Baru sahaja dia meletakkan buku ke dalam lokar, belum sempat mengeluarkan tangannya dari situ, entah bagaimana, tiba-tiba pintu lokarnya tertutup dengan kasar hingga membuatkan jarinya hampir tersepit.
Terkejut dengan kejadian itu, Diane memandang ke sisi pintu lokarnya sebelum melihat empunya onar. Keningnya mencerun tajam ketika memandang.
Hilang akal apa lelaki ini!
"Kau dah kenapa?!" marah Diane kepada Sky. Lelaki itu berdiri di tepinya dengan muka bengis.
"Ikut aku!" arah Sky dengan garang sebelum memegang pergelangan Diane lalu menghilang secara tiba-tiba bersama gadis itu.
Sesaat kemudian, mereka tiba di belakang bangunan yang jauh dari perhatian orang.
Setelah itu, tubuh Diane dicampak kasar ke dinding.
"Ahp!" aduh Diane sambil memegang bahunya setelah berlanggar dengan dinding tersebut. "Kau ni dah kenapa, Sky? Hilang akal ke? Sakit tahu tak? Kalau ya, cakap elok-elok boleh kan!" bentak Diane dengan marah.
Kurang ajar betul! Tampar nanti baru tahu!
"Kau diam!!" bentak Sky dengan tiba-tiba. "Sakit? Kau tahu apa itu sakit, hah? Kau fikir sakit kau je. Sakit orang lain kau ada fikir tak?!" tanya dia sambil menonjol bahu Diane berkali-kali. "Selama ini, Casia yang rasa sakit tu sebab risaukan kau. Sakit sebab tengok kau sakit! Kau tahu ke tu? Menangis siang dan malam sebab kau! Fikir la sikit!" kepala Diane pula ditonjolnya.
"Hei! Apa ni! Main kepala orang pula. Cakap tu cakap je la, tangan tu jangan ikut gerak!" tangan Sky ditampar Diane dengan marah.
Disebabkan perasaannya yang sudah meluap-luap, Sky cekau batang leher Diane lalu menghentak tubuhnya ke dinding dengan garang di depan mukanya.
"Sebelum orang lain bunuh Casia atau sakiti dia kerana kau, lebih baik kau berhambus dari hidupnya dan putuskan persahabatan kau!" kata Sky.
Diane terdiam, dia memandang wajah merah Sky dengan kening mencerun.
"Apa yang kau cuba beritahu aku ni?" tanya Diane perlahan.
Sambil tersengih jahat, Sky dekatkan mukanya ke muka Diane. "Tak faham ke! Aku nak kau jauhkan diri dari Casia... tak, bukan jauhkan. Tapi buat dia benci kau... benci sebencinya sampai dia tak nak ambil kisah pasal hidup mati kau!"
Mulut Diane terbuka sedikit, matanya terbelalak luas memandang Sky. Rasa seperti di himpit dengan tembok batu di dada, nafasnya tersekat-sekat.
"Apa maksud kau?" tanya dia lagi dengan perlahan.
Lantas Sky berdengus mengejek. Dia lentokkan kepalanya sedikit ke sisi lalu berkata, "Aku minta dia putuskan hubungan kau orang berdua, dia tak nak, malah merayu-rayu dekat aku supaya dia tak putuskan hubungan dia dengan kau. Jadi aku fikir cuma kau sahaja boleh tamatkan hubungan ni. Sebab itu aku ke sini..." ceritanya.
Diane yang mendengar mengepal penumbuk di kedua-dua tangan. Keningnya berkerut-kerut seperti mahu menangis.
"Aku tak nak kehilangan dia. Aku cintakan dia sepenuh jiwa dan raga aku. Kalau apa-apa berlaku dekat dia, aku tak tahu apa yang aku akan lakukan. Dan lagi-lagi semuanya berpunca dari kau!" lafaz Sky dengan renungan tajam.
Diane berasa sedih mendengarnya. Casia adalah satu-satunya orang dalam dunia ini yang menerima dia seadanya tanpa memikirkan kisah silam dan latar belakangnya. Dan sekarang Sky mahu pisahkan mereka? "Kau nak aku buat dia bencikan aku?" ulangnya." Supaya dia jauhkan diri dari aku?"
"Ya... kalau kau nak, aku sanggup melutut." Habis saja berkata begitu, Sky terus melutut. Dia kemudiannya mendongak memandang Diane.
Tindakan itu membuatkan Diane terkejut. Dengan muka ternganga, kepalanya tunduk memandang Sky. "Apa kau buat ni? Bangun!" arahnya sambil berundur ke dinding untuk menjauhkan diri.
Sky memegang tangan kanan Diane dengan terdesak sekali. "Tak. Aku merayu pada kau, Diane. Tolong la. Aku merayu sangat dekat kau. Lepaskan la Casia. Kalau kau hargai dia sebagai kawan, lepaskan dia."
Nafas Diane naik turun tak menentu. Keningnya berkerut seperti mahu marah tetapi sebenarnya dia ingin menangis.
Sampai macam ni sekali Sky sanggup lakukan demi Casia?
"Kau sayangkan Casia?" tanya Diane tak lama selepas itu. Kalau ini yang Sky mahukan, iaitu demi kebaikan Casia, bukan kerana kepentingan lelaki ini. Dia mampu katakan apa lagi. Memang patutlah Sky buat macam ni.
Kalau Casia lama-lama dengan dia, suatu hari nanti nyawa Casia jadi taruhannya.
Sky mengangkat kepala. Wajah itu sudah dibasahi air mata. Lalu dia mengangguk. "Ya... aku sayangkan dia lebih dari nyawa aku sendiri. Sebab aku tak sanggup kehilangan dia, aku merayu pada kau supaya putuskan la hubungan persahabatan kau dengan dia supaya dia tak ditimpa bahaya."
Rahang Diane terketik. Air mata bergenangan penuh di kelopak mata. Dia menggenggam jari jemarinya erat-erat sambil mengetap gigi. Kalau memang hidupnya ditakdirkan untuk bersendirian sehingga akhir hayatnya, maka dia terima. Tidak ibunya, ayahnya yang meninggalkan dia. Tidak neneknya, saudara maranya yang membuang dia dari kaum kerabatnya. Dan kini Casia pula yang bakal meninggalkan dirinya.
Tanpa diminta, air mata tumpah dari takungan lalu mengalir di pipi Diane sesaat kemudian.
Dengan susah payah menahan diri dari meraung di situ, Diane menyeka air mata dari pipinya dengan jari cepat-cepat lalu berkata, "Kalau macam tu, baiklah. Dengan syarat, kau harus berjanji dekat aku yang kau akan jagakan dia untuk aku. Kalau kau lukakan dia, aku akan cari kau sampai ke lubang cacing." mintanya.
Sky perlahan-lahan bangun dari melututnya lalu memandang wajah Diane yang sudah kemerahan itu.
"Janji dengan aku, Sky..." ulang Diane lagi semasa air mata sebelah kanan mengalir turun.
Sky angguk kepala sekali. "Aku janji," jawabnya selepas itu.
YOU ARE READING
18. The Kingdom
FantasiaJust imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampai sanggup nak sakiti dan bunuh dia and suddenly one day...semuanya berubah *************************...