THE KINGDOM 》18

1.9K 175 2
                                    

Cuaca yang cerah dan berangin pada tengah hari itu telah membuatkan ramai pelajar mengambil masa untuk bersantai di laman berumput akademi. Ramai yang berkumpul di situ dalam kelompok masing-masing namun tetap harmoni.

Ada yang hanya baring untuk berjemur, berbual sesama rakan atau pasangan, menyiapkan kerja, membaca buku, dan tidak kurang juga yang sedang berdating di situ.

Di depan pintu masuk, kelihatan Diane dan Casia sedang melangkah keluar dari bangunan tersebut. Sambil berjalan, mereka berbual tentang sesuatu yang seronok hingga bertepuk tampar.

Ketika seorang daripada mereka melangkah ke depan, tiba-tiba sebuah patung batu di puncak bangunan akademi itu bergerak, disertai dengan bunyi retakan setiap kali ia bergerak sebelum batu tersebut terjunam ke depan dan jatuh dari tempatnya.

Menuju tepat ke atas kepala mereka!

Kejadian itu disedari beberapa pelajar yang berada berdekatan dan dalam perjalanan masuk. Mereka melihat batu besar itu bergerak ke bawah dengan laju.

"Bahaya atas kepala tu!!" teriak mereka dengan kuat ke arah Diane yang berada di bawah runtuhan batu itu.

Tersentak dengan jeritan itu, Diane mendongak memandang ke atas, ingin tahu apa yang mereka jeritkan. Sesaat kemudian, secara refleks, perkara pertama yang Diane lakukan adalah mengeluarkan cahaya putih yang terang dari tangannya, lalu meledak sebelum mengenai Casia.

Cahaya itu menyebabkan Casia tercampak beberapa meter dari situ.

KEDEBUK!

Ketika tubuhnya terbaring di atas rumput, bunyi deguman yang kuat kedengaran. Debu dan angin kuat bertiup. Suara orang menjerit cemas segera memenuhi udara. Tanah di bawah bergegar buat seketika, membuatkan semua mengangkat tangan untuk melindungi muka masing-masing daripada debu dan serpihan batu yang melayang sekitar tempat kejadian.

Sambil terbatuk-batuk menahan sakit di dada, Casia mengangkat badannya dari rumput dengan susah payah. Sakitnya! Kenapa Diane campak dia macam ini? "Uhuk," batuknya sambil memegang perut yang terasa sebu akibat cahaya putih itu. Setelah pulih sedikit dari sakitnya dan berdiri, Casia memandang situasi di depannya dengan kening berkerut. Buat seketika, dia hanya memandang saja.

Di depannya kini, terdapat satu kepala batu milik arca kesatria yang betul-betul dekat tempat dia dan Diane berdiri tadi. Beberapa serpihan batu serta debu kelihatan di sekitar tempat runtuhan tersebut.

Perlahan-lahan, realiti menghentak kesedarannya. Casia membesarkan mata dengan penuh kengerian sebelum menjerit. Tak mungkin!

"No! No! Diane! NO!" teriaknya sambil mendekati batu itu untuk memastikan Diane tiada di bawah runtuhan tersebut. Tolong jangan!

Setelah dia berjalan mengelilingi kepala kesatria itu, barulah dia nampak Diane terbaring di sebelah batu tersebut. Betul-betul di sebelahnya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Ya Tuhan, Diane!" terus melutut Casia selepas itu. Dia mendukung kepala Diane ke ribanya. Janganlah apa-apa berlaku pada Diane... "Diane... bangun wei," nangisnya sambil menepuk pipi temannya.

Apa yang baru saja berlaku ini?

Macam mana arca kesatria ini boleh runtuh?

Casia memeluk kepala Diane sambil menangis, pada masa yang sama memeriksa tubuh Diane yang tidak sedarkan diri itu. "Sesiapa tolong panggilkan master!" jeritnya kepada pelajar-pelajar yang ada di sekelilingnya. Mereka hanya memandang saja tetapi tidak berbuat apa-apa. Ingat ada persembahan ke dekat sini! "Tolong la! Sesiapa," rayunya.

"Sini, biar saya tolong," seseorang melutut di depan Casia, tiba-tiba menghulurkan tangan untuk mendukung Diane.

Dengan mata yang basah, Casia memandang ke depannya dengan muka bingung. Beberapa kali dia kedipkan mata cuba memahami pandangannya saat itu. "Senior Frost?" sebutnya perlahan.

Frost memandang Casia dengan wajah serius. "Biar saya uruskannya. Awak jangan risau," katanya sambil menyeluk tangan bawah badan Diane lalu mencempung tubuh itu dengan gaya pengantin sebelum bergegas pergi dari tempat kejadian menuju ke bilik rawatan.

Di balik kekecohan itu, seseorang berdiri di belakang pokok sejak tadi. Renungan dingin tanpa perasaan terarah pada sisa batu dan juga orang yang mendukung Diane masuk ke dalam bangunan.

Dari awal batu itu hendak terjatuh hingga melihat kepala kesatria itu jatuh mahu menghempap Diane, semuanya diperhatikan olehnya.

Setelah semuanya berlalu, orang itu membelakangi tempat itu dan bergerak pergi dari bawah pokok sambil menyarung sarung tangan semula ke tangan. Nampaknya tugasnya selepas ini bukan mudah untuk ditangani begitu saja.

Dua langkah kaki diatur, dan dengan senyap, beberapa saat kemudian, orang itu hilang dari situ tanpa jejak atau dilihat sesiapa.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now