THE KINGDOM 》 45

1.7K 165 0
                                    

Dia menunggu.

Dari sehari menjadi seminggu.

Dari seminggu kepada sebulan.

Dia menunggu masa yang sesuai.

Dia menunggu orang ini akan ditimpa masalah.

Tapi tidak!

Sebaliknya, orang ini gembira menjalani hidup seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Sementara dia?

Dia menderita.

Sakit!

Tidak lalu makan, tidak lena tidur.

Sebab itu dia nekad. Kalau bukan sekarang, mungkin dia tidak akan ada peluang lagi. Sama ada dia atau orang ini yang mati dulu! Dia sudah nekad untuk melakukannya!

Rambut yang diikat satu itu berhayun ke kanan dan kiri saat orang di depannya menuruni tangga. Dia yang mengikuti dengan senyap sejak tadi semakin tidak sabar.

Sarah yang berada di belakang mengawasi langkah orang itu dengan renungan tajam, ingin membunuhnya.

Di tangan sudah bercahaya dengan bebola cahaya merah. Menunggu masa untuk dia lontarkan bebola cahaya itu tepat ke belakang badan di mana jantungnya berada. Biar mampus terus! Ambil ini! Sarah campak cahaya di dalam tangannya ke arah orang di depannya.

Saat kaki itu hendak menjejak anak tangga, bebola cahaya itu meluncur laju ke belakang badannya hingga menyebabkan dia terhumban ke depan lalu bergolek-golek jatuh, tertimpa tangga.

Sarah apalagi, dia yang melihat tubuh itu sedikit pun tidak menunjukkan perasaan serba salah. Dia malah merenung marah ke arah perempuan yang terbaring di atas lantai bawah tangga itu. Sewaktu dia menuruni tangga, orang itu cuba untuk bangun. Sampai saja di depan orang itu, tanpa belas kasihan, rambutnya dicengkam kasar oleh Sarah.

"Rasakan apa yang aku rasa selama ini!"

"Argh!" jerit orang itu sambil mendongak memandang ke atasnya, memegang tangan yang mencengkam rambutnya.

"Suka kau kan? Ingat hidup kau boleh tenang lepas apa yang berlaku pada teman lelaki aku? Senang-senang kau bermesra dengan lelaki lain sementara aku masih sedih meratapi pemergiannya!" Sarah mengheret Diane sambil menuruni tangga.

Diane yang dalam kesakitan itu memegang tangan Sarah yang sedang menarik rambutnya. "Sarah, apa ni! Lepaskanlah!" rintih Diane sambil terngesot-ngesot untuk bangun, punggungnya satu persatu terduduk di anak tangga saat diheret.

Tanpa berhenti, Sarah terus mengheret Diane sambil memegang rambutnya.

"Oh... sakit ya... sakit kau je yang kau fikir... sakit aku? Kau ada ambil kisah?"

Diane pejam mata seeratnya sambil menahan sakit. Waktu itu adalah waktu makan tengah hari, di mana semua pelajar berada di dewan makan. Dia baru saja pulang dari bilik air dalam perjalanan ke dewan makan sebelum diserang oleh Sarah.

Setiba di tingkat yang dikehendaki, Sarah mengheret Diane sepanjang koridor sebelum berhenti di sebuah pintu. Dia kemudian membuka pintu yang merupakan makmal posyen.

Saat Sarah hendak membuka pintu, Diane mengambil peluang untuk melarikan diri. Dia menarik rambutnya sebelum bangun dan melarikan diri ke arah tangga semula. Dengan cepat, kakinya menuruninya dengan tergesa-gesa.

Tersentak sekejap Sarah apabila Diane berjaya melarikan diri. Dia sedikit memalingkan kepala ke arah Diane yang melarikan diri sebelum tersenyum senang. "Hei! Kau nak pergi mana tu, hah perempuan jalang! Kau ingat kau boleh lari dari aku ke?" laungnya sebelum berlari ke arah itu untuk mendapatkan Diane semula.

Dalam keadaan tercungap-cungap penuh ketakutan, Diane berlari laju merentasi koridor yang sunyi sepi itu. Dalam masa yang sama, dia dapat mendengar bunyi tapak kaki berlari dan suara orang mengah mencari nafas dari arah belakangnya. Yakin bahawa Sarah semakin hampir dengannya, Diane tidak susahkan diri untuk menoleh ke belakang.

Saat Diane melintasi satu simpang dekat koridor itu, tiba-tiba bebola cahaya meluncur laju sepanjang koridor lalu mengenai bahu Diane.

Impak bebola cahaya itu menyebabkan Diane tercampak ke lantai dalam keadaan meniarap.

Sarah di belakang berjalan dengan langkah tenang mendekati Diane sambil memegang sesuatu di tangan.

Dalam keadaan sakit itu, Diane cuba bangun dari baringnya. Berdiri saja dari situ, dia menghampiri tangga lalu menuruninya tergesa-gesa sambil memegang bahunya yang dingin, merintik di dahi. Pedih sungguh bahunya saat ini.

"Hei, kitty... kitty... nak pergi mana tu... mari la sini," agah Sarah dengan menakutkan sekali. Gadis itu sudah tidak ubah seperti psiko yang terlepas dari hospital sakit jiwa.

Namun saat dia hendak belok ke kanan di tangga itu, secara mengejut satu rentapan yang kuat terasa dari arah belakang secara kasar sebelum tubuhnya tercampak ke belakang semula.

KEDEBUK!

Jangan cakaplah! Rasa macam nak pecah pun ada dada dia waktu ini. Terbatuk-batuk menahan sakit, Diane memandang ke atas dengan muka berkerut. Tolonglah! Sesiapa bantu selamatkan dia!

Sarah berdiri di hujung kaki Diane. Dengan senyuman menakutkan di bibirnya, dia tunduk memandang Diane di situ. "Mari aku calarkan muka kau yang cantik tu... biar tak ada sesiapa pun akan suka kau," katanya sambil tayangkan kuku kedua-dua tangannya.

Dengan reaksi penuh kengerian, Diane menggeleng kepala takut. Dia cepat-cepat merangkak bangun sebelum berlari ke arah pintu keluar bangunan itu. Diane membelok ke kanan sebelum tersungkur jatuh di atas lantai semula.

Tepat di depan kaki seseorang.

Sarah yang mengejar langkah Diane berhenti apabila melihat orang di depan koridor itu. Matanya terbuntang kaku.

Sambil merintih menahan sakit, Diane cuba menyokong badannya untuk bangun dari situ, namun gagal kerana terlalu letih. Saat itu, dia perasan akan dua pasang kasut yang ada di depannya. Perlahan-lahan, dia mendongak memandang ke atas. Tatkala dia berbuat begitu, sepasang tangan muncul lalu memegang bawah ketiaknya dan mengangkatnya dari situ.

Melihat saja muka di depannya itu, Diane menahan nafas terkejut. Terus lupa rasa sakit yang dia rasakan waktu ini.

Ramai-ramai orang, kenapa lelaki ini juga!

18. The KingdomWhere stories live. Discover now