THE KINGDOM 》 32

1.7K 161 0
                                    

Tekun meneliti isi esei pelajarnya, Master Vena tunduk memandang kertas kulit yang dipegangnya, silih ganti mengerling ke buku teks untuk check isi yang di tulis oleh pelajarnya ikut piawaian yang ditetapkan atau tidak.

Sekali tu, baru je hujung pena buluh pelepahnya nak sentuh kertas tu, pintu pejabatnya di rempuh dan ada orang yang dicampak kasar ke lantai depan meja kerjanya.

Terperanjat akan hal itu Master Vena berdiri. Memandang terkejut ke arah kumpulan pelajar itu terus termangu melihat pelajarnya berada di situ.

"Hei...apa kamu semua buat di sini?Apa yang telah berlaku?"tanya Master Vena ketika memandang kerumunan pelajar yang berkumpul di situ lalu ke Diane yang bersimpuh dekat lantainya. Apa lagi masalah yang Diane telah timbulkan kali nI!

"Master! Tak boleh ke kalau kita buang je perempuan ni dari sini?"

"Master tahu tak apa dia baru saja lakukan?"

"Entah ni! Perempuan gila ni patut mati je dari hidup! Sudah la hari tu cuba cederakan rakan sendiri. Hari ni berani-berani racun orang depan semua orang..."

Kepala Master Vena pandang kanan dan kiri silih ganti kebingungan setiap kali mereka semua di situ berkata. Keningnya berkerut, mulutnya ternganga. Dadanya sesak sebab terkejut dan jengkel pada masa yang sama.

"Apa yang kamu semua sedang cakapkan ni?Cederakan orang?Bunuh?"tanya Master Vena dengan kerutan di dahi.

Dibalik kekecohan itu, Diane bangun berdiri. Sambik dia bangun dari situ, dia memegang lengannya yang terasa sakit akibat ditarik dengan mereka tadi. Sumpah masa kena tarik tadi rasa macam nak tertanggal je lengan dia dari bahu ni!

Kasar sungguh mereka semua di sini terhadap dia!

"Daniel...dia minum air yang Diane bawak, lepas minum mulut Daniel berbuih lepas tu dia tak sedarkan diri. Itu maknanya Diane cuba bunuh seseorang dalam kelas kita..." cerita mereka dengan bersungguh.

Tanpa membalas kata-kata mereka, Diane berdiri dekat situ sambil termenung memandang lantai di bawah kakinya. Apa patut dia lakukan?Kenapa dia boleh berada dalam situasi ni?Apa yang sedang berlaku?Pelbagai soalan dan persoalan bermain dalam kepalanya saat ini.

Master Vena bergegas dapatkan Diane lalu memegang tangan itu sebelum digoncang marah. "Betul ke Diane?Kamu cuba racun orang?"soalnya inginkan kepastian.

Mata Diane bergerak dengan perlahan ke Master Vena. Dia pandang muka berkerut marah tu dengan renungan kecewa dan terkilan. Kalau dia jelaskan sekalipun ada ke orang nak percaya kata-kata dia?Mahu ke orang ambil kisah akan penafian dia nanti? Kan dekat mata mereka dia hanya la anak seorang pembunuh.

"Tak. Bukan saya. Semua ni hanya satu salah faham. Botol tu memang saya yang punya. Tapi saya tak cuba racunkan sesiapa..." jawabnya dengan nada mengalah.

"Habis tu kau nak cakap yang kau nak racunkan diri sendiri?Macam tu?" marah mereka.

"Kalau nama tu anak pembunuh selamanya la mengalir genetik tu dalam darah kau. Mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi!" getus mereka dengan benci.

Berderau darah Diane masa dengar akan keturunannya di hina. Semua orang kata dia anak pembunuh. Semua orang tuduh ayah dia pembunuh! Mereka ada bukti ke ayahnya pembunuh. Mereka ada bukti ke! Jauh dalam lubuk hati dia beritahu, ayahnya tak bersalah. Dan dia bukan anak seorang pembunuh!

Sambil mengepal penumbuk erat-erat, Diane menghadap mereka semua dengan muka kemerahan menahan marahnya lalu menempik. "Tak! Aku bukan pembunuh!" Dia bukan pembunuh. Frost yang serahkan botol tu padanya. Jadi itu bermakna lelaki itu yang cuba membunuh dia. Maknanya selama ni Frost...lelaki tu dekati dia hanya untuk menyakiti dirinya semata?

Seorang dari mereka menghampiri Diane kemudiannya menampar pipi tu sekuat hati!

PANG!

Kepala Diane berpaling ke kanan dengan laju dek tamparan tu.

"Pergi matilah! Kelahiran kau ni cuma satu kesilapan yang mencemarkan bangsa dan puak sendiri kau tahu tak!"maki pelajar perempuan tu depan muka Diane dengan lantang.

Sambil pegang pipi yang ditampar, Diane pandang pelajar perempuan di depannya dengan bibir terketap mahu menangis dan kening berkerut menahan sakit. Sampai hati mereka sakiti dia?Memangnya dia salah apa pada mereka semua?Kenapa semua orang bencikan dia...

Master Vena menolak pelajar perempuan yang menampar Diane. "Cukup!"arah wanita itu. "Di mana Daniel sekarang?"tanya Master Vena.

"Bilik rawatan"jawab mereka serentak.

Master Vena pegang pergelangan tangan Diane lalu di tarik sama mengikut langkahnya. "Diane,kamu ikut saya sekarang!"arahnya sambil berjalan keluar dari situ.

Diane yang dengar menurut tanpa bersuara. Dia tahu kalau dia melawan, ianya bukannya membantu dia, tapi burukkan lagi keadaan.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now