Flashback beberapa bulan lalu,
Sehari selepas kejadian Frost menikam Diane.
Di dalam bilik rawatan, Kaiser menerima rawatan akibat kecederaan yang dialaminya selepas diserang oleh Frost. Katilnya bersebelahan dengan katil di mana Diane sedang terlantar saat ini.
Kaiser baru saja sedar dari tidurnya ketika ternampak Doktor Abiel berdiri dekat katil Diane. Dia diam tidak bersuara, hanya memerhatikan belakang kepala wanita itu.
Tekun sungguh dia memerhatikan Diane yang terlantar di atas katil. Kenapa baru sekarang dia sibuk mengambil peduli, sedangkan sebelum ini tidak?
"Lama tak jumpa, kan, Doktor Abiel atau... Puan Elaine..." sapa Kaiser dengan suara serak baru bangun tidur.
Doktor Abiel tersentak selepas mendengar teguran itu. Dia berpaling pantas memandang ke belakang.
Kaiser yang berbalut di kepala itu bangun dari baringnya, duduk melunjur memandang Doktor Abiel.
"Apa maksud kamu?" tanya Abiel dengan kening terangkat. Dari mana budak ini tahu nama sebenar dia?
Kaiser tersenyum sinis. Please la... jangan berpura-pura. Dia sudah tahu semuanya. Jadi, tidak ada gunanya berdalih lagi. Dengan renungan mengejek, dia berkata, "Janganlah macam itu, doktor. Saya dah tahu semuanya, jadi tak perlu doktor buat tak tahu..."
Kaiser turun dari katil dan berjalan mendekati katil di mana Diane sedang terlantar tidak sedarkan diri.
Abiel memerhatikan langkah Kaiser dengan kening berkerut. "Siapa kamu?" soalnya ketika Kaiser sudah berdiri di tepinya sambil memandang Diane.
"Kaiser Storm. Anak didik kepada Xavier Edine..." jawab Kaiser, kemudian palingkan kepala memandang Doktor Abiel. Sambil memandang, dia menarik senyuman jahat. Ke mana lagi nak lari? Dah tertangkap pun.
Abiel sedaya upaya mengawal reaksi wajahnya apabila mendengar nama itu. Dia melarikan pandangan ke tempat lain.
"Jadi, dekat sinilah doktor bersembunyi selama 21 tahun ini?" tanya Kaiser sambil memandang sekeliling bilik rawatan. Dia lari dari kenyataan bahawa wanita ini ada anak dan suami tetapi memilih untuk meninggalkan mereka ketika diri diperlukan.
What a great mother!
Doktor Abiel memandang Kaiser dengan gigi terketap. Berani betul budak hingusan ini memperlekehkan dia. "Kamu tak tahu apa-apa, jadi jangan buat kesimpulan sendiri..." tegasnya.
Dengan melentokkan kepala ingin tahu, Kaiser melirik ke arah Diane. Dia berharap gadis ini sedar dan mendengar semua perbualan mereka, jadi dia tidak perlu susah payah menjelaskan semuanya pada gadis ini sendiri nanti.
"Apa yang saya tak tahu?" soal Kaiser dengan nada mencabar. Tanya saja dia apa, semua jawapan sudah ada dalam kepala otak geliga ini.
Doktor Abiel mendekati Kaiser lalu menuding jari di depan muka itu. "Jangan kamu berani-berani beritahu Diane tentang hal ini, ya... bukan hak kamu untuk dedahkan kepada dia..."
"Kenapa pula tak boleh, doktor? Dia ibu dia. Orang yang selama ini dia ingin jumpa, orang yang telah buang dia... Kenapa saya tak boleh beritahu dia? Mesti Diane happy lepas dengar yang ibu kandung dia selama ini tak mati, malah ada dekat dengan dia..." sebut Kaiser dengan nada menjengkelkan.
Abiel yang mendengar merinding jengkel. Secara automatik, dia mengangkat tangan hendak menampar wajah itu.
"Cukup!" arah Abiel semasa mahu menampar Kaiser.
Namun, tamparan itu berjaya dihalang. Pergelangan tangan itu dipegang oleh Kaiser lalu dilempar kasar ke tepi.
Nafas Doktor Abiel naik turun, hilang sabar. Dia memandang Kaiser dengan hidung kembang kempis kerana keberangan. "Saya tak buang dia... tetapi saya tinggalkan dia. Xavier yang buang Diane," ujarnya akhirnya.
Kaiser berdengus tidak percaya. "Sama saja jika seorang ibu tidak dapat menjalankan tugas dengan baik... itu sama saja dia buang anaknya," katanya.
Mata Abiel berkaca. Dia mengetap gigi dengan kuat. "Xavier yang hantar kamu ke sini?"
"Ya, untuk bawa anak perempuan dia pergi dari sini..." Kaiser memandang ke Diane dengan renungan dalam.
Abiel menggeleng kepala. Tak mungkin! "Tak... dia tak boleh buat macam itu. Ini tempat kelahiran Diane, saya takkan izinkan dia bawa Diane pergi dari sini atau ke mana-mana..." tangan Diane dipegang olehnya.
Dengan jelingan tajam penuh amaran, Kaiser palingkan kepala ke Abiel lalu berkata, "Bukan puan yang kena buat keputusan. Tapi saya. Kerana saya adalah penjaga sah Diane selepas kematian Master. Doktor hanyalah tiket kematian Diane semata." Dia menenung Kaiser.
Abiel menjungkit kening tinggi apabila mendengar. "Apa maksud kamu?"
Kaiser bergerak semula ke katil pesakitnya untuk sambung berehat sambil berkata, "Saya rasa puan sendiri tahu apa yang saya cuba katakan sekarang ini..." selorohnya sebelum menguap.
YOU ARE READING
18. The Kingdom
FantasyJust imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampai sanggup nak sakiti dan bunuh dia and suddenly one day...semuanya berubah *************************...