Seminggu kemudian...
Dup!
Dup!
Dup!
Dup!
"Frost..." panggil Goo di sebelahnya.
Frost yang mendengar tersentak dari fokusnya lalu memalingkan kepala ke sebelah. "Apa hal?"
Noah yang sedang mengunyah makanan ikut bersuara. "Kau kenapa? Asyik termenung je, aku perhatikan sejak tadi," soalnya.
Han mencapai sandwich dari pinggan Frost dengan bersahaja lalu meratah makanan itu seolah-olah ia kepunyaannya tanpa bertanya.
Dup!
Dup!
Dup!
"Kau dengar tak tu?" soal Frost kebingungan. Dia tidak faham kenapa dia mendengar degupan jantung ini sejak beberapa hari lepas. Setelah sedar dari kejadian yang dia sendiri tidak ingat di bilik rawatan tempoh hari, sejak itu dia mendengar degupan jantung ini.
"Dengar apa?" balas Goo sambil mencapai piala berisi jus epal dan meneguk sedikit.
"Bunyi ini..." ulang Frost dengan muka frustrasi. Takkanlah mereka tidak dengar. Dia boleh mendengar dengan jelas sekali.
"Ahaha... kau dah kenapa? Lepas sedar dari demam, kau terus buat perangai pelik... itu mungkin khayalan kau. Aku tak dengar apa-apa pun," kata Han.
Frost memandang kawan-kawannya dengan kening berkerut. Berbicara dengan mereka tidak ada gunanya langsung. Daripada bertanya kepada mereka, lebih baik dia menyiasat sendiri hal ini dan mencari tahu siapa pemilik bunyi degupan jantung ini.
"Makan je la, tahunya..." cebiknya dengan rasa menyampah. "Kau orang makanlah di situ... aku keluar ambil angin sekejap..." pamitnya sambil bangun dari bangku dan keluar dari meja itu.
Goo memerhatikan Frost dengan muka prihatin, sementara Han dan Noah sudah mula berebut makanan yang ditinggalkan oleh Frost.
Sambil memasang telinga, Frost mula berjalan di celah-celah barisan meja di situ. Dia berjalan sambil mendengar pada masa yang sama.
Dup!
Dup!
DUP!
DUP!
Semakin lama semakin kuat.
Buk!
Tak pasal-pasal dia terlanggar belakang seseorang kerana tidak perasan semasa berjalan gara-gara melihat kiri dan kanan mencari seseorang.
"Ma—" Frost terdiam setelah memandang orang di depannya.
Dup!
Dup!
Dup!
Sambil menyelak rambut ke belakang telinga, Diane menoleh ke belakang dengan kening berkerut tidak puas hati. Dia marah kerana air yang dibawanya tertumpah ke kemeja uniformnya setelah dilanggar. Niatnya untuk marah berubah serta merta setelah melihat orang yang melanggarnya adalah Frost.
Frost memandangnya tanpa berkedip. Dia seakan-akan kenal apabila melihat wajah di hadapannya ini, malah hatinya berbunga senang, tetapi tidak ada satu pun memori tentang wajah ini. Malah, dia tidak tahu pun tentang kehadiran pelajar perempuan di depannya selama ini.
"Hai..." senyum Frost dengan lebar.
Diane menelan air liur, takut. Kuss! Lemah semangatnya. Kenapa pula dia bertembung dengan Frost ni!
"Maafkan saya... saya tak sengaja. Awak tak apa-apa?" tanya Frost sambil mengangkat tangan ingin memegang Diane.
Diane cepat-cepat mengundur ke belakang sambil memandang tangan Frost seolah-olah tangan itu sesuatu yang berbahaya. Bukan dia tidak mahu, tetapi jika Frost menyentuhnya, sihir yang dia kenakan pada Frost iaitu Pelupus Ingatan akan musnah, dan lelaki ini akan ingat semula semuanya, termasuk perasaan suka lelaki ini terhadapnya. Sebab itulah...
Frost terasa hati, bingung setelah melihat reaksi Diane. Perlahan-lahan dia menurunkan tangannya ke sisi.
"Tak apa... saya tak apa-apa..." Diane melambai tangan di hadapan muka tanda 'tak apa-apa'.
Dup!
Dup!
Dup!
Kening Frost berkerut tidak faham setelah mendengar degupan jantung Diane. Dia tidak faham kenapa dia boleh mendengar gadis di depannya ini, sedangkan orang lain tidak.
"Kita kenal ke?" tanya Frost sambil mendekat.
Diane mengundur ke belakang, matanya memandang sekeliling dewan makan dengan kekok. Tidak berani memandang Frost, takut tertangkap. Nak tak nak, terpaksa menggunakan taktik yang sama.
"Mm... hei, tengok... gajah terbang!" tunjuk Diane dengan muka cemas tiba-tiba.
Frost, menjadi Frost, buat kali keduanya memalingkan kepala ke belakang.
Mendapat peluang, Diane terus memecut lari dari situ seperti tidak cukup tanah.
Dan apabila Frost tidak nampak apa yang Diane katakan, dia memalingkan kepala semula ke depan. Tetapi setelah melihat, Diane sudah tiada di situ. Seperti diserang deja vu, Frost tersentak. Entah kenapa dia rasa seperti pernah mengalami hal yang sama. Tetapi entah bila, dia tidak ingat.
YOU ARE READING
18. The Kingdom
FantasyJust imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampai sanggup nak sakiti dan bunuh dia and suddenly one day...semuanya berubah *************************...