THE KINGDOM 》89

1.5K 141 0
                                    

Diane terkejut.

Serius.

Dia tidak menyangka semua ini.

Malah, dia tidak tahu bahawa orang yang mahukan kematiannya kini berada di depan matanya.

Lelaki yang bertanggungjawab memporak-perandakan hidupnya. Orang yang telah menyebabkan hidup orang yang tidak bersalah menjadi mangsa!

Datuknya sendiri.

Lelaki yang sepatutnya memberikan dia perasaan selamat dan kekeluargaan.

Lelaki yang sepatutnya menjadi tunggak dalam sebuah keluarga!

Bukan pemusnah atau pemisah!

Orang yang terbaring di atas katil dipandang lama saat dia berdiri di sisi katil. Melihat wajah pucat dengan mata terpejam itu tanpa ada apa-apa perasaan yang terlintas dalam hatinya. Dia terlalu kebal dengan perasaan sedih dan kecewa selepas apa yang berlaku selama ini.

"Kamu sudah datang?" tegur orang itu secara tiba-tiba.

Diane yang mendengar tersentak sedikit, tetapi dia hanya mendiamkan diri, tidak tahu hendak memberi reaksi apa. Tempat asing dan orang asing di depannya betul-betul membuat dia berasa takut.

"Duduklah..." minta datuk Diane dengan suara berbisik orang sakit. Orang tua itu berusaha membuka mata untuk memandang wajah Diane. Dan bila ia terbuka, mata kuyu yang mahu tertutup itu memandang Diane dengan renungan berkaca. "Tak perlu takut, tiada sesiapa akan mencederakan kamu..." Tangan itu menepuk tempat kosong di atas katil dengan lemah. "Mari la, cu..."

Diane mengambil tempat di atas katil sebelah kanan yang ditepuk tanpa berkata apa-apa. Sebaik dia duduk, Diane tunduk memandang orang itu dengan pandangan kosong.

Datuk Diane menarik senyuman nipis semasa menatap wajah Diane. "Akhirnya... dapat juga beta bertemu dengan kamu," ujar Syler yang hendak bangun dari baring, namun Diane menghalang. Dia menolak dada itu perlahan lantas menggeleng kepala, menyebabkan Syler melepaskan keluhan berat. Deru nafas lelaki berusia 85 tahun itu tersekat-sekat.

"Tak perlu bangun, tuanku. Baring saja pun tak apa," kata Diane dengan nada mendatar. Dia nak teruja pun tiada rasa. Apa lagi nak rasa gembira. Kasihan lagi la. Pendek ceritanya, dia tidak ada rasa apa-apa sekarang ini.

Syler pun mencapai tangan Diane dan meletakkannya ke dadanya. "Maafkan datuk kamu ini. Walaupun nama kamu datuk tidak tahu, namun kamu sentiasa atuk ingat," beritahu Syler dengan suara serak orang sakit. "Kalau atuk tidak paksa bonda kamu buang kamu dan tinggalkan ayahanda kamu, hidup atuk tidak akan merasa menyesal sampai sekarang macam ini."

Diane teringat akan kata-kata Luisa yang mana datuknya meminta dirinya dibunuh. Kalau menyesal, kenapa tidak menemui dia dan menjelaskan semua ini kepada semua orang termasuk dirinya sendiri? Kalau menyesal, datuknya ini tidak akan menghantar adik bongsu tirinya sendiri untuk membunuh dia. "Saya sudah ada di sini... jadi tuanku tak perlu fikir terlalu banyak. Benda sudah lepas. Tiada apa-apa lagi yang tuanku perlu sesalkan. Ayah saya sudah tiada, ibu saya sudah ada kehidupan sendiri, semuanya akan baik-baik saja," balasnya sambil menatap ke mata itu.

Syler menggeleng kepala dengan kening berkerut sedih. "Tidak... semuanya tidak baik-baik. Bagaimana dengan kamu? Hidup kamu? Apa yang datuk perlu lakukan untuk tebus semua kesilapan datuk kepada kamu?" soalnya dengan terdesak.

Diane menarik senyuman nipis selepas mendengar. Dia telah merelakan semuanya. Malah, dia telah memaafkan semuanya. "Tak apa-apa. Tuanku tidak perlu risau akan saya. Saya tidak penting. Dan saya tidak kisah tentang perkara lain. Apa yang tuanku telah lakukan, apa yang ibu saya telah lakukan... mahupun Luisa sendiri... saya sudah lupakannya." Sakit itu ada, tetapi lebih sakit jika dia tidak melepaskan semua ini. Eloknya dia melepaskan semua ini supaya di masa depan dia tidak akan merasa sengsara memikirkan hal ini.

Air mata mengalir turun dari mata tua Syler, wajah yang sedia berkedut semakin berkedut teruk bila Syler berkerut-kerut ketika menangis tanpa suara.

Diane yang melihat menjadi sayu sendiri. Pasti susah bagi lelaki tua seperti datuknya ini untuk menanggung semuanya sendirian. "Shh... it’s okay. Everything’s gonna be fine," pujarnya sambil menepuk dada itu dengan perlahan.

"Atuk terlalu pentingkan diri... terlalu memikirkan maruah sampaikan sanggup menyusahkan hidup cucu sendiri... atuk menyesal... Kalau la atuk biarkan kamu di sini, hidup atuk tidak akan rasa serba salah sehingga ke hari ini," lafaz Syler dengan susah payah.

Sambil tersenyum, Diane mengesat air mata yang turun dari tepi mata itu dengan ibu jarinya perlahan-lahan. Tak mengapa... kalau bukan disebabkan datuknya ini, dia mungkin tidak menjadi seseorang yang kuat dan tabah sehingga kini.

"Maafkan atuk... maafkan orang tua tak guna ini... hanya itu saja yang atuk dapat katakan selepas 21 tahun ini," sedu Syler dengan teruk.

Dengan renungan redup ke mata itu, Diane pun berkata, "Ya..." kepalanya diangguk perlahan. "Saya telah memaafkan tuanku... Jadi tenanglah... sebab saya sekali pun tidak berdendam." Kalau ayahnya masih hidup, mungkin ayahnya akan melakukan hal yang sama seperti yang dia lakukan.

Syler yang mendengar senyum lega, dia memejamkan mata untuk menarik nafas. Akhirnya, terlaksana juga permintaan terakhirnya. Dan kini, dapatlah dia pergi dengan hati yang tenang.

Diane perhatikan dada yang tadi naik turun perlahan-lahan berhenti dari bergerak. Lalu diikuti, cengkaman pada tangannya mulai longgar sebelum tangan itu terkulai jatuh ke sisi tidak berdaya.

"Tidur lah dengan tenang, situ... semoga rohmu tenteram..." lafaznya sambil menepuk dada itu, mendodoi orang tua di sisinya dengan senyuman nipis di pipi. "Terima kasih sebab sudi jumpa dengan Diane buat kali terakhir—" tunduk Diane memandang ke bawah. "Atuk..." sebut dia sambil memejam mata.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now