Kebisuan Diane membuatkan Frost tertanya-tanya. Dia berkerut kening terdesak. Jawab la! Dia perlukan jawapan. "Kenapa kau diam..beritahu la aku. Kenapa kau selamatkan aku sedangkan kau boleh je biarkan aku jatuh waktu tu jugak."desaknya.
Macam mana dia nak jawab! Dah perasaan dia dah tak ada lagi pada Frost sejak Frost khianati dia. "Saya akan jawab kalau awak jawab soalan ni,saya dekat mana sekarang ni?"Diane melihat sekeliling bilik yang luas itu. Hendak kata asrama mana mungkin asrama seluas ini. Aura tempat ni pula lain semacam.
"Rumah aku"jawab Frost. "Ini rumah aku yang tak jauh dari Istana Nova."
Diane buat muka. "Hah?"kerutnya tak faham. "Rumah ke istana?Mana satu?"soal dia lagi.
"Rumah sebelah istana"jawab Frost.
Diane berdengus, tidak percaya dengan apa yang di dengarnya. "So awak ni raja atau kerabat diraja la?"soalnya.
Frost menggeleng kepala. "Tak ada la. Saya adalah Putera Mahkota Negara ni."
Diane termangu. Matanya membulat luas lepas dengar. "Serius?"tanya dia dengan nafas tertahan. Maknanya orang depan dia ni adalah bakal pemimpin negara ni?Selama ni dia bergaul dengan kerabat di raja?Wow!
Frost ketawa kecil. Lalu menggeleng kepala. "Anak saudara raja Negara ni, kan aku dah tak ada keluarga. Pakcik aku yang duduk dekat istana tu..dia berikan aku rumah ni.."jelas Frost dengan betul.
Diane mengangguk kepala faham. "Okay.."nak cakap apa lagi. Raja ke putera ke semua sama saja bagi dia. Manusia yang membencikan dia sebab apa yang ayah dia dah lakukan semasa hayat lelaki tu.
Frost memagari kanan dan kiri Diane sewaktu sondongkan wajahnya ke depan muka tu. "Sekarang beritahu aku, apa jawapan untuk soalan aku tadi."mintanya sekali lagi.
Diane yang dengar pandang tak berkedip. Ni lagi...ni lagi. Tak ada soalan lain apa nak tanya. "Hantar saya balik, baru saya akan beritahu.."ajunya. Memang tak la!
Frost mendekatkan lagi wajahnya ke Diane sambal mengecilkan mata kerana curiga. "Kau tak tipu aku kan?"tanya dia lepas tu.
Diane menelan air liur. Haish! Macam tahu-tahu je la. Sungguh dia nak jauh dari lelaki ini sekarang jugak! "Betul. Saya tak tipu. Jadi hantar saya sekarang.:"arahnya. Kalau jantung ni boleh meletup lama dah ia meledak gara-gara rasa takut yang dia sedang rasakan sekarang ini.
Frost kemudiannya turun dari katil. Dia menghulur tangan untuk memimpin Diane turun dari situ namun gadis itu menolak tangannya ke tepi. Dan bila DIane bergerak turun, dia hilang keseimbangan lalu hendak rebah ke lantai sejurus itu.
Frost yang lihat terus mencempung tubuh Diane sepantas kilat. "Kan...itu la. Di tolong jual mahal."getusnya semasa turunkan Diane semula ke lantai.
Diane yang dengar hanya diam tidak membalas. Malas nak cakap banyak sebab nanti kan, tak pasal-pasal Frost tahan dia dekat sini.
Mereka kemudiannya lenyap secara tiba-tiba dan muncul betul-betul di depan asrama pelajar perempuan. Berdiri mereka di situ, Frost cengkam lengan Diane untuk elakkan gadis itu dari melarikan diri. Dia mahukan jawapannya kenapa Diane selamatkan dia tempoh hari. Selagi tak dapat jawapan, selagi tu dia takkan benarkan Diane ke mana-mana.
"Sekarang kau dah sampai. Jadi beritahu aku kenapa kau selamatkan aku."tanya dia.
Tak mahu menjawab soalan itu, Diane merangka idea untuk larikan diri dari Frost. Ingat lelaki ni siapa nak desak dia beritahu alasanya. Memang tak la! Diane memandang ke kanan lalu bersuara "Eh...lihat.. warden la..." tunjuknya sambil buat muka terkejut. "Habis kalau dia nampak awak.."gesa dia sambil Tarik lengannya dari cengkaman Frost. Lepas!Lepas!
Terkejut dengan hal itu, Frost pun berpaling, dan sesaat selepas dia berbuat begitu, Diane pun terlepas dari cengkaman dia lantas berlari masuk ke dalam bangunan itu sepantas kilat tanpa dia sempat berbuat apa-apa pun.
Dengan mulut ternganga sedikit, Frost pandang ke arah pintu masuk asrama itu dengan perasaan dumbfoundednya. Boleh pulak dia terkena!
Memang kena la Diane tu nanti.
Tunggu ya! Tahu dia nak buat apa nanti~!
YOU ARE READING
18. The Kingdom
FantasyJust imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampai sanggup nak sakiti dan bunuh dia and suddenly one day...semuanya berubah *************************...