Syarahan Master yang berada di depan kelas langsung tidak masuk ke dalam kepalanya. Satu patah pun tidak didengarnya.Hanya keluhan demi keluhan yang keluar dari mulutnya.
Sambil menopang pipi dengan tangan kanan kerana malas, tangan kirinya menggores permukaan meja kayu menggunakan hujung penyucuk sanggulnya. Entah apa yang digores pun tak tahu. Tiada rupa langsung, hanya bentuk rawak tanpa makna.
Krit!
Krit!
Krit!
Bunyi goresan itu.
Sementara orang yang duduk di sebelahnya sejak tadi mula merinding jengkel. Mana tidaknya, dia cuba fokus pada kelas dan syarahan Master Vena di depan, tetapi gadis di sebelahnya ini hanya buat perkara remeh. Kalau tak nak belajar, berambuslah ke sana. Menganggu di sini pula kenapa!
Dengan kasar, dia menolak lengan gadis itu.
Tersentak Diane dari lamunannya. Dia turunkan tangannya lalu duduk tegak, memalingkan kepala ke arah Kaiser. Dia adalah orang di sebelahnya sejak beberapa hari lepas. Budak nerd berkaca mata yang pelik dan misteri.
"Apa?" soal Diane dengan nada yang tidak bersemangat.
"Aku tahu kau tak ada mood. Tapi boleh tak kau jangan rosakkan mood orang lain sekali? Orang lain pun ada kehidupan juga," bisik Kaiser perlahan, tidak mahu mengganggu kelas.
Diane berdengus, mendekatkan muka ke arah Kaiser. "Kalau aku tak nak, kau nak buat apa?" cabarnya, ingin mencari masalah. Dia tertekan dan bosan sekarang. Disebabkan tiada teman untuk bergurau, dia cari pasal.
Kaiser hanya mencebik. Memang gadis ini tidak tahu mengalah. Ada saja bunyinya untuk melawan. Malas ingin melanjutkan perbualan, Kaiser hanya menjulingkan mata dengan rasa jengkel lalu kembali memandang Master Vena yang sedang menunjukkan tulisan di papan hitam. Menceritakan teori bagaimana menggunakan sihir ketika mulut dan tangan tidak boleh digunakan sebagai pemicu kuasa. Dia langsung tidak mempedulikan Diane.
Melihat reaksi Kaiser yang acuh tak acuh, Diane mengetap bibir sambil buat muka menyampah. Dasar si pelik! Sendiri tegur, sendiri sentap! Kan dia tanya? Rasanya susah sangat agaknya nak jawab. Dengan menjegilkan mata, Diane menatap muka itu. "Budak nerd," getusnya dalam hati. Memang Kaiser ini psikik, boleh tahu apa yang dia rasa dan teka mood dia okay ke tidak. Menyampah pula rasanya. Dia menyandarkan badan ke kerusi dan kembali menggores permukaan mejanya dengan muka grumpy.
Kaiser yang mendengar berasa jengkel sekali lagi. Dia menoleh ke sisinya semula, menatap muka itu dengan kening mencerlung tidak puas hati. Nanti silap masa, ada yang kena dengan dia nanti! Tanpa berkata apa-apa, penyucuk sanggul itu ditarik dari cengkaman Diane dan diletakkan semula ke meja dengan geram.
Diane memandang Kaiser setelah sanggulnya dirampas. Sikit pun tidak terkejut.
Dengan dada yang naik turun menahan sabar, Kaiser bertanya, "Kau ni dah kenapa? Nak apa sebenarnya?" Serabut la kepala dia macam ini. Rasa nak pindah je tempat duduk. Tapi, mahu ke budak-budak kelas ini tukar tempat dengan dia?
"Kau tahu siapa aku kan?" tanya Diane sambil menyokong kepala, memandang Kaiser.
Kaiser kerling ke arah Master Vena sekejap untuk memastikan wanita itu tidak tahu mereka sedang berborak. Setelah melihat Master Vena sibuk dengan urusannya, Kaiser kembali memandang Diane. "Memangnya perlu ke aku tahu siapa kau? Penting?" bisiknya sejurus itu.
"Aku tanya je... kalau tahu, jawab je la. Kalau tak, diam je la. Kenapa perlu menyentap?" cebik Diane dengan muka merajuk.
Keluhan panjang keluar dari bibir Kaiser. Dilayan salah, tidak dipedulikan salah. Mana satu sebenarnya Diane nak ini? "Fine... ya. Aku tahu siapa kau dan semua cerita tentang kau. So?" jawabnya dengan nada mengalah.
"Kalau macam tu, kau rasa aku ni jahat macam ayah aku ke? Jahat. Pembunuh. Kejam. Tak ada hati perut," tanya Diane dengan nada sugul. Air mukanya menjadi muram. Dia termenung memandang sanggul di mejanya. "Kau rasa aku ni tak layak untuk hidup macam mana orang lain hidup dekat sini?" tanya dia lagi.
Bukan dia minta untuk dilahirkan sebagai anak kepada pembunuh yang semua orang sibuk katakan. Malah, belum tentu lagi ayahnya betul-betul bersalah. Entah-entah ayahnya cuma mangsa. Selama ini, khabar angin ini tidak betul pun. Tapi disebabkan dia tiada bukti yang kukuh, tiada apa yang dia dapat lakukan mengenai cerita ini.
"Aku tak tahu. Bukan urusan aku. Siapa kau, apa kau buat, bukan masalah aku. So, berhenti ganggu aku dan diam," jawab Kaiser.
Diane buat muka. Dia memandang Kaiser seolah-olah lelaki di depannya ini minta dipijak dengan kasut saiz 7. "Fine. Kalau macam tu, beritahu aku. Kenapa kau pindah ke sini? Banyak-banyak akademi, kenapa dekat sini juga kau bertapak?" Diane meletakkan kepala di atas meja, memandang wajah Kaiser yang kelihatan biasa, tetapi ada sesuatu yang tidak dapat dijelaskan, membuatkan dia banyak tertanya tentang lelaki ini. Something off... sesuatu yang dia tak boleh nak jelaskan melalui kata-kata.
Kaiser tunduk memandang Diane yang meletakkan kepala di meja itu dengan renungan dalam. Rambut depan yang menutupi dahi membuatkan lelaki itu kelihatan tidak menarik, ditambahkan lagi pemakaiannya yang tidak segak, menyebabkan ramai pelajar mengejeknya sebagai budak kampung.
"Apa urusannya dengan kau? Diri aku. Suka hati aku," balas Kaiser sambil tunduk ke depan, mendekati muka Diane.
Mata Diane terkedip apabila Kaiser tiba-tiba rapat dengannya. Tetapi dia hanya diam dalam keadaan yang sama. "Saja tanya. Aku cuma terfikir," katanya sambil mengentel-gentel tali di hujung lengan baju Kaiser. "Sebabnya, aku tengok kau ini macam bukan orang biasa yang aku pernah jumpa dekat sini, dan berdasarkan aura yang ada dekat badan kau ini." Dia menggerakkan jarinya dengan malas ke udara, merujuk kepada badan Kaiser.
Kaiser memandang jari Diane yang sedang mengentel tali lengan bajunya. Selepas beberapa saat, dia menarik tangannya dan membawa ke bawah meja. "Uruskan hal kau sendiri. Tak payah susahkan diri untuk sibuk pasal orang lain," jawabnya sebelum memandang ke depan.
Pena bulu pelepahnya dicapai lalu kembali mencatat apa yang tertera di papan hitam, menyambung catatan notanya yang terhenti gara-gara Diane tadi.
Diane melepaskan keluhan panjang, kemudian pejamkan mata untuk lelapkan diri. Nampaknya, suka atau tidak, terpaksa la dia buat keputusan ini juga. Keputusan untuk memutuskan persahabatannya dengan Casia.
Hanya memikirkan keputusannya sahaja sudah membuatkan dia susah hati dan berasa sedih. Entah apa nasibnya selepas ini. Sudah la kasihan, bertambah kasihanlah hidupnya selepas tiada sesiapa di sisi lagi. Hmm... nasib... kenapa la kau macam ini!
Dalam diam, Kaiser curi pandang ke arah Diane setelah menyedari gadis itu senyap tidak berkata apa-apa. Dan setelah dia kerling, mata yang terpejam itu menjadi tatapan pertama matanya selepas itu.
YOU ARE READING
18. The Kingdom
FantasyJust imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampai sanggup nak sakiti dan bunuh dia and suddenly one day...semuanya berubah *************************...