Lipatan pada lengan baju diturunkan sebaik dia selesai diperiksa. Kesan lecurnya seratus peratus hilang dan sembuh sepenuhnya kerana posyen mujarab yang diambil tadi. Lihat, sebab itu dia tidak kisah jika melecur berkali-kali! Haha!
"Terima kasih, Lady Jane," ucap Frost kepada jururawat di depannya.
"Kamu, jangan main dengan api lagi, Frost. Nanti jadi seperti kawan awak yang seorang itu," ujar Lady Jane sambil mengemas peralatan rawatannya dalam dulang.
Dia yang mendengar buat muka tidak faham. Lady Jane maksudkan siapa pula ni? Setahu dia, semua kawan-kawannya tidak apa-apa. Sama seperti dia, mereka semua sembuh dengan baik tanpa meninggalkan sebarang parut. "Siapa?" tanya dia dengan kening terangkat.
Lady Jane berdiri, memandang Frost seketika sebelum menjuih bibir ke satu arah. "Itu... siapa lagi kalau bukan Diane Elaine," beritahunya.
Frost menoleh ke arah katil di mana Diane sedang baring tidak sedarkan diri. Memang Diane tidak sedarkan diri kerana main api ke? Setahu dia, kuasa Diane bukan api. "Apa yang telah berlaku kepadanya?" Frost bangun dari duduknya di katil. Kemudian, dia mencapai kot yang ada di atas katil sebelum menyarungnya ke badan sambil mengerling ke arah katil Diane. Perempuan itu agaknya tidak boleh sehari tanpa terlibat dalam masalah. Ada sahaja isunya! Dia tidak faham!
"Puak Api Hitam, Luisa cekik dia sampai urat utama hampir rosak. Mujurlah sempat. Kalau tidak, entah lah," geleng Lady Jane dengan nada kesal.
Frost palingkan kepala ke arah Lady Jane, kerutkan kening tidak faham selepas mendengar. Luisa? "Kenapa Luisa cekik dia? Diane ada lakukan sesuatu pada Luisa ke?" tanya dia.
Lady Jane menjungkit bahu. "Entahlah... kamu sendiri tahu kisah hidup Diane macam mana. Orang seperti Diane memang ramai musuhnya. Ada saja yang tidak puas hati," kata Lady Jane sambil berlalu, meninggalkan Frost.
Memang dia tahu kisah Diane. Tapi setahu dia, Diane bukanlah jenis orang yang suka cari pasal dan menyusahkan hidup orang lain. Takkanlah Luisa sengaja cari pasal sehingga mencederakan Diane dengan kuasa sihir hitamnya itu? Frost merenung lama ke arah katil Diane hingga tidak menyedari dia sudah pun berdiri di sisi katil itu.
Berdiri di situ, Frost tunduk menilik wajah pucat Diane. Waktu itu, dia mendengar.
Dup!
Dup!
Dup!
Seragam saja bunyi jantung itu berdegup. Bunyi tenang itu serta-merta mengisi ruang kepalanya. Deru nafas lembut yang keluar dari hidung itu menunjukkan tubuhnya sedang pulih dengan baik. Namun, tenaga dalam badan ini sangat lemah. Kalau tidak dipulihkan semula, mungkin Diane akan lambat sedar dari lena. Atau mungkin tidak akan bangun sampai bila-bila.
Terkutik untuk membantu, dia angkat tangan mahu memegang tangan Diane.
"Siapa tu?" tegur satu suara dari belakang tiba-tiba.
Frost yang mendengar menoleh ke belakang sambil menurunkan tangan ke sisi semula. Niatnya untuk membantu terbatal.
Casia memandang Frost dengan kening berkerut, tidak faham. Kenapa pelajar dari kelas Royal ada di sini? "Ya? Awak nak apa?" tanya Casia sambil memandang curiga ke arah Frost sewaktu mendekati katil Diane. Setelah itu, dia menilik tubuh Diane dari atas ke bawah sekali imbas, nak pastikan rakannya tidak diapa-apakan.
Berasa janggal dengan situasi itu, Frost seluk tangan ke dalam poket seluarnya lalu berkata, "Kawan awak ni, dia sebenarnya sudah sembuh. Cuma tenaga dalam badan dia sedikit berkurang. Saya cadangkan awak pulihkan tenaga dia semula supaya dia sedar dengan cepat," pesannya.
Casia buat muka pelik. Kenapa tiba-tiba cerita pasal Diane? Bukankah semua orang dalam akademi ini membenci Diane? Tiba-tiba beri cadangan kenapa? "Oh... terima kasih untuk pesanan itu. Saya hargainya," balasnya acuh tak acuh.
"No big deal..." angguk Frost sebelum undur ke belakang beberapa langkah lalu berpaling ke arah pintu keluar dengan kepala tunduk ke lantai. Pergh! Kekok betul! Kenapa Casia muncul masa ni jugak!
Frost kemudiannya melangkah keluar dari wad itu, sewaktu rakan-rakannya yang lain sedang menunggunya di luar pintu.
"Macam mana, tak teruk kan?" tanya Han yang merangkul bahu Frost sebelum mereka berjalan seiring merentasi koridor.
Frost menggeleng kepala dengan senyuman nipis di bibir. Harap-harap Casia ikut apa yang dia katakan tadi. "Tak ada lah. Dah okay pun. Kau tahu kan posyen Lady Jane tak pernah gagal sembuhkan kita," selorohnya.
"Good! Wei, aku ada idea gempak!"
"Apa bendanya?"
"Kalau macam tu, kita buat perlawanan lagi minggu depan. Nak tak? Kali ni aku akan pastikan kumpulan aku menang," ajak Noah.
"Alah kau... main licik boleh la."
Sambil tersenyum, dia mengangguk kepala. "Boleh je," setuju Frost sambil memerhatikan lagak rakan-rakannya. Seronok betul dia orang ni. Langsung tak ada rasa serik pun! Setelah itu, dia berpaling ke belakang, melihat pintu bilik rawatan yang tertutup itu beberapa saat sebelum kembali memandang ke depan dan mendengar perbualan rakannya.
YOU ARE READING
18. The Kingdom
FantasyJust imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampai sanggup nak sakiti dan bunuh dia and suddenly one day...semuanya berubah *************************...