Itulah… kata di mulut lain, yang dibuatnya lain.
Akhirnya, Kaiser belikan juga makanan untuk Diane setelah habis kelas itu.
Tak nak diganggu oleh Diane dan diungkit sepanjang masa, Kaiser minta Diane tunggu di meja bulat di luar bangunan sementara dia mendapatkan makanan dari dewan makan.
Diane ikutkan saja. Lagipun, ada yang sudi pedulikan dia. Dia tolong bawakan buku untuk Kaiser seperti yang disuruh oleh lelaki itu.
Minat sungguh Kaiser dengan buku, ya. Dasar si nerd!
Straw dicucuk ke dalam kotak minuman oleh Kaiser. Setelah itu, dia capai sebungkus sandwich lalu dibuka sedikit pembalut plastiknya sebelum disua ke depan muka Diane. Namun, tidak disambut kerana gadis itu sedang termenung memandang ke satu arah.
Meradang jengkel dengan keadaan itu, Kaiser mengeluh kasar. "Haish... kau ni kan. Ambil la sandwich ni. Menungkan apa lagi..." bebelnya sambil meletakkan sandwich tersebut ke tangan Diane dengan kasar.
Tidak kisah akan layanan itu, Diane kemudian membawa sandwich tersebut ke mulut lalu menggigitnya sedikit tanpa mengalihkan perhatian dari tempat di mana Casia duduk bersama Sky tidak jauh dari tempatnya.
Lama sudah dia tidak berborak dengan Casia sejak kejadian itu berlaku. Melihat rakannya itu kelihatan senang dan gembira, rasanya keputusan yang diambilnya itu tidak salah walaupun kejam.
Kaiser melepaskan keluhan panjang setelah Diane tidak menghiraukannya. Dasar perempuan yang tak reti berterima kasih. Nanti, kalau Diane merengek merayu dekat dia nak itu nak ini... pelangkung dapatnya! Tanpa berkata apa-apa lagi, dia tunduk menyelak helaian buku teksnya dengan kasar. Geram betul!
Bunyi selakan kertas itu berjaya menarik perhatian Diane. Dia pelik, nak selak buku ke nak koyakkan buku ni? Diane pun pandang. Matanya meneliti Kaiser sambil menggigit sandwich itu sekali lagi. Tekun sungguh Kaiser belajar. Dia sendiri suka belajar, tetapi tidaklah seperti Kaiser yang sepanjang masa hanya buku.
"Seronok ke belajar ni?" tanya Diane sambil mengunyah.
Kaiser diam seketika sebelum berkata. "Tak," jawabnya mendatar.
"Tapi kenapa aku tengok kau rajin betul menelaah?" tanya Diane semasa mengunyah dan memandang ke arah sebuah pokok di mana sepasang kekasih sedang duduk berdua, berbual gembira seolah tiada apa yang telah berlaku.
"Sebab aku tak nak jadi orang tak guna," jawab Kaiser sambil mengambil helaian kertas baru dari celah buku teks dan menyambung menulis eseinya.
Mereka berdua kini berada di meja kecil di bawah payung yang diperbuat daripada bunga lili di luar bangunan, tempat biasa pelajar akademi melepak selepas kelas tamat.
Diane menggigit besar sandwich itu sehingga pipinya kembung sambil palingkan kepala ke arah Kaiser.
"Kau maksudkan tentang aku, eh?" tanya Diane sambil memandang Kaiser. Perkataan 'tak guna' itu ditujukan kepadanya ke?
Kaiser mengangkat kepala. Dia berkerut kening tidak suka selepas memandang Diane. "Hei… kau dah dapat makanan kan? Makan je lah. Tak payah banyak cakap! Rimas tahu tak dengar suara kau ni..." getusnya dengan jengkel.
Diane membuat muka, kemudian makan sehingga sandwich itu habis. Tak mahu bercakap lagi. Nanti, kalau dia bercakap, ada yang menyentap je kerjanya.
Sambil Diane memerhatikan Casia dari jauh, dia cuba mencapai air kotaknya. Tanpa memandang, dia pun memegang sesuatu lalu dibawa ke mulutnya, memikirkan apa yang dipegangnya itu air kotak. Namun, apabila benda itu menyentuh bibirnya, Diane tersentak.
Aik? Sejak bila air kotaknya macam ni? Diane memandang apa yang dipegangnya. Ternyata itu tangan Kaiser. Dan jari lelaki itu hampir saja dimasukkan ke dalam mulutnya.
"Kau nak mati sangat ke?" tanya Kaiser dengan muka tanpa ekspresi tetapi beraura gelap seakan mahu membunuh seseorang.
Diane tunduk, memandang tangan Kaiser dengan mata terkebil-kebil. Benda yang dipegang bukan air kotak, malah tangan bersarung kulit itu pula. Terus dia lepaskan tangan Kaiser.
"Ahaha," ketawanya dengan terpaksa, nak hilangkan kejanggalan di antara mereka. "Sorry," ucapnya selepas itu.
Sambil bercemberut geram, Kaiser meletakkan tangannya ke bawah meja. Tak nak lagi jadi mangsa Diane. Memangnya Diane ini minat sangat dengan tangannya! Asyik nak dipegang je.
"Ni ha… minuman kau... lain kali pandang-pandang masa pegang tu..." Kaiser letakkan air kotak tadi betul-betul di depan Diane.
Diane buat muka menyampah. Alah... itu pun nak marah. Macam la bagus sangat. Menyampah! Dia capai air kotak itu dan menyedut jus oren tersebut dengan marah.
Sedang dia minum, matanya terarah pada tangan Kaiser. Sejak kali pertama dia temui Kaiser hingga sekarang, lelaki ini tak pernah tidak pakai sarung tangan. Hairan dia!
Sebenarnya, dia sudah lama nak tanya. Tapi itulah, asyik terlupa je.
Alang-alang dah duduk berdua macam ini, elok juga kan kalau bertanya.
Hah... ini baru ada peluangnya.
"Kaiser?" panggil Diane buat kesekian kalinya. Confirm Kaiser melenting nanti!
Pen bulu pelepah yang ada dalam genggamannya patah dua tatkala Kaiser menggenggamnya terlalu kuat kerana melepaskan amarahnya pada objek tersebut.
Perlahan-lahan, Kaiser angkat kepala lalu memandang Diane dengan kening mencerlung dan gigi terketap kuat. Perempuan ini kan!
"Apa?" tanya dengan perlahan. "Kau nak apa lagi?" deramnya dengan geram.
Diane tersengih. Hihihi! Tak melenting lah. Wow! Mengagumkan.
"Kenapa kau pakai sarung tangan?" tanya dia sambil juih bibir ke arah tangan itu.
Kaiser tidak membalas. Dia memandang Diane dengan muka nak naik angin.
"Adakah engkau pemegang sihir Cahaya Hitam?" tanya Diane lagi. "Aku pernah jumpa seseorang yang mempunyai kuasa seperti ini sewaktu aku kecil. Dia tak boleh sentuh sebarangan sebab hanya orang yang sama unsur dengan dia jer boleh disentuh. Kalau dia sentuh juga, orang yang tak sama unsur dengan dia tu akan mati," beritahu Diane.
"Bukan urusan kau untuk tahu... uruskan sahaja—"
"...masalah aku sendiri," sambung Diane terlebih dahulu. "Ya... ya... aku tahu," sambil melambai tangan tak kisah di tepi mukanya.
Kaiser ketap bibir. Makin menipis dinding kesabarannya dibuat Diane ini.
"Kau tak nak diam? Fine. Aku yang pergi dari sini..." katanya sambil mengemas sepah di situ. Tak tahan nak hadap Diane lama-lama. Buat sakit jiwa!
Terus Diane cepat-cepat pegang buku dan barang Kaiser di meja itu. Nak halang lelaki itu dari pergi selepas mendengar kata-kata tersebut. "Eh-eh... nak ke mana? Fine... aku diam. Aku janji aku tak kacau kau lagi... duduklah sini dulu... temankan aku makan," katanya sambil sengih kambing tayang gigi kepada Kaiser.
Kaiser kecilkan mata. Dia pandang curiga ke arah Diane. Boleh percaya ke kata-kata si mulut murai ini? "Betul ni?"
Diane duduk tegak. Kepalanya diangguk laju. Lalu lepaskan barang-barang Kaiser dari hadangannya. "Of course..." jawabnya dengan nada yakin.
Kaiser diam sekejap. Nak uji kalau Diane boleh tutup mulut tu atau tidak. Perempuan depannya ini bukan boleh dipercayai sangat pun.
Tak sampai lima saat pun, Diane bertanya lagi. "Tapi kan... betul ke aku cakap tadi kau pemegang Sihir Cahaya Hitam?" kepalanya dilentokkan ke kanan sedikit sambil memandang Kaiser dengan renungan ingin tahunya.
Terus tercengang Kaiser selepas itu.
Oh my gosh!
Dia kemudiannya jatuhkan kepala ke atas buku tebalnya dengan keluhan mengalah!
Dah agak dah!
YOU ARE READING
18. The Kingdom
FantasíaJust imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampai sanggup nak sakiti dan bunuh dia and suddenly one day...semuanya berubah *************************...