THE KINGDOM 》100

110 6 0
                                    

Mug berisi air hangat itu diletakkan di depan lelaki itu sebelum dia duduk di sofa. Dia memandang lama wajah kacak yang sejak dulu lagi sememangnya telah menangkap hatinya. Tidak berubah walau sedikit pun selepas 10 tahun berlalu.

"Awak nak jumpa saya... dengan memikirkan saya, awak terus muncul di sini?" tanya Diane sambil berbuat demikian.

Matanya fokus pada mug yang mengeluarkan wap hangat. "Ya..." Frost tunduk menggaru belakang badannya kerana berasa seperti seorang yang bodoh.

"Macam mana awak boleh teringatkan saya?" tanya Diane lagi yang masih tertanya-tanya. "Bukan ke awak sudah bersama dengan Luisa?"

Frost memandang mata Diane sambil mengetap gigi. Buat beberapa saat dia berbolak-balik. Dia tahu dalam hal ini dia tak patut marahkan Diane kerana hilangnya memori tentang Diane. Kalau bukan kerana Luisa, Diane tidak akan melakukan hal ini padanya. "Ingatan saya telah dipulihkan oleh doktor Abiel tak lama selepas awak tinggalkan Alvano Nova," beritahunya dengan perlahan. "Dan Luisa bersama dengan Han, bukan saya."

Diane yang mendengar tergamam sekejap. Itu bermakna selama ini, Frost menunggu dia? "Kemudian?" tanya dia lagi.

"Saya tunggu awak dan berharap awak akan kembali, tetapi nampaknya awak gembira kerana ada kehidupan di sini. Baguslah..." ujar Frost lagi dengan wajah mendung. "Mungkin saya patut pergi dari sini." Tidak tahu hendak buat apa, dia bergerak untuk bangun. Malu sendiri dengan tindakan melulunya ini.

Diane senyum. Dia duduk bersandar pada sofa yang berhadapan dengan sofa tempat Frost duduk. Selepas memasukkan Denzel dan anak perempuannya ke dalam bilik tidur tadi, dia meminta Frost untuk duduk di sini. Dia ingin tahu kenapa lelaki ini boleh sesat sampai ke kediamannya tiba-tiba. "Awak tahu di mana kedudukan awak sekarang? Dan awak sedar atau tidak akibat dan kesan disebabkan tindakan awak?" tanya dia sambil menyilang tangan ke dada.

Frost mengangkat kepala. Dia tidak jadi bangun selepas mendengar soalan itu. Memandang Diane dengan mulut sedikit terbuka. "Kenapa? Adakah saya dalam bahaya?" tanya dia dengan wajah cemas.

Diane menggeleng kepala sambil memejamkan mata sekejap. Lalu dia memandang Frost semula. Sumpah dia hampir tergelak melihat muka itu. "Awak berada di luar sempadan negara awak. Ini adalah pusat utama Puak Cahaya Bulan. Blue Quarry. Tempat di mana saya tinggal selama 10 tahun ini... sekali awak masuk, awak perlu menunggu bulan penuh seterusnya untuk keluar dari tempat ini," jelasnya dengan jujur.

Mulut Frost terbuka sedikit dek terkejut dengan berita itu. "Huh? Serius?" Dia memandang Diane dengan mata terbuka luas.

Diane mengangguk kepala. "Ya... apa yang awak fikir? Kenapa tidak fikir dulu sebelum lenyapkan diri ke sini?" Jika dia nak ceritakan segalanya pada Frost sekarang, memang keesokan pagi lah jawabnya. Mungkin nanti saja.

Frost menelan air liur gemuruhnya lalu mengedipkan mata beberapa kali. "Saya tak tahu. Saya sendiri tak tahu yang awak tinggal di sini. Apa yang saya tahu, saya cuma memikirkan tentang awak... tup-tup saya berdiri di ruang tamu awak..." jelasnya dengan bersungguh-sungguh.

Diane membuat muka menilai ketika menilik Frost dari atas ke bawah. "Apa yang awak nak dari saya kalau begitu?"

Frost terdiam seketika. Dia memandang Diane dengan wajah penuh persoalan. Tak pasti sama ada dia patut beritahu atau tidak. "Uhm... sebab saya nak—" dia terus mengetap bibir. Betul-betul rasa malu sekarang. "Nak cakap yang saya rindukan awak..." lafaznya sebelum tunduk memandang ke bawah.

"Kalau saya cakap yang saya tolak rasa suka awak tu, awak nak buat apa?" tanya Diane serta-merta.

Frost mengangkat kepala, memandang terkejut. "Serta-merta kau tolak saya?" soalnya.

Diane menjungkit bahu, tidak peduli. "Saya seorang wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak."

Berasa kecewa dengan jawapan itu, Frost tundukkan kepalanya ke bawah. "Terpaksalah saya mereput di sini seorang diri," selorohnya berbaur merajuk.

Diane yang mendengar hampir hendak ketawa. Namun, dia mengawal dirinya dengan senyuman meleret di bibir. Lantas, dia bangun dari duduknya. Mengeliat keletihan.

"Huargh, mengantuknya. Dah lah, saya nak masuk tidur dulu. Awak carilah bilik mana yang awak nak. Saya masuk bilik saya dulu," pamit Diane yang berjalan ke arah anak tangga, buat perangai endah tak endah pada Frost.

Frost berdiri. Dia memandang Diane. "Habis tu saya macam mana sekarang? Bila saya boleh balik?" tanya dia yang memikirkan apa yang dia perlu lakukan di sini.

"Fikirkannya sendiri... awak lelaki dewasa lagi tu. Pandai buat, pandai tanggung..." balas Diane sambil bergerak mendaki tangga.

Frost memandang terkejut. Dia kemudian melihat-lihat sekitar ruang tamu itu. Lalu terduduk mengalah di sofa kerana tidak percaya dengan apa yang telah dilakukannya.

Tiba-tiba, Diane muncul, berdiri di tangga sambil menjengah kepalanya ke arah Frost.

"Bulan penuh tiga bulan lagi. Mungkin awak nak duduk di sini seketika?" tanya Diane.

Frost yang mendengar berpaling memandang Diane. "Apa?"

Diane tarik senyuman di bibirnya dengan lebar. "Ada kerajaan yang perlu saya uruskan... awak nak tolong sekali?" ajaknya lagi.

Perlahan-lahan, Frost mengangkat kening terkejut. Berasa gembira dengan pelawaan itu, dia mengangguk kepala. "Sudah tentu..."

-TAMAT-

************

I did plan to make another new chapter for this story. Hopefully it's fun. Hahahah.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now