar, entah kenapa terasa tidak gembira.

Goo di sisi menguap kerana mengantuk. Dia yang tidak minum banyak seperti Noah dan Han masih berfikiran rasional dan bersuara. "Beraninya mereka berdua keluar malam berdua dalam keadaan macam ni..." komen Goo tentang dua orang gadis yang berada di hujung jalan depan mereka. Sejak tadi mereka mengikuti kerana takut ada apa-apa yang berlaku sepanjang perjalanan.

Frost yang mendengar tidak membalas kerana dia hanya fokus kepada orang yang mengenakan gown pink.

"Kalau aku tahu teman wanita aku keluar macam ni, lama dah aku ikat dia dengan tali biar duduk diam tak ke mana-mana," sambung Goo lagi sambil berjalan dengan kedua-dua tangan dalam poket.

"Ahh....bebasnya!" laung Han sambil mendepakkan tangan dan tersandung sebelum terjatuh.

Frost yang melihat terus mendapatkan Han dan membantunya bangun.

"Jalan elok-elok lah," arahnya semasa Han berdiri tegak semula.

"Heheh....Tahulah," balas Han yang kemudian berjalan bersama Noah, merangkul bahu di antara satu sama lain sambil menyanyi kecil semula.

Frost hanya mampu menggeleng kepala. Dah tahu toleransi rendah, masih juga minum banyak. Siapa suruh? Dia melepaskan keluhan panjang sebaik kembali berjalan di belakang bersama Goo. Beberapa minit kemudian, mereka akhirnya tiba di depan akademi.

"Kau tunggu sini...biar aku hantar dia orang dulu," arah Goo pada Frost.

Dengan kening berkerut tidak faham, dia memandang Goo dan dua rakannya silih berganti. "Kenapa? Jom la balik sama..." ajaknya.

Kepala Goo berpaling ke arah di mana dua orang gadis tadi menghilang sebelum memandang Frost semula. "Kau tengok dua orang tu...lepas aku hantar Han dengan Noah, aku datang balik," ujarnya.

Faham dengan apa yang Goo cuba lakukan, Frost hanya mengangguk faham.

Sesampai di depan pintu masuk, Goo menghantar Noah dan Han dengan menggunakan kuasa lenyap secara tiba-tiba terus ke asrama lelaki. Tak lama kemudian, Goo muncul semula dan menyertai Frost untuk mendapatkan dua orang gadis tadi pula.

Goo, yang pakar menggunakan kuasa psikik, berjaya mengesan keberadaan dua orang sahabat tadi yang hilang dari jejak tidak jauh dari laman bangunan menara. Dia berjalan di belakang Frost, mengecilkan mata melihat sekeliling.

Sementara Frost menggunakan kuasanya untuk mengesan degupan jantung tertentu, dia turut menemui dua orang itu. Telinga Frost bergerak sedikit apabila mendengar degupan jantung yang berada tidak jauh dari tempat dia berdiri.

"Sana...dia orang ada dekat depan laluan pejalan kaki," maklumnya semasa berlari ke arah itu. Sebaik saja mereka tiba di situ, mereka disapa pemandangan di mana dua tubuh itu sudahpun terbaring di atas jalan bertar dan lena dalam pelukan antara satu sama lain.

Goo yang melihat ketawa kecil. "Comel je. Mana-mana pun dia orang boleh baring. Bahaya betul," tunduk Goo yang ingin mendekati orang yang memakai dress merah jambu dahulu.

Frost yang melihat cepat-cepat memegang bahu Goo. "Tunggu,"halangnya.

Goo menoleh dengan kening terangkat. "Kenapa?" tanya dia.

"Biar aku angkat dia, kau angkat kawan dia," arah Frost semasa melutut sebelah kaki sebelum mencempung tubuh itu tanpa berlengah lagi, dibawa dekat pada badannya.

Goo pula mencempung tubuh satu lagi.

Setelah berdiri, mereka lenyap dari situ sebelum muncul semula di dalam sebuah ruang di dalam bangunan utama akademi. Memandangkan mereka tidak boleh muncul secara tiba-tiba di asrama pelajar perempuan, mereka terpaksa meninggalkan dua orang ini di sini. Ia lebih selamat berbanding membiarkan dua orang ini tidur di luar.

Setelah meletakkan dua orang itu di atas sofa, mantel di badan mereka kemudian ditanggalkan untuk diselimutkan sebelum mereka menghilang dari situ sesaat kemudian.

Maka tinggal lah dua gadis itu terlena dengan nyenyak dalam kegelapan.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now