THE KINGDOM 》 39

1.8K 169 2
                                    

Mulanya, dia mengharapkan ada orang yang menjenguk atau melawatnya sepanjang masa dia terlantar sakit...

Diberi perhatian,

Dilayani oleh seseorang yang mengambil berat terhadapnya,

Menggembirakan hatinya semula dengan gurauan,

Atau diberi bunga sebagai buah tangan.

Tetapi itulah...

Berangan sahaja.

Kalau nak harapkan ia terjadi dalam realiti, memang tak kesampaian.

Yalah, dia sedar siapa dirinya ini untuk merasakan semua itu.

Dia hanyalah anak kepada pembunuh yang dibenci oleh semua orang di sini.

Jika ada pun yang mengambil kisah terhadapnya, pasti mereka mempunyai niat tersembunyi.

Sama ada untuk menggunakan dia,

Atau paling tidak, membunuhnya.

Itu saja alasan yang logik jika ada yang menghampiri dia secara tiba-tiba.

"Huargh!" Dia menguap sambil merenggangkan tangan ke atas kepala sehingga kemeja uniformnya terangkat dan mendedahkan perutnya.

Dengan senyuman lega, dia menurunkan tangan ke bawah sebelum berdiri tegak menghadap tasik di depannya buat seketika.

Sekarang ini semua orang ada di dewan makan menikmati makan malam. Dia yang baru sahaja keluar dari hospital tengah hari tadi menghabiskan masa di luar, jauh dari sebarang pertembungan dengan sesiapa.

Dia masih tidak bersedia untuk berjumpa dengan sesiapa walaupun Doktor Abiel telah menghapuskan ingatan separuh dari apa yang berlaku. Diane masih terkesan dengan kejadian yang Frost telah sebabkan, terutama selepas apa yang Frost beritahu mengenai ayahnya. Semakin tertekan dia dibuatnya.

PAK!

Satu pukulan tiba-tiba hinggap di belakang kepalanya.

Dengan muka 'WTF', Diane menoleh ke belakang sambil memegang tempat yang dipukul tadi. Siapa pula yang kurang ajar ni?

"Apa yang k—" kata-kata Diane terhenti apabila Kaiser berdiri di sebelahnya dengan muka dingin, bagaikan ingin meminta tapak kasutnya. "Kau dah kenapa gila! Kau nak kahwin dengan aku ke kalau aku lembab!" getusnya dengan kening mencerlung.

Tahu tak dia ni pesakit! Tak ada lembutnya langsung.

"Mana kau pergi, hah? Aku cari kau dekat hospital, tapi kau tak ada. Aku cari kau dari siang tadi sampai la sekarang," gerutu Kaiser dengan muka tidak puas hati.

Diane menurunkan tangan ke sisi dengan kesal. Kisah pulak mana dia pergi! "Kalau ya, tegur elok-elok la. Perlu ke pukul aku?" sungutnya sebelum menarik muncung tidak puas hati.

Kaiser melepaskan dengusan pendek sewaktu memandang Diane dengan rasa kesal. Dia memandang muka itu buat seketika dengan kening mencerlung.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" tanya Diane setelah sedar dirinya diperhatikan dengan teliti oleh Kaiser. Ada yang pelik ke dengan dia?

"Kau dah okay belum?" tanya Kaiser selepas itu.

Diane tunduk memandang badannya seketika sebelum memandang ke arah Kaiser semula. "Memangnya kenapa dengan aku?" soalnya dengan bingung. Kaiser ingat tentang kes tikam dan Frost ke?

Tanpa berkata apa-apa, Kaiser menghampiri Diane lalu berdiri rapat dengannya.

Jarak mereka itu membuatkan Diane terundur selangkah ke belakang secara refleks. "Apa?" tanyanya dengan marah. Hish, si nerd ni. Dekat-dekat pulak. Buat dia gelabah je!

Tanpa berhenti, Kaiser mendekatkan tangannya ke arah Diane.

Mata Diane terus terbeliak. Dia yang mahu mengundur tidak jadi selepas badannya secara tidak sengaja membatu menjadi patung seketika. "What the hell!" sebutnya dalam hati, kerana mulutnya ikut terkatup seperti di gam!

Kaiser pun sampai di depan Diane. Disebabkan ketinggian mereka yang setanding, mata mereka saling bertembung.

"Kau fikir kuasa Doktor Abiel tu berkesan pada aku ke?" tanya Kaiser sambil menanggalkan cermin mata dari wajahnya.

Diane tertahan-tahan nafas kerana cuba membuka mulutnya yang terkatup erat. Wow! Tunggu sekejap, apa si nerd ni cuba buat?

Kaiser menguak rambutnya ke belakang dengan tangan, mendedahkan dahi luas dan kening hitam tajamnya kepada Diane. "Dan kau... hutang aku penjelasan kenapa Frost serang aku dalam kelas hari tu," sambungnya.

Diane buat muka kantoi setelah mendengar. Sh*t! Dia ingatkan Doktor Abiel berkuasa. Takkan la lupakan ingatan si nerd ni pun tak boleh! Dan kenapa si nerd ni! Asal lain macam pulak gayanya ni. Seram pulak tiba-tiba.

Kaiser mengangkat tangan dan membuka strap yang melilit pergelangan tangannya. Pada masa yang sama, dia menggigit hujung jari sarung tangan dan menarik tangannya keluar dari sarung tersebut.

Diane mengangkat kening semasa memerhatikan tingkah Kaiser. Ingat hot ke buat macam tu! Menyampah lagi ada.

Sarung tangan di mulutnya dipegang, lalu tangan yang tidak bersarung itu dibawa ke perut Diane. "Kau beritahu aku dengan cara baik atau aku paksa kau beritahu aku, kenapa minuman kau ada racun dan kenapa kau terlantar dekat hospital dengan keadaan ditikam serta kenapa kau selamatkan Frost lepas apa dia buat dekat kau..."

Diane mengangkat kening setelah merasakan sentuhan pada bekas tikaman di perutnya. Dah! Apa pulak ni!

Ingatkan dah habis!

"Aku beritahu! Jangan sakitkan aku. Aku jelaskan! Arghhhh!!!!" jerit Diane dalam kepalanya sekuat hati. Harap-harap Kaiser dengar.

Kaiser menarik senyuman lebar saat mendengar suara Diane dalam kepalanya, tetapi dia buat-buat tidak peduli. "Nak, kedipkan mata sekali, tak nak kedipkan mata dua kali," arahnya.

Diane apa lagi. Dia pun kedipkan mata sekali cepat-cepat.

Kaiser memandang bibir Diane seketika sebelum kembali memandang wajahnya. "Dah. Sekarang bercakap," arahnya setelah membatalkan sihir dari mulut Diane.

Diane membuka mulutnya dengan helaian nafas yang ditahannya tadi lalu memandang takut ke arah Kaiser dengan kening mencerlung tidak pasti.

Patut ke dia beritahu?

"Aku tunggu, Diane...." tegas Kaiser. "Kau tahu sebab kau, nyawa aku juga dalam bahaya. Jadi, aku perlukan penjelasan dari kau untuk aku maafkan kau atas apa yang berlaku dekat aku... atau kau nak hidup kau susah lepas ni?" Tangan yang ada di perut Diane itu diberi tekanan sedikit.

"Auw..." aduh Diane melepaskan rasa sakit kerana tekanan pada perutnya. "Fine... aku beritahu," akurnya dengan patuh serta merta. Kalau kaki dan tangannya tidak kejang, lama dah dia cabut lari! Grrr! Dasar si nerd yang pelik!

18. The KingdomWhere stories live. Discover now