THE KINGDOM 》83

1.6K 157 4
                                    

Kenapa jauh sangat pintu keluar hari ini?

Diane menoleh ke belakang sekejap-sekejap, nak tengok sama ada dia diikuti atau tidak.

Dan ya!

Lelaki keras kepala yang bernama Frost ini sedang mengekori dia!

Berasa takut ditangkap, Diane memandang ke depan lalu berjalan laju mencelah di kalangan pelajar-pelajar yang lalu-lalang di koridor itu. Sambil itu, dia menyebut nama itu:

KAISER!

KAISER!

"Mana kau! Dengar tak! Munculkan diri sekarang juga!" bisik Diane dengan kuat dalam hati. Kaiser adalah satu-satunya orang yang dapat membantunya lepas dari Frost.

Serius!

Lama sudah dia memikirkan cara ini.

Cuma dia tidak tahu bila nak melakukannya kerana keadaan selalu tidak mengizinkan.

Dan sekarang adalah masanya.

Dia sudah nekad!

Ini sahaja jalannya!

"Awak tunggu!" panggil Frost dari belakang.

Diane yang mendengar buat tidak dengar. Dia malah meluru ke arah pintu gerbang yang menghala keluar. Terlalu cemas jika Frost berjaya menangkapnya seperti hari itu. "Kaiser!" deram Diane lagi sambil berjalan memasuki satu lagi koridor. Laman berumput hanya beberapa meter dari situ. Tanpa tahu kenapa, perjalanan ke sana terasa jauh sangat kali ini.

Diane kembali menoleh ke belakang sambil berjalan laju ke depan.

Frost tidak jauh darinya, tetapi apabila Diane belok, lelaki itu hilang sekejap sebelum muncul semula di belakangnya.

"Kaiser!" panggil Diane lagi dengan jelas. Mana lelaki ini? Selalu ada muncul bila dia tidak perlukan, sekarang masa dia perlukan, boleh pula tidak muncul! Diane palingkan kepala ke depan semula.

KEDEBUK!

Diane terlanggar seseorang di depannya pada masa itu juga.

"Woah! Apa ini!" tegur orang yang menyambut badannya selepas perlanggaran berlaku.

Dengan muka terkejut, Diane mendongak memandang Kaiser yang berada di depannya dengan nafas tertahan-tahan.

Akhirnya!

"Tolong aku..." sebut Diane sambil menoleh ke belakang sekejap sebelum kembali memandang Kaiser.

Kaiser yang baru muncul secara tiba-tiba di situ selepas mendengar suara cemas Diane dalam kepalanya tadi kelihatan bingung. "Ada apa? Dah macam kena kejar hantu je aku tengok..." tanya dia sambil menyelak rambut Diane yang berwarna kelabu biru jauh dari menutupi muka.

Diane cengkam kedua-dua belah kain lengan Kaiser kuat-kuat. "Frost...dia kejar aku," beritahunya.

"Mana? Apa dia nak dari kau?" Kaiser menggerakkan kepala ingin melihat ke hujung koridor, tetapi ketika itu, Diane bersuara lagi dengan cemas.

"Jangan pandang..." tegah Diane dengan keras.

Pelik dengan tingkah Diane, Kaiser cuba menjauhkan diri. "Kau dah kenapa?"

Diane tarik semula Kaiser rapat kepadanya, malah dia memaksa tangan lelaki itu melingkar di sekeliling pinggangnya.

"Beritahu aku bila dia dah ada dekat belakang," pesannya.

"Hah?" Kaiser ternganga ketika memandang Diane dengan kening berkerut dan muka tidak faham setelah Diane merapatkan mereka berdua dengan intim. "Memangnya kenapa? Apa kau nak buat?"

Diane memandang ke mata Kaiser dengan perasaan nekad. "Bukan aku...tapi kau," jawabnya sebelum menelan air liur dalam debar.

"Aku?" Kaiser bergerak untuk melepaskan pelukannya dari pinggang Diane, tetapi Diane menghalang, tangannya dipaksa terus melingkar di pinggang itu.

Diane menjilat bibirnya tanpa sedar semasa memandang bibir Kaiser. Jika Frost melihat apa yang akan berlaku selepas ini, pasti lelaki itu akan putus asa dan berhenti.

Ketika itu, Kaiser ternampak Frost muncul dari hujung koridor. "Frost...dia dah ada dekat sini..." maklumnya sambil memperhatikan langkah Frost yang kelihatan lekas dan terburu-buru.

"Baik...sekarang aku nak kau cium aku!" arah Diane selepas itu.

Terkedu dengan arahan itu, Kaiser menunjukkan muka 'WTF' kepada Diane. "Apa? Salah dengar ke?"

"Cium aku...buat ia nampak real sebolehnya dan meyakinkan sesiapa yang melihat..." desak Diane sambil mendongak memandang Kaiser.

"Buat apa? Kau gila eh?" tanya Kaiser dengan terkejut. Eh-eh, perempuan ini...boleh pula bergurau macam ini.

Diane hentak kaki mendesak. "Cepatlah...nanti dia sampai sini tarik aku pergi, habis rosak semuanya. Cium aku bila dia betul-betul ada dekat dengan kita..."

Lama juga Kaiser memandang muka Diane. "Kau pasti?"

Diane mengangguk tanpa berlengah. Dia tahu dia akan menyesal. Tapi semua ini demi kebaikan Frost dan Luisa. Frost bakal raja negara ini, jadi mustahil untuk mereka bersama berdasarkan latar belakangnya. Sementara itu, Luisa ada perasaan pada Frost. Dia tidak mahu jadi batu penghalang kebahagiaan Luisa suatu hari nanti.

"Ya...aku pasti..." jawab Diane.

Melalui ekor matanya, Kaiser perasan Frost sudah pun lima langkah dari tempat mereka berdiri.

"Baiklah...jangan salahkan aku lepas ini," ujarnya sambil mengangkat tangan kanan memegang bawah rahang Diane dan mendongakkan kepalanya perlahan.

Diane memandang tidak berkedip ke Kaiser ketika lelaki itu menyengetkan kepala ingin mendekatkan wajah mereka.

"Kau okay ke dengan semua ini?" tanya Diane dengan nada berbisik di depan muka Kaiser.

Kaiser memandang Diane sebelum tersenyum lebar. Matanya naik turun dari bibir ke mata Diane. "Aku tak rugi...yang ruginya lelaki yang kau cuba jauhkan diri tu sebab aku dapat dulu sebelum dia..." ujarnya sebelum mengucup bibir Diane dalam-dalam dengan mata terpejam tepat pada saat Frost mendekat.

Melihat kejadian itu, Frost segera berhenti di situ. Tidak tahu kenapa, dia rasa terkilan selepas melihat dua orang di depannya sedang bermesraan secara terbuka.

Sekali itu, Frost nampak Kaiser memandang ke arahnya dengan renungan sinis seakan mengejek 'lihat siapa yang menang di sini' lalu mengeratkan pelukannya di pinggang Diane dan mengucup Diane lebih lama lagi.

Berasa kesal dan putus asa, Frost mengepal penumbuk lalu berpaling dari situ dengan muka tidak puas hati dan langkah marah.

Sementara itu, Diane yang sudah kehabisan nafas cuba menolak Kaiser jauh darinya. "Hentikan!" arahannya dari balik bibir Kaiser.

Kaiser melepaskan bibir Diane buat seketika sebelum berkata, "Dia tengah tengok kita tu...kau pasti nak berhenti?"

Kening Diane terangkat tinggi. "Serius?" Dia bergerak ingin toleh ke belakang, tetapi kepalanya dipalingkan semula oleh Kaiser.

"Kau kata nak nampak macam real kan..." bisik Kaiser dengan menggoda di depan muka Diane.

Tidak tahu nak jawab apa, Diane hanya mengangguk.

"Jadi...kau pun kena tunjuk macam real juga...takkanlah aku je yang buat move dulu?" umpan Kaiser, mahukan Diane membalas ciumannya.

"Dia tengok kita ke?" bisik Diane dari balik nafasnya.

Kaiser mengangguk sambil menjungkit kening.

Berbolak-balik dengan keputusan dan idea yang memakan dirinya sendiri, Diane akhirnya mengalah. "Baiklah...kau nak aku kiss kau balik ke ni?"

Tanpa berkata apa-apa lagi, sambil tersenyum, Kaiser kembali mengucup bibir Diane.

Diane melingkarkan tangannya di sekeliling leher Kaiser lalu terpaksa jengketkan kaki untuk seiring dengan ketinggian Kaiser, dan barulah dia dapat membalas ciuman itu tanpa mengetahui bahawa Frost sudah lama meninggalkan tempat itu.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now