THE KINGDOM 》96

1.8K 138 1
                                    

Nama yang terukir pada permukaan batu itu diusap dengan jarinya perlahan-lahan. Dengan renungan kosong, dia menatap foto kecil yang tertampal pada batu peringatan ini. Siapa sangka, dulu dia dapat melihat empunya kubur ini tersenyum dan bergelak tawa dengannya. Sekarang, dia hanya mampu menyentuh makamnya sahaja.

"Apa yang telah berlaku padanya?" tanya Diane semasa tunduk memandang batu makam di hadapannya.

"Casia mengalami komplikasi sewaktu melahirkan Diandra. Dua bulan selepas itu, Casia jatuh sakit dan perjuangannya berakhir di situ," jelas Sky dengan nada suram namun perlahan. Dia memandang ke arah Diane yang sedang duduk bersimpuh di sisi kubur Casia, memangku anak perempuannya yang sedang bermain dengan tali reben yang terjuntai pada pakaian wanita itu.

"Adakah sepanjang masa dia bersama kau, dia bahagia?" tanya Diane perlahan tanpa memalingkan wajah dari kubur itu. Jari-jemarinya mengusap batu dingin dan keras itu berkali-kali, berharap Casia tahu dia ada di sini.

"Kak Casia gembira. Dia selalu cerita tentang Kak Diane, betapa inginnya dia nak temui Kak Diane. Abang selalu pujuk yang dia akan cari Kak Diane, tapi tak jumpa. Sejak Diandra lahir, gambar Kak Diane lah yang selalu dipandang Diandra," jelas adik kandung Sky, Sunny.

Diane tersenyum nipis sebaik mendengarnya. Sampai terbawa-bawa ke anak rindu untuk menemui dia, Casia ini. "Iya ke?" katanya sambil tunduk memandang Diandra. Wajah anak ini tidak tumpah seperti Casia. Dari mata, hidung hingga kening, persis seperti Casia. "Cantik nama dia, sepadan untuk anak secomel dia..." Diane bangun dari duduknya, membetulkan dukungannya pada anak kecil di dalam pelukannya. "Mata dia sama seperti Casia," puji Diane lagi, yang kemudiannya menyerahkan Diandra kepada Sunny.

Sky memandang Diane, wanita yang dulu dia benci itu kini kelihatan matang dan lebih cantik daripada sebelum ini. Dia merasa serba salah terhadap Diane dan Casia kerana telah membuatkan dua orang sahabat ini sengsara akibat ego dan kepentingan diri sendiri.

"Ke mana kau dah pergi? Kenapa baru sekarang kau datang? Casia ada banyak perkara nak beritahu kau, dan aku ada banyak ucapan maaf yang aku nak minta," ujar Sky dengan mata kemerahan seolah mahu menangis.

Sambil menyelak anak rambut ke belakang telinga dan tunduk memandang ke bawah buat seketika, Diane berkata, "Sesuatu berlaku yang membuatkan aku ambil masa untuk ke sini..." jawabnya. "Syukur la sepanjang hayat Casia, dia bahagia." Barulah dia memandang Sky dan Sunny yang berdiri menghadapnya.

Mereka berdua memandang tanpa berkedip akan wanita beraura kuat di hadapan mereka. Seakan ada sesuatu pada Diane yang membuatkan mereka terpegun tanpa dirancang.

"Tak salah aku buat keputusan untuk tinggalkan kau orang dengan aman tanpa masalah aku dan nasib buruk aku pada kau semua," sambung Diane sebelum menarik senyuman nipis di bibir. Dia kemudian menepuk sekali lengan Sky. "Sky... jangan risau. Aku dah maafkan semua orang. Aku dah relakan apa yang berlaku. Dan ini adalah kali terakhir aku datang ke sini. Lepas ini, aku mungkin takkan ke sini..." katanya sambil mengambil tangan Diandra dari dukungan Sunny. Lalu dia tersenyum sebelum membawa jari kecil itu ke bibirnya dengan mata terpejam. "Maafkan aunt nak..." sebut Diane semasa menggunakan kuasanya untuk memberikan sedikit ingatannya bersama Casia ketika mereka gembira dulu. Dia mengimbas perasaan gembira dalam kotak memori anak kecil ini, berharap anak ini akan menjadi seorang gadis yang ceria dan gembira suatu hari nanti.

Sky yang melihat berasa bersalah. Dia benar-benar menyesal. Jika Diane bersama Casia, isterinya pasti masih hidup sekarang. "Maafkan aku, Diane," ucapnya sewaktu tunduk memandang ke bawah.

Setelah itu, Diane menjauhkan diri dari Diandra dan Sunny. Dia memandang Sky dengan renungan kosong. "Tak mengapa, Sky. Aku faham kenapa kau buat keputusan ini. Kau buat semua ini sebab kau sayangkan Casia. Kau tak nak apa-apa berlaku dekat dia..." ujarnya sebelum tersenyum. "So... berapa lama kau dah berkahwin dengan Casia sebelum dapat Diandra?"

Sky memandang Diane dengan muka seakan segan nak menjawab. "Lima tahun..." jawabnya.

"Iya ke..." angguknya perlahan. "Kalau macam tu, jagalah anak kau baik-baik. Sebab dia satu-satunya harta yang kau miliki sekarang... sayangi dia sebaik mungkin. Berikan dia kasih sayang secukupnya agar dia tidak merasai kehilangan ibunya," pesan Diane, yang pernah melalui kehidupan tanpa kasih sayang seorang ibu dan ayah. Dan itu bukanlah sesuatu yang menyeronokkan.

Air mata lelakinya terus tumpah ke pipi setelah mendengar pesan itu. Ia sama seperti kata-kata terakhir Casia sebelum menghembuskan nafas terakhir kepada dirinya. "Aku menyesal, Diane," Sky melutut di depan kubur Casia lalu meratap di situ.

Sunny yang melihat berkerut kening, susah hati. Dia memegang bahu abangnya dengan sebelah tangan, sebelah lagi memeluk Diandra.

Diane yang melihat hanya berdiri di situ tanpa menunjukkan sebarang ekspresi di wajah. Bukan dia tidak mahu bersedih atau menangis. Hatinya sudah lali dengan rasa sakit ini. Air matanya sudah banyak mengalir selama ini, jadi ia sudah kering sepenuhnya.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now