THE KINGDOM 》 50

1.7K 166 1
                                    

Dia menunggu dengan tidak sabar, melihat bungkusan roti sandwich itu dengan dada berdebar. Tinggal dua sahaja lagi. Mudah-mudahan tiada yang mengambilnya. Air kotak perisa epal diambil lalu diletakkan ke dalam dulang.

Sedang barisan itu perlahan-lahan bergerak menghampiri kaunter, seseorang berdiri di sisinya dan menarik dulang dari tangannya. Diane yang terkejut dengan hal itu pun memalingkan kepala ke sisi, memandang orang di sebelahnya dengan kening berkerut.

"Hai... kita jumpa lagi," sapa Frost dengan senyuman nakal di bibir.

Diane memandang sekejap wajah tampan Frost, kemudian kembali memandang ke hadapan. Macam mana dia boleh bertembung dengan Frost pulak ni? Susah payah dia cuba elakkan diri dari bertemu lelaki ini. Nak apa lagi? "Hai," balasnya pendek, tidak berminat.

Frost melentokkan kepala saat cuba memandang wajah Diane yang sepertinya tidak mahu memandang atau hiraukan dia. "Mana kau dah pergi? Ingat ya, kau ada hutang dengan aku," ujarnya sambil mengambil buah epal dari bakul di situ lalu diletakkan ke dalam dulang Diane.

Sambil menyilang tangan ke dada, Diane berkerut kening sewaktu melihat belakang badan Kaiser. Berharap lelaki itu akan menoleh dan membantunya menjauhkan diri dari Frost. Tolonglah! Kaiser, toleh ke belakang ni!

"Hutang apa?" dalih Diane sambil melirik ke Kaiser yang begitu khusyuk memilih makanan. Langsung tak sedar dia bersama lelaki menakutkan di sisi. Ugh... pergilah dari sini! Jauhkan diri darinya! Cemas dia!

Frost merangkul bahu Diane dengan sebelah tangan sementara sebelah lagi memegang dulang. Lelaki itu mendekatkan bibirnya ke telinga Diane. "Jawapan," bisiknya.

Diane yang berasa geli apabila nafas Frost menyapa telinganya, menolak Frost agar jauh darinya. "Tak ada jawapan. Itu jawapannya." Diane merampas dulang itu dari tangannya dan bergegas ke arah Kaiser.

Frost yang ditinggalkan berdiri di situ memerhatikan Diane. "Kalau macam tu, selagi kau tak beritahu aku jawapannya, selagi tu aku akan jumpa kau, Diane Eliane!" laungnya dengan kuat.

Diane yang terkejut terus berlari ke arah Kaiser, menyorok di depan badan lelaki itu saat lelaki itu sedang memegang penyepit hendak meletakkan makanan di pinggan.

Kehadiran Diane tidak dipedulikan Kaiser, malah lelaki itu langsung tidak menunjukkan reaksi terganggu apabila kepala Diane menghalang pandangannya. Dia hanya mengambil makanan di situ dengan bersahaja.

Diane mencuri pandang Frost dari bawah lengan Kaiser. Menakutkan betul Frost ni. Tak faham bahasa apa. Tak nampak ke dia tak berminat untuk berada dekat lelaki tu? Masih juga nak mendesak. Kalau dah tak suka, buatlah cara tak suka. Jangan menghantui dia siang dan malam dengan soalan yang dia tak boleh jawab secara terang-terangan. Gila!

Kaiser bergerak ke depan, diikuti Diane yang tanpa sedar mencubit belakang baju lelaki itu. Dia berjalan sambil tunduk memegang dulang dengan sebelah tangan.

"Ini sahaja?" tanya makcik elf di kaunter pembayaran.

Kaiser melirik ke dulang Diane lalu mengangguk kepala selepas memandang makcik elf di depannya. "Epal sebiji, air kotak epal satu, sandwich satu, spageti bolgnese, dan puding coklat," sebut Kaiser.

Makcik elf itu memandang dan mendengar dengan teliti sebelum mengangguk kepala. "Semuanya lima keping syiling gangsa," ujarnya setelah itu.

Kaiser pun mengocek poket seluarnya lalu menyerahkan dua keping syiling emas kepada makcik elf itu.

Melihat dua keping syiling emas tersebut, makcik elf itu memandang terkejut ke arah Kaiser. "Banyak sangat ni!" gumamnya dalam nafas.

Kaiser hanya memberikan senyuman nipis sebelum beredar dari situ dan mendekati meja bersebelahan tingkap dewan. Disebabkan dia merasakan tarikan di belakangnya, Kaiser menarik tangan itu agar Diane bergerak ke depan bersama dengannya.

Diane ikut patuh tanpa berkata apa-apa setelah Kaiser memegang pergelangan tangannya.

Setiba mereka di meja, Kaiser menarik kerusi dan mendudukkan Diane di kerusi itu sebelum dia duduk di kerusi berhadapan Diane. Tanpa bersuara, lelaki itu makan sambil melirik ke arah di mana Frost sedang menjeling ke arahnya.

Dia tak perlu dengar apa-apa dari Diane sebab dia boleh mendengar dan membaca apa yang bermain dalam fikiran Diane. Sebab itu Kaiser tidak berkata banyak setiap kali bersama Diane. Dia hanya bercakap bila perlu sahaja.

"Makan, Diane," pinta Kaiser apabila menyedari Diane kelihatan terganggu. Macam cacing kepanasan.

Diane tersentak. Dia memandang terkejut ke arah Kaiser selepas ditegur. "Ah... ya," balas Diane sambil teragak-agak hendak mencapai makanan di dalam dulang itu.

Kaiser yang tidak sabar memerhatikan tangan Diane mengambil makanan, segera mencapai garfu dari pinggannya, lalu mencucuk bebola daging dan menyuapkannya ke depan mulut Diane. "Nah, makan ni," ujarnya.

Bulat mata Diane ketika memandang bebola daging di depannya. Lalu dia memandang ke Kaiser pula. "Huh?" bingungnya. Gemar sungguh Kaiser menyuap dia makan. Ingat dia budak kecil ke?

"Makan ni," ulang Kaiser dengan nada mendatar. Dia memandang muka Diane dengan renungan 'kau macam-macam, siap' pada Diane sambil itu.

Tak tahu nak bagi reaksi apa, Diane membuka mulutnya lalu menggigit bebola daging dengan perasaan malu. "Terima kasih," ucapnya sambil mengunyah dengan mulut penuh.

Kaiser tidak membalas, dia kembali tunduk untuk mula makan.

Sementara itu, Diane curi-curi memandang ke arah di mana Frost sedang memperhatikannya dari jauh dengan renungan tajam.

Bila Diane terpandang mata Frost, dia cepat-cepat memalingkan kepala ke Kaiser dan mengunyah makanan dalam mulutnya laju-laju. Seram!

18. The KingdomWhere stories live. Discover now