THE KINGDOM 》13

2.1K 191 1
                                    

"Beritahu aku kenapa aku berkawan dengan kalian?" tanya dia dengan wajah penat. Serius, sampai sekarang dia tertanya-tanya bagaimana dia boleh terjebak dengan tiga makhluk tak cukup akal ini. Mereka selalu mempunyai idea gila yang dibuat. Kalau tidak melibatkan dia, tak apalah. Ini tidak, dia juga turut terheret bersama mereka.

"Alah, kau ni tak ada chill la," ujar Goo di depan.

Chill? Kepala otak chill? Tahu tak apa yang mereka sedang buat sekarang ini?

Malam itu, mereka keluar ke pekan, menyelinap tanpa kebenaran untuk lepak di kedai terkenal dengan minuman enak. Kalau kena tangkap, naya juga nanti!

"Kalau kita kena tangkap, kalian siap sedia je la," ugut Frost dengan nada menyampah.

Empat sekawan yang bermantel hitam itu akhirnya tiba di sebuah bar dekat pekan. Dengan senyuman lebar di bibir masing-masing, mereka berjalan masuk ke dalam bar dan mengambil tempat di meja tidak jauh dari kaunter bar. Itu adalah tempat biasa mereka lepak.

Tak lama selepas itu, seorang pelayan datang menghampiri meja mereka.

"Datang juga... Ingatkan tak datang. Aku dah tempah minuman yang kalian suka tu. Macam mana, nak tak?" tegur pelayan lelaki itu kepada Han dan Noah, yang merupakan pelanggan tetap bar itu sejak awal semester.

Noah tersengih lebar dan menepuk lengan pelayan tersebut. "Baguslah kau ni, Roddyn... Ini yang buat aku nak datang ke sini," selorohnya, sengaja mahu bermanis mulut untuk dapat harga murah. Maklumlah, customer tetap.

Roddyn, si pelayan, mendabik dada dengan bangga. "Mestilah pelanggan adalah keutamaan kami di sini... Jadi, kau nak aku hidangkan sekarang ke?"

"Bagi double kalau macam tu," arah Han pula.

"Okay, boleh je," jawab Roddyn sebelum beredar dengan senyuman di bibir.

Frost yang duduk di antara Noah dan Han meraup muka, kerimasan. Tak pasal-pasal betul semua ini! "Kalau kalian nak minum, minumlah sendiri. Jangan ajak aku; aku ngantuk, kau tahu tak?" sungutnya sambil menguak rambutnya ke belakang saat tunduk seketika. Seharian dia hadap kelas, temankan mereka berlawan, kemudian siapkan tugasan dan esei yang berjela-jela. Haih! Dia angkat kepala semula, malas, dan mengerling ke sekeliling bar, cuba hilangkan rasa bosan saat ini.

"Relaks lah bro... Tak lama mana pun. Sebelum tengah malam kita balik," Goo merangkul bahu Frost, cuba menenangkan rakannya yang sepertinya tiada mood malam ini. Biasanya okay je kalau diajak.

Frost menolak tangan Goo turun dari bahunya. "Yalah tu, kau ingat aku tak faham kalian macam mana? Kalian ni kalau dah minum, sampai esok belum tentu habis," selorohnya sambil buat muka tak percaya.

Noah dan Han yang mendengar hanya tersenyum. Mereka berborak buat seketika hingga pesanan mereka tiba. Empat koleh berbusa itu dihidangkan ke meja mereka oleh Roddyn.

"Ini dia pesanan... enjoy," sapa dia semasa hendak berpaling dari situ.

"Thanks!" ucap Goo.

"Ahaha... terbaik!" Han berkata dengan mata bersinar sewaktu memegang koleh tersebut.

KERINCING!

Pelayan itu kemudian beredar untuk mendapatkan pelanggan yang baru masuk setelah mendengar bunyi loceng pintu.

Frost memandang ke arah pintu apabila bunyi loceng kedengaran. Dia pandang dari balik bahunya dan terlihat dua gadis berdiri di depan Roddyn, tersenyum. Setelah itu, Roddyn mengiringi mereka ke sebuah meja. Dua orang itu berjalan mengekori pelayan lelaki tersebut dan duduk di sebuah meja berdekatan dengan meja di mana sekumpulan lelaki sedang bermain terup.

Han di sisi menyinggul lengan Frost tiba-tiba, membuatkan lelaki itu berpaling memandang Han dengan terkejut. "Huh? Asal?" tanya dia bingung.

"Kau tengokkan apa... minum lah. Sedar tak?" ajak Han sambil menolak koleh milik Frost ke depannya.

Matanya tunduk memandang koleh di depannya, lantas dibuat muka dan ditolak jauh darinya. Frost menggeleng kepala tidak mahu. "Tak apalah, kau minum je," balasnya sebelum memandang semula ke arah gadis yang memakai dress labuh berwarna merah jambu bunga sakura, ditemani rakan baik di sisi tadi.

Namun tak lama dia memandang, tiba-tiba pintu bar itu dirempuh kasar sebelum seorang lelaki berjalan masuk dalam keadaan mabuk. Lelaki bertubuh gergasi itu mulanya berjalan terhuyung-hayang sebelum jatuh tepat atas meja di mana kumpulan pengunjung sedang bermain daun terup tadi.

Noah, Han dan Goo yang mendengar bunyi kekecohan itu ikut berpaling, terkejut melihat dua lelaki di situ bergelut tak lama selepas lelaki mabuk itu jatuh, sebelum ada yang bertumbuk.

Secara automatik, mereka pun bangun untuk menenangkan keadaan tersebut, namun tidak sempat bergerak, mereka semua terhenti apabila dua lelaki itu tumbang ke atas lantai dalam keadaan kejang seperti terikat.

Frost yang perhatikan kejadian itu sejak tadi menyedari segalanya. Dia nampak lingkaran putih seakan tali menjalar di lantai, lalu membendung dua tubuh tersebut sehingga tumbang. Apabila orang dalam bar itu bergerak untuk menghalau lelaki mabuk tersebut, Frost baru nampak wajah sepenuhnya siapakah pemilik lingkaran putih itu.

Diane Elaine.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now