THE KINGDOM 》69

1.6K 140 0
                                    

Sambil jalan terjengket-jengket menyelinap, lelaki yang berdiri di tepi rel tembok di dekati dia sebelum bahu itu di cuit. Serta merta membuatkan lelaki itu berpaling dan memandangnya.

Luisa lompat depan Frost lalu berdiri di situ dengan tangan berada di belakang. "Hai Senior....termenung jauh nampak?"sapanya sambil tersenyum riang.

Frost melepaskan keluhan. Dia meletakkan tangan pada tembok itu. Melemparkan pandangan ke arah laman akademi yang berumput.

Sekejap sahaja musim luruh akan tiba. Rasa macam baru semalam sahaja musim bunga datang.

"Kau nak apa?"tanya dia dengan nada tak minat.

"Saja...nampak senior sensorang dekat sini saya tegur lah..."Luisa berdiri sebelah Frost, cuba nak buatkan lelaki tu pandang dia.

Frost hanya mendiamkan diri. Dia termenung memandang ke satu arah. Tak mahu tatap wajah Luisa.

Menyemak betul. Nak berkepit cari dia memanjang. Ingat dia tak tahu apa niat Luisa mahu dekati dia.

"Senior....saya dapat tahu yang keluarga senior terkorban disebabkan Diane. Senior nak tak bergabung dengan saya untuk beri pengajaran dekat perempuan tak guna tu?"tanya Luisa perlahan semasa berdiri rapat dengan lelaki itu hingga siku dia berlaga dengan siku Frost.

Baru la Frost palingkan kepala. Kening dia berkerut. Perempuan tak guna? Amboi sedap sungguh mulut mengata. Sedar ke tak sedar siapa yang tak guna sebenarnya dekat sini.

"Sorry?Siapa kau kata tak guna?" tanya Frost sambil buat muka.

Luisa ketawa kecil.

"Siapa lagi kalau bukan anak ahli sihir tu, Diane. Ihh nak sebut nama dia pun saya rasa jijik." Luisa membuat reaksi orang kegelian kerana jijik akan Diane.

Dengusan pendek keluar dari hidungnya lepas dengar. "Apa pulak yang dia dah buat sampaikan kau nak suruh aku bergabung dengan kau?"soal Frost dengan sinis.

"Tak ada apa-apa."Luisa menjungkit bahu. "Saya cuma rasa tak suka dengan kewujudan dia...saya bencikan dengan dia sampai ke lubang kubur,apa dia buat, apa dia cakap dan segalanya tentang dia saya benci. Saya Cuma nakkan dia hidup terseksa..."getusnya sambil pandang muka handsome Frost.

Frost termenung sekejap. Dulu dia pun macam Luisa jugak. Tapi bila di fikirkan balik, Diane tak buat salah apapun. Orang saja yang suka buatkan Diane tidak di sukai. Terutama sekali Luisa. Dan sekarang ni, gara-gara terlalu benci dia tersuka pada Diane. Tak pasal-pasal dia yang susah hati.

"Dendam aku dah terbalas....aku hampir bunuh dia kalau kau nak tahu.."luah Frost dengan nada termenung. " Dia hampir mati tapi dia masih nal selamatkan aku...kalau kau nak kau buat lah sendiri. Aku tak nak masuk campur." lafaz Frost sebelum berpaling hendak beredar dari situ.

Luisa ikut berpaling, dia pandang belakang badan tu dengan sengih jahat. "Kalau macam tu Senior tak kisah ke kalau saya apa-apakan dia sampai boleh membawa maut?"tanya dia yang berjaya buatkan Frost berhenti dari berjalan.

Dia tunduk seketika memandang ke lantai. Memikirkan sesuatu untuk dijadikan jawapan. Seketika kemudian, baru la Frost berpaling menghadap Luisa.

Luisa pandang Frost dengan muka berharap. Dia berharap Frost tidak akan menghalang dia. Dan sekiranya lelaki halang jugak, memang teruk la dia kerjakan Diane nanti.

"Kau buat apa kau nak buat Luisa. Sebab tak kira apa yang kau buat, aku akan halang dan hentikannya. Sekalipun terpaksa korbankan nyawa aku sendiri."ujar Frost dengan nada mendatar yang serius sebelum berpaling lantas melangkah pergi dari situ meninggalkan Luisa.

Luisa yang dengar terus mengetap gigi sambil mengepal penumbuk erat-erat. Keningnya mencerun sewaktu perhatikan langkah kaki Frost menjauh dari dia. Nafasnya mula naik turun hendak hilang sabar.

"Diane...Diane...Diane! Dekat mata kau cuma ada dia...yang aku ni macam mana. Takkan sikit pun tak ada perasaan dekat aku. Bertahun aku kejar kau....balik-balik perempuan tak guna tu jugak semua orang nak!"Luisa menghentak kaki tidak puas hati.'

Memang mati perempuan tu nanti!

18. The KingdomWhere stories live. Discover now