THE KINGDOM 》 60

1.6K 157 0
                                    

Entah kenapa, pada hari ini, mereka dapat merasakan aura dan angin dalam kelas yang bersuasana tegang dan janggal. Keadaan ini membuatkan mereka yang ada di dalam kelas saling berpandangan antara satu sama lain, menghantar isyarat tanpa kata. Masing-masing berbalas jelingan, lalu terarah pada dua orang yang duduk di meja belakang kelas.

Biasanya mereka sering bertekak atau berbual.

Tidak pada hari ini.

Kedua-dua pasangan itu kelihatan jauh dan dingin.

Kaiser, dengan wajah dinginnya seperti biasa, diam di situ sambil mencoret sesuatu di atas kertas kulitnya.

Sekarang kelas mereka sedang menjalani kuiz esei sepanjang 250 patah perkataan mengenai fungsi sihir pentagram dan kekurangannya jika dibandingkan dengan kuasa menta. Jadi, semua dalam kelas itu senyap dan tunduk menulis karangan masing-masing.

Namun begitu, suasana kelas itu sangat berbeza dari sebelum ini. Sebab itu mereka saling kerling antara satu sama lain, ingin tahu apa yang berlaku.

Diane hanya berwajah dingin tanpa perasaan. Dia tunduk meneliti esei yang ditulisnya untuk kelas Master Vena, memastikan tiada kesalahan ejaan dan fakta yang disertakan dalam isi eseinya. Setelah selesai, Diane menggulung kertas kulitnya dan mengikatnya, lalu bangun dari situ. Kemudiannya, dia membawa kertas itu ke meja di mana Master Vena sedang duduk.

Ketika itu, Master Vena sedang meneliti salah satu esei yang dihantar oleh pelajar.

"Ini dia, master," suaranya di depan Master Vena.

Master Vena mengangkat kepala dari bacaannya dan bertentang mata dengan gadis berambut hitam kelam itu. "Terima kasih," ucapnya.

Diane memberi tundukkan kecil sebagai permohonan diri sebelum beredar. "Saya keluar dulu, kalau begitu," maklumnya dengan nada sugul.

Kemudiannya, Master Vena cepat-cepat memanggil, "Diane..."

Diane pun menoleh semula menghadap Master Vena. "Ya, master," sambutnya dengan wajah tiada ekspresi mahupun seri.

Jarang Diane begini. Jadi sesiapa pun boleh terkesan melihat perubahan tiba-tiba pada orang yang terkenal dengan sikap bubbly dan cerianya.

Master Vena yang merasakan ada sesuatu yang mengganggu Diane menarik senyuman nipis. "Kamu okay?" tanyanya dengan niat mengambil berat.

Kalau dia kata okay, mereka akan tanya lagi. Kalau dia jawab dia tak okay, mereka dapat lakukan apa? "Ya, saya okay," tipunya dengan nada mendatar.

Master Vena tidak tahu nak tanya apa lagi bila Diane menjawab begitu. Nanti kalau dia tanya dan desak Diane, bukannya Diane akan beritahu dia. Malah, mungkin akan melawan lagi. "Yalah... kalau begitu, kamu boleh beredar."

Tanpa berkata apa-apa lagi, Diane kembali ke mejanya. Sempat juga dia melontar dua kerlingan ke arah Kaiser. Tetapi lelaki itu sedikit pun tidak menunjukkan muka bersalah atau niat untuk memujuk, malah diam sahaja di situ. Dia terus mencapai beg sandangnya yang ada di bawah kaki meja dan berjalan keluar tanpa berlengah.

Sewaktu dia beredar, baru lah Kaiser memalingkan kepala untuk memandang belakang Diane ketika gadis itu keluar dari pintu kelas. Lepas itu, dia kembali tunduk memandang kertas kulitnya dengan kening berkerut. Nafasnya naik turun mengawal diri dari marah di situ. Semua rancangan asalnya rosak. Kalau lah Diane tak membuka peti itu dan dia sendiri yang menjelaskan hal ini baik-baik, semua ini tidak akan terjadi.

PRAK!

Pena buluh pelepah di genggaman Kaiser patah tanpa dia sedar.

Pelajar yang duduk di sebelah meja Kaiser melihat akan hal itu, lalu memandang ngeri pada pena buluh pelepah tersebut sebelum kembali tunduk memandang eseinya semula. Takut pulak! Entah isu apa yang sedang dihadapi oleh dua orang ini!

18. The KingdomWhere stories live. Discover now