21 tahun yang lalu...
Di Istana Pusk Black Pearl...
PANG!
Wajah itu ditampar hingga membuatkan wanita yang sedang sarat mengandung itu terduduk di atas lantai sebelum disambut oleh dayang.
"Memalukan! Beraninya kamu menunjukkan muka dengan anak dalam perut itu!" jerkah ayahnya dengan marah.
"Ayah... saya minta maaf," ucap Elaine dengan sedih sambil memegang pipi yang ditampar tadi.
"Kamu sendiri tahu puak kita tak boleh berhubung dengan puak suami kamu! Kamu sedar tak apa yang suami kamu telah lakukan!? Dia telah mengorbankan hampir kesemua ahli puak kita. Musnahkan semua rancangan kita untuk menjadi salah satu puak terkuat di sini... dan kamu apa?!" jerkah ayahnya lagi dengan marah.
Elaine bangun dari bersimpuh. Dengan bantuan dayang, dia berdiri menghadap lelaki berambut putih dan berwajah bengis di hadapannya. Dia tahu apa yang dia katakan tidak akan diterima oleh ayahandanya. Namun, jika ini cara untuk menyelamatkan suaminya, dia akan lakukannya.
"Ayahanda... anakanda merayu. Lepaskanlah Xavier. Jangan apa-apakan suami anakanda..." rayunya sambil memegang perutnya yang sarat.
"Kamu mahu membantu dia kerana niat ayah yang jahat, bukan? Kamu melahirkan anak untuk dia kerana kamu tahu anak ini akan menguatkan puaknya!" jerkah ayahnya dengan lantang.
"Saya minta maaf, ayah... saya sayangkan Xavier... jadi saya merayu, tolong jangan apa-apakan dia. Apa yang dia cuba lakukan adalah demi puaknya sendiri..." ujarnya lagi sambil teresak-esak.
Ayahnya berdengus kasar sambil mencekak pinggang. "Kalau kamu nak Xavier selamat... ayahanda mahu kamu berpisah dengan dia... begitu juga dengan anak ini. Ayah tak boleh terima kelahiran dia di sini..."
Dengan terkesima, Elaine mengangkat kepala, memandang wajah ayahnya dengan mata berkaca.
"Ayahanda... jangan begini... Elaine merayu..." gelengnya tidak mahu.
"Dengan itu, ayah takkan apa-apakan dia... pilihan kamu," ujar ayahnya lagi tanpa memandangnya.
Elaine tunduk memegang perutnya. Jika dia berpisah dengan Xavier, bagaimana dengan anaknya ini? Dengan air mata berlinangan, dia memandang ke arah ayahnya.
"Macam mana dengan anak ini? Elaine tidak mahu kehilangannya..." katanya tersedu sedan.
"Tinggalkan anak ini kepada suami kamu... puak kita tak boleh terima sebarang pertalian darah dari puak lelaki itu..."
"Tapi ini juga anak saya..."
"Tinggalkan dia atau aku akan bunuh semua yang ada di situ termasuk suami kau sendiri," tegas ayahnya dengan nekad.
"DOKTOR ABIEL,"PANGGIL Lady Jane dengan perlahan.
Dia yang sedang berdiri menghadap jendela sebelah katil pesakit pun berpaling. "Ya," sahut Doktor Abiel.
Sebaik saja dia menoleh, berdirinya Kaiser di situ sambil memandangnya.
"Kata pelajar ini dia mahu berjumpa dengan Doktor Abiel..." maklum Lady Jane sambil bergerak ke tepi untuk memberi laluan kepada Kaiser sebelum beredar dari situ untuk menyambung kerjanya semula.
Tanpa berkata apa-apa, Doktor Abiel hanya memerhatikan langkah Kaiser sehinggalah lelaki itu berdiri di depannya.
Sebaik saja Kaiser berdiri di situ, lelaki itu membuat muka serius lalu berkata, "Diane sudah tahu segalanya..." Dia berkerut kening semasa memerhatikan reaksi Doktor Abiel.
Doktor Abiel yang mendengar hanya diam membisu, menatap muka Kaiser. Jika dia bercakap pun, hanya akan menyakitkan hati. Baik diam.
"Lambat atau cepat, dia akan tahu mengenai doktor... Dan bila hal itu terjadi, saya mahu doktor lakukan apa saja supaya dia setuju untuk menetap bersama saya dan meninggalkan tempat ini tanpa paksaan. Sekiranya doktor melakukan hal yang sebaliknya, saya tidak ragu untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya," tegas Kaiser dengan nada perlahan namun penuh amaran.
Doktor Abiel meletakkan tangan ke dada lalu disilangkan kerana tidak puas hati. Suka hati nak mengarah dia itu dan ini. Ingat dia siapa!
"Ianya terpulang pada Diane sama ada dia mahu menetap di sini atau tidak. Dan kamu tiada hak untuk memaksanya melakukan sesuatu," ujarnya dengan tegas.
Kaiser berdengus mahu ketawa. Namun, dia hanya menarik sengih sinis. "Jangan risau. Tanpa saya paksa, dia sendiri akan akur dengan keputusan saya," lafaznya.
YOU ARE READING
18. The Kingdom
FantasíaJust imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampai sanggup nak sakiti dan bunuh dia and suddenly one day...semuanya berubah *************************...