THE KINGDOM 》98

87 5 0
                                    

Setahun kemudian, daun tingkap beranda itu ditarik ke dalam sebelum dia melangkah keluar, mendekati lelaki yang duduk di tembok batu beranda. Dia mendongak memandang langit malam yang berbulan purnama. Dalam kesunyian yang paling tenang, Luisa berdiri di sebelah Frost dan turut memandang langit malam itu.

"Jauhnya termenung... awak fikirkan apa itu?" tanya Luisa sambil menggerakkan kepalanya untuk memandang Frost. Perlahan-lahan, seperti orang yang tiada mood, Frost palingkan kepalanya ke kanan, memandang Luisa sekejap sebelum kembali mendongak ke langit. Dia melihat kelipan bintang malam itu, tetapi hatinya terasa berat dan fikirannya bercelaru. Segalanya terasa serba tidak kena. Jika dia mempunyai jawapan, pasti dia akan beritahu, tetapi masalahnya, dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaannya.

"Entahlah... saya sendiri tak tahu apa yang saya tengah fikirkan sekarang ini," jawab Frost dengan nada tiada semangat. Suara itu sahaja sudah cukup untuk menunjukkan bahawa lelaki ini sedang bersedih. Luisa menepuk belakang Frost dengan senyuman nipis di bibir. Dia lentokkan sedikit kepalanya untuk melihat wajah Frost. "Pergilah kejar dia sebelum awak menyesal seumur hidup. Jika bukan sekarang, sampai bila-bila pun awak takkan dapat tenangkan hati awak," ujarnya.

Dengan kening mencerlung tanda tidak faham, Frost memandang Luisa semula. "Saya boleh temui dia?" tanya Frost dengan penuh harapan. Luisa menjungkit kening terkejut dengan reaksi Frost. "Sudah tentu! Bukankah selama ini ada hubungan istimewa dengan Diane?" jelasnya dengan nada hairan. Frost melompat turun dari tembok itu dan berdiri menghadap Luisa dengan renungan serius. "Kalau macam itu, di mana saya boleh dapatkan dia?" tanya Frost dengan cemas, jantungnya berdegup laju.

Luisa ketawa kecil lalu menjungkit bahu, tidak pasti. "Mana saya tahu... awaklah. Bukankah awak mempunyai kuasa untuk mengesannya? Takkanlah awak sudah lupa?" beritahunya dengan renungan tidak percaya. Kening Frost berkerut, dan dia menunjukkan wajah frust sambil termenung memandang lantai berjubin di bawah kakinya. "Saya sudah lama tidak menggunakan kuasa itu sejak dia pergi dari sini. Dan saya sudah lupa mengenainya," katanya sambil mengepal penumbuk di kedua-dua tangan.

Luisa tersenyum, lalu menepuk bahu Frost untuk memberi semangat. "Gunakannya! Paksa kuasa awak keluar. Pergilah ke Diane dan beritahu dia segala yang awak rasa selama ini. Saya akan minta tolong Han, Goo, dan Noah untuk membantu tenaga awak," ujarnya dengan tekad. Dia nekad mahu membantu lelaki yang kehidupannya hancur kerana ketidakpastian ini. Frost memandang Luisa dengan kening berkerut, tidak pasti. "Saya akan cuba," jawabnya.

"Bagus!" senyum Luisa, penuh harapan. "Kalau begitu, biar saya panggil tiga orang itu ke sini sekarang juga!" katanya dengan teruja sambil bergerak ke pintu beranda semula. Ketika langkahnya ringan, Luisa merasakan perubahan dalam suasana, seolah-olah ada harapan baru yang sedang menjelma. Frost, yang kini bertekad untuk mengambil langkah berani, mengikuti Luisa dengan semangat yang baru. Dalam hatinya, dia tahu inilah masa untuk memperbetulkan segala kesilapan yang telah berlaku.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now