THE KINGDOM 》 94

1.6K 129 0
                                    

"Diane! Awak dengar tak apa saya cakap ni?" marah Kaiser.

Dia yang sedang tunduk mengemas katil buat tidak dengar. Malas nak hiraukan Kaiser. Nanti kalau dia melawan, mahunya terberanak di sini juga dia nanti!

"Awak tak boleh berterusan macam ini... Luisa hantar surat ini dua minggu lepas. Kenapa awak buangkannya? Mujur saya sempat tengok. Sampai bila awak nak macam ini!"

Surat jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinan Luisa. Dia tidak mahu pergi sebab dia tidak ingin tahu dengan siapa Luisa berkahwin. Kenapa Kaiser tidak faham-faham?

Berasa berang dengan sikap isterinya, Kaiser mendekati Diane yang sedang berdiri dekat sebelah katil itu lalu memalingkan badannya menghadapnya dengan paksa. "Diane Elaine...!" sebutnya dengan kening mencerun.

Dengan nafas naik turun, Diane mendongak memandang Kaiser. Keningnya mencerun marah. Dia tidak perlu kata apa-apa kerana Kaiser sendiri boleh mendengar apa yang ingin dia katakan. Malah, Kaiser faham sangat dia! Kenapa masih bertanya lagi hal yang sama berulang-ulang kali?

"Awak suka ke kita bertekak sepanjang masa soal ini?" tanya Kaiser dengan nada lembut pula.

Diane mengetap gigi memberontak. Berapa kali dia perlu jelaskan? Dia tidak mahu pulang ke Alvano Nova semula. Dia tidak mahu! Jika dia ke sana, cuma untuk makan hati, buat apa?

"Awak perlu balik ke sana. Bertemu semula dengan ibu dan keluarga awak sebelum awak bersalin," balas Kaiser selepas mendengar apa yang Diane fikirkan dalam kepala. Susah sungguh untuk mengatur Diane ini. Selama empat tahun berkahwin, perkara ini yang dia hadapi selalu apabila isu keluarga diungkit.

"Saya tak nak!" tegas Diane sambil menolak tangan Kaiser dari bahunya dengan marah. "Kalau awak nak sangat, pergi la sana sendiri!" lawannya.

"Sampai bila awak nak macam ini? Tak kira apa sekalipun, mereka tetap keluarga kandung awak, Diane. Saya tak minta awak lupakan keluarga awak macam ini," bidas Kaiser sambil melemparkan tangannya ke kanan dan kiri dengan bengang.

Diane memalingkan kepala ke kanan sambil menyilang tangan ke perutnya yang sudah memboyot ke depan dengan kesal. Paksa! Paksa! Tahu tak semua ini bukan mudah untuk dia! Kaiser nak dia kembali ke sana buat apa! Air mata mula bergenangan di kelopak matanya.

Kaiser mencekak pinggang, nafasnya naik turun kerana cuba mengawal dirinya dari terus melenting kepada isterinya yang sedang sarat mengandung ini. "Diane... please. Temui mereka. Luisa sendiri berharap awak ada di sana... temui mereka buat kali terakhir jika boleh."

Diane yang sudah sebak itu memalingkan kepala ke arah Kaiser sewaktu air mata turun ke pipinya. "Kenapa awak nak saya buat semua ini? Saya ada keluarga saya dekat sini... hidup saya dekat sini... kenapa awak nak saya balik ke tempat yang telah buatkan hidup saya sengsara?" soalnya sambil menepuk dadanya. "Awak tak nak saya ada di sini juga ke?"

Tangan yang mencekak pinggang itu terus jatuh ke sisi selepas mendengar semua itu. "Apa yang awak cakapkan ni, Diane? Saya minta awak temui mereka sebab saya tahu awak juga rindukan mereka. Awak ingat saya tak tahu setiap malam awak duduk sendirian menangis memikirkan mereka... sebab itu," jelas Kaiser sambil perlahan-lahan mendekati Diane dan menariknya ke dalam pelukannya.

Terus terhambur tangis Diane selepas itu. Dia sembamkan mukanya ke dada Kaiser sambil melingkarkan tangan sekeliling tulang rusuk suaminya. Dia takut untuk berjumpa mereka. Dia takut jika berjumpa, dia hanya akan dicemuh dan dicaci maki.

Perlahan-lahan, Kaiser menolak Diane jauh sedikit dari dadanya sebelum memegang tepi muka Diane untuk mendongakkannya supaya memandangnya. Dan apabila Diane bertemu mata dengannya, Kaiser bersuara, "Janji pada saya... kalau bukan sekarang, suatu hari nanti, awak akan jenguk mereka bila awak sudah bersedia. Okey?" ajaknya.

Diane yang mendengar kedipkan mata yang basah dengan air mata sebelum mengangguk kecil.

"Saya janji..." lafaznya.

Jawapan itu mengundang senyum di bibir Kaiser. Dia tunduk mengucup pipi Diane yang basah dengan air mata itu dengan kasih. "Saya yakin mereka pasti gembira untuk menemui awak nanti..." ucapnya selepas itu.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now