Menjadi seorang pelajar bukanlah perkara yang mudah.
Serius.
Penat.
Dan stres.
Itulah kesan yang akan dirasai jika berusaha untuk mencapai yang terbaik dalam sesuatu. Begitu juga dengan situasi dia sekarang. Dari dulu hingga sekarang, dia berusaha untuk melakukan yang terbaik supaya dapat keputusan yang cemerlang.
Tetapi...
Tidak kira sekuat mana, segigih mana pun usaha yang diberikan, orang lain tidak akan menerima atau mengakuinya. Malah, dia dipandang rendah. Seperti apa yang berlaku di kelas Master Oddyn tadi. Sedih betul.
Akhirnya, apa yang diusahakan tidak dipedulikan kerana identiti yang dimilikinya.
Seorang anak pembunuh.
Itulah sebabnya dia lebih suka bersikap acuh tak acuh dan tidak melakukan apa-apa. Bukankah lebih baik daripada menyusahkan diri sendiri sedangkan orang lain tidak akan mengambil peduli tentang apa yang kita lakukan?
Sewaktu rakan-rakan sekelasnya sibuk memanaskan badan dan melakukan regangan sebelum aktiviti sukan, hanya Diane seorang yang duduk bersila di atas rumput, tidak berbuat apa-apa. Bermalas-malasan sambil mengunyah gula-gula getah dan membuat gelembung yang kemudian diletupkan sebelum mengulang semula.
Seronok sekali pelajar perempuan bermain bola beracun dengan kumpulan pelajar lain, sementara pelajar lelaki melakukan aktiviti pelik yang sering menyebabkan mereka mencederakan diri. Diane memerhatikan mereka dengan kening berkerut dan mata dipicingkan kerana silau cahaya petang itu.
Dan dia bukan seorang diri di situ...
"Wei...Kaiser..." panggil Diane dengan nada malas.
"Asal?" Kaiser melunjurkan kakinya ke depan sebelum menyandarkan kedua-dua tangan ke belakang. Entah kenapa, budak-budak kelasnya rajin sekali melakukan aktiviti, walaupun dalam cuaca panas.
"Kau tak join sekali ke?" tanya Diane lagi sambil memandang wajah Kaiser.
"Kau tanya aku, yang kau pula boleh duduk sini?" balas Kaiser.
Diane mencebik. Haih... ada juga yang ingin disepaknya sebentar lagi. Berbicara dengan Kaiser hanya membuatkan hatinya meradang. Sentiasa ada saja yang ingin dibalasnya. Jika ditanya, jawablah, bukan ditanya kembali. "Aku nak panaskan badanlah ni," cemberutnya sambil berbaring ke belakang dan menggunakan tangan sebagai bantal.
Kaiser terus duduk bersila. Dengan muka tidak percaya, dia memandang Diane yang sedang berbaring di sebelahnya dengan mata terpejam. "Oh ya ke?" tanya dia dengan nada sinis. "Baring je ada la. Dasar pemalas."
"Baring pun satu senaman, okay." Diane membuka mata dan tersengih sambil memejamkan matanya semula. Elok juga macam ini, berjemur untuk mendapatkan vitamin D.
Kaiser menjulingkan mata sebelum membongkok ke arah Diane, meletakkan kedua-dua tangan dekat sisi kepalanya. Kemudian, dia memandang wajah Diane tanpa berkata apa-apa. Dari rambut, kening, mata, bibir, hidung hingga pipi—semuanya sempurna, tiada cacat celanya.
"Hei..." panggil Kaiser perlahan.
Diane membuka matanya. Tidak menyangka Kaiser akan sedekat ini, dia terpana seketika dengan nafas tertahan, matanya terbuka luas saat memandang wajah di atasnya. "A-apa kau cuba nak buat ni?" gagapnya sambil mengerling kanan dan kiri. Jika orang melihat ini, tidak malukah? Tak pasal-pasal khabar angin yang bukan-bukan pula tersebar.
Kaiser tunduk dan mendekatkan mukanya di depan Diane dengan senyuman jahat. "Kenapa?"
Diane cepat-cepat mengangkat tangannya dan memegang dada Kaiser untuk menghalang lelaki itu dari mendekatinya. "Kau jangan macam-macam ya..." pesannya.
Kaiser tersengih. "Sekalipun aku nak macam-macam, tak ada siapa yang kisah," katanya.
Lama juga Diane menatap mata Kaiser, cuba mencari sesuatu melalui pandangan tersebut. Dia ingin tahu sama ada Kaiser ikhlas bersamanya atau ada udang di sebalik batu. Setelah Frost memperdayakannya dengan layanan baik, dia menjadi pesimis apabila ada lelaki lain cuba mendekatinya. Adakah Kaiser akan menyakiti dia seperti yang dilakukan Frost?
Kening Kaiser berkerut, memandang Diane dengan wajah tidak puas hati. "Jangan berharap padaku, Diane. Aku bukan lelaki yang baik," pintanya.
Diane tersentak. "Hah?" matanya kedip-kedip. Adakah dia bercakap kuat-kuat?
Kaiser dapat mendengar dan membaca fikiran Diane, jadi dia tahu semua isi hatinya. Tanpa menunggu Diane mengatakannya sendiri, dia sudah tahu. "Jadi, berhenti berharap padaku, atau kau akan terluka."
"Mana ada," tolak Diane. "Kau yang selalu muncul di hadapanku, buat seolah-olah kau tak kisah, tetapi pada masa yang sama kau tolong aku ketika aku perlukan seseorang..." ujarnya dengan nada tidak faham.
"Ya... sebab kau yang paksa aku untuk tolong kau. Jadi, jangan terlalu berharap. Ingat itu," pesan Kaiser.
"Kalau aku tetap nak berharap pada kau, macam mana?" balas Diane dengan kening berkerut. Dia tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan. Jika bukan kerana Kaiser, mungkin dia tidak ada di sini.
Kaiser terdiam sambil memandang renungan berharap Diane. Dia tiada jawapan untuk soalan itu. Lambat laun, Diane pasti akan tahu tentang tujuan dia ke sini dan siapa dirinya. Dan apabila saat itu tiba, dia yakin Diane akan terluka dengan teruk.
Dari jauh, kemesraan itu diperhatikan dengan renungan tidak puas hati.
YOU ARE READING
18. The Kingdom
FantasíaJust imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampai sanggup nak sakiti dan bunuh dia and suddenly one day...semuanya berubah *************************...