"Kenapa dengan kamu, Diane?" tanya Master Vena.
Diane mengangkat kening terkejut. Dia juga ingin tahu apa yang berlaku pada dirinya. Tiba-tiba saja. "Ahh? Saya-" sahut gadis itu kebingungan. Dia perlahan-lahan berjalan keluar dari belakang meja lalu bergerak ke depan kelas. Ibarat seperti dikawal, kakinya melangkah selangkah demi selangkah dengan perlahan-lahan ke arah Kaiser.
Master Vena memandang dan bersuara, "Tunggu giliran kamu kalau kamu nak tunjuk demonstrasi." katanya apabila Diane semakin hampir ke depan.
Diane menggeleng kepala sambil membuat muka cuak. Sumpah! Dia bergerak bukan atas kerelaan dirinya! "Bukan, Master... ia-" Diane memandang kakinya seketika sebelum kembali memandang ke arah Kaiser. Setelah menatap mata lelaki itu, barulah realiti menghentaknya.
Hell no!
Kaiser berdiri di situ dengan postur berlagak dan yakin sehinggalah Diane berdiri di hadapannya.
Tanpa sedar, tangan Diane mengangkat dan memeluk lengan Kaiser. Diane yang perhatikan pun tidak percaya. Apa yang berlaku ini? Kenapa dia tidak dapat melawan? Siapa sebenarnya lelaki ini! Bagaimana dia boleh mengawal dirinya begitu sahaja?
"Ini yang saya panggil," kata Kaiser sambil memandang Master Vena.
Diane palingkan kepala memandang tepi muka Kaiser dengan kening mencerun, tidak percaya. Lelaki ini! Mujur ada sihir yang dikenakan padanya; kalau tidak, sudah lama dia memukul lelaki ini! Hish!
Master Vena buat muka, memandang tidak percaya dan kelihatan bingung. "Tapi mantera ini khas untuk objek sahaja. Bukan manusia. Saya tunjukkan kepada kamu, bukan... adakah kamu cuba mengenakan saya?" soalnya kepada Kaiser dengan kening berkerut.
"Tak. Ini bukan gurauan. Saya memang memanggil Diane. Kalau Master tidak percaya, saya boleh lakukannya terhadap diri Master sendiri," ujarnya dengan nada mendatar, dingin, tanpa emosi.
Mereka yang ada di dalam kelas tergamam, silih berganti memandang Diane, Kaiser, dan Master Vena sendiri. Drama apakah yang sedang mereka saksikan ini!
Seorang pelajar lelaki yang duduk tidak jauh dari situ mengumpul kertas lalu membalingnya ke arah Diane sambil berkata, "Nak bercinta bukan dekat sini la!!!"
Tanpa menoleh, Kaiser menyambut kertas tersebut sebelum ia mengenai wajah Diane dan melenyapkan gumpalan itu menjadi debu dalam genggamannya. Fokusnya masih terarah kepada Master Vena.
Sementara itu, Diane dan pelajar lain dalam kelas itu memandang Kaiser dengan tidak berkedip setelah melihat apa yang lelaki itu lakukan. Selamba sungguh!
"Kamu tukar mantera itu ke, Kaiser?" soal Master Vena dengan curiga.
Kaiser menarik senyuman meleret sambil menggeleng kepala. "Tidak. Master boleh periksa dalam buku teks itu," ajunya sambil menyeluk tangan ke dalam poket seluarnya dengan yakin. Percaya atau tidak, kuasa dia boleh melakukan lebih daripada ini. Dan sihir memanggil ini adalah sihir paling mudah baginya.
Master Vena mendapatkan buku teks lalu membacanya berulang kali untuk memastikannya. Setelah membaca, dia memandang Diane pula. "Beritahu saya, Diane, kamu ditugaskan atau tubuh kamu bergerak dengan sendiri?" soalnya.
Diane yang masih kebingungan itu kedipkan mata beberapa kali. Dia memandang Master Vena dengan bulat. "Kaki saya bergerak dengan sendiri."
Tidak tahu hendak berkata apa lagi, Master Vena mengangguk kepala mengalah. Lalu menyuruh mereka duduk dengan melambai tangan agar pergi. "Ya sudah... kamu boleh duduk."
Mereka berdua pun bergerak ke meja belakang kelas dan mengambil tempat di kerusi masing-masing selepas itu.
Beberapa kepala masih terarah pada Diane dan Kaiser.
Sementara Kaiser dengan poker face-nya tunduk selak buku teks lalu berpura-pura melihat butiran dalam buku tersebut.
"Seriously? Perlu ke kau gunakan kuasa dekat aku jugak!" lengan Kaiser dipukul Diane sekali lagi. Jengkel betul dia.
Kaiser palingkan kepala. "Mana ada..." tipunya.
Diane buat muka. "Apa?"
"Kau yang datang sendiri sebab tertarik dengan aku, kan?" seloroh Kaiser mahu menyakat Diane.
Berdengus tak percaya, Diane mendengarnya. "Memang tak la..."
Kaiser tersenyum menyakatnya. "Kau tahu banyak menafikan itu bermakna kau mengiyakan kenyataan itu..."
Menyampah dengan sikap perasan bagus Kaiser, Diane menjuling mata lalu menyandar ke belakang kerusinya semula. Urgh! Buat sakit hati saja bercakap dengan Kaiser ni!
YOU ARE READING
18. The Kingdom
FantasyJust imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampai sanggup nak sakiti dan bunuh dia and suddenly one day...semuanya berubah *************************...