Lenanya terjaga apabila suara esakan kedengaran di sebelahnya. Perlahan-lahan matanya dibuka, menoleh ke kanan di mana suara itu kedengaran. Sebaik pandangannya jelas, perkara pertama yang dia nampak ialah peti kecil yang tergeletak di atas almari, sementara di tangan orang itu sedang memegang sehelai kertas. Orang itu duduk bersimpuh menghadap katilnya dengan kepala tunduk memandang lantai.
Kaiser terus bangun dari baringnya. Dia memandang ke arah peti itu dan orang di depannya silih berganti dengan cemas. Tak mungkin peti itu sudah terbuka! "Apa yang kau pegang tu?" tanyanya serta-merta.
Diane mengangkat kepala, memandang Kaiser dengan wajah basah air mata. Kenapa...kenapa surat ini ada pada Kaiser? "Apa semua ini?" tanyanya sambil menunjukkan kertas yang dipegangnya. Apa yang Kaiser rahsiakan daripadanya?
"Kenapa kau usik barang aku tanpa keizinan aku!" Kaiser merampas kertas yang ada di tangan Diane lalu menyimpan semula ke dalam peti itu dengan kalut. Bukan begini caranya Diane tahu hal sebenar. Bukan sekarang!
Diane hadapkan badannya ke Kaiser yang duduk bersila di atas katil sama seperti dia. "Apa yang dimaksudkan dalam isi surat itu? Ayah aku? Kaiser... ada nama aku dalam surat itu!" marahnya dengan linangan air mata. "Siapa kau sebenarnya?"
Renungan mata Kaiser tidak tentu arah saat mendengar soalan Diane.
"Jawab aku! Apa yang telah berlaku!" lengan itu dicengkamnya dengan kuat. "Betul ke ayah aku bukan seorang pembunuh? Betul ke ayah aku tak pernah bunuh ibu aku tapi sebenarnya ibu aku tinggalkan aku? Beritahu aku, Kaiser..." nangis Diane dengan sedih. "Yang dia tidak pernah bunuh sesiapa sebenarnya... Kalau mereka masih ada, di mana ibu bapa aku?" dia goyangkan lengan Kaiser dengan terdesak.
Kaiser memandang Diane dengan kening mencerlung serba salah. Wajah yang basah dengan air mata itu dikesat dengan ibu jarinya. Sungguh bukan begini caranya Diane tahu hal sebenar.
"Ayah kau... Master Xavier, dia dah tak ada. Ayah kau dah pergi tinggalkan dunia ini buat selamanya pada hari semasa aku datang ke sini," maklum Kaiser dengan nada perlahan. "Dan aku adalah anak didik dia... yang dibesarkan khas untuk kau," luahnya.
Tangan Diane turun dari lengan Kaiser saat dia terkesima sebaik mendengar perkataan 'dah tak ada' keluar dari mulut Kaiser. Titisan air mata turun dengan laju ke pipinya.
"Ayah aku dah tak ada? Macam mana dia meninggal dunia? Apa yang dah berlaku selama 21 tahun ini? Kenapa baru sekarang kau munculkan diri... kenapa kau tak beritahu aku awal-awal?" tanya Diane dengan sedih. Dia terlalu terkejut sampai tiada tenaga untuk meninggikan suara.
Kaiser termenung memandang peti yang dipegangnya buat seketika sebelum mengangkat mata memandang Diane dengan renungan serba salah. "Sebab aku takut. Aku takut kalau kau tahu semua ini dari awal, kau akan ambil alih tempat master. Dan aku bukan sesiapa lagi. Aku rasa tak adil. Walaupun kau anak dia, aku adalah orang yang telah bersama dengannya selama dia hidup hingga hujung nafasnya... aku tak sedia untuk kehilangan semua itu... sebab itu aku tak beritahu kau awal-awal," jelasnya.
Diane tercengang, dia perlahan-lahan bangun dari situ sambil memandang tak percaya ke arah Kaiser. Sampai hati Kaiser buat macam ini dekat dia! Simpan semua perkara penting ini daripadanya macam itu saja.
"Aku cuma jalankan amanah master sebelum dia pergi, iaitu jaga kau, tapi aku tak boleh sebab aku tak suka dengan kewujudan kau sebagai anak master. Yang telah merampas keinginan aku untuk menjadi pengganti master. Tapi itu dulu... masa pertama kali aku jumpa kau, Diane. Masa itu aku bencikan kau dan sekarang apa yang aku tahu, aku perlu lindungi kau dari apapun termasuklah dari menyakitkan kau..." tunduk Kaiser memandang ke bawah.
Air mata yang bergenangan di kelopak mata jatuh ke pipi kemudian turun ke dagunya.
"Sampai hati kau simpan semua ini sendiri... aku fikir kau orang yang baik, Kaiser..." Diane menggeleng kepala sambil memandang kecewa ke arah Kaiser. Dia berasa kecewa dan patah hati dengan jawapan Kaiser. Demi kepentingan diri sendiri, Kaiser sanggup rahsiakan semua ini. Berbulan lamanya lagi.
Kaiser angkat kepala lalu memandang Diane dengan kening berkerut serba salah. "Diane... aku..."
"Jangan... aku tak nak dengar apa-apa lagi. Kau rehatlah di situ... aku keluar sendiri dari sini," pamit Diane sebelum berpaling dari situ dalam keadaan tersedu sedan dan air mata tidak mahu berhenti mengalir dari pipi.
Nampaknya, dia memang tak layak untuk bersama dengan sesiapa.
Sebab bila ada yang berada di sisinya, jika tidak yang mengkhianati dia, pasti seseorang itu akan meninggalkannya.
Pintu bilik dorm Kaiser dipegang Diane sebelum dia menariknya ke dalam lalu keluar dari ruangan itu dengan langkah yang berat.
YOU ARE READING
18. The Kingdom
FantasyJust imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampai sanggup nak sakiti dan bunuh dia and suddenly one day...semuanya berubah *************************...