THE KINGDOM 》88

1.6K 129 0
                                    

Angin bertiup kuat sewaktu sekumpulan orang muncul secara tiba-tiba di depan pintu masuk istana itu. Pengawal yang bertugas di depan pintu berdiri tegak, awas dengan kehadiran orang asing di situ. Namun, mereka mengundurkan diri sebaik sahaja melihat lelaki di hadapan sekali dalam kumpulan itu.

"Tuan Nadim!!" tabik pengawal-pengawal tersebut kepada lelaki di depan kumpulan itu.

Nadim hanya membuat muka yang tidak serius. Dia berjalan masuk ke dalam istana itu dengan langkah tergesa-gesa. Tiada masa yang mahu dibuang memandangkan keadaan agak genting sekarang. Sambil berjalan, dia menoleh ke belakang melihat orang yang sedang mengekori langkahnya. Tidak seperti dirinya yang mahu cepat, orang itu sempat melihat sekeliling istana dengan mulut ternganga.

Oleh kerana tidak sabar, dia mencengkam pergelangan tangan orang itu dan menariknya ke depan supaya cepat. Bukan sekarang masanya untuk mencuci mata.

"Hei! Apa ini?" marah Diane di sisinya.

"Lambat!!" gerutu Nadim, yang kemudian berjalan ke depan terlebih dahulu bersama Diane.

Mereka tiba di hadapan sebuah bilik yang pintunya tertutup rapat. Diane yang cuba menarik tangannya dari cengkaman itu membuat muka. "Apa kita buat di sini? Ini bilik apa?" tanya dia dengan muka cuak. Hish! Takkan mereka nak apa-apakan dia dalam bilik ini nanti!

Nadim tidak berkata apa-apa. Dia hanya menolak pintu itu ke dalam, berjalan ke depan dan menarik Diane bersama untuk masuk ke dalam bilik tersebut. Lelaki yang mengiringi mereka tadi tetap di luar. Sementara itu, Kaiser ikut dari belakang lalu menutup pintu tersebut.

Kaki Diane tersandung-sandung kerana ingin menyaingi langkah Nadim yang panjang dan cepat. Kalau ada skru dekat kakinya, lama sudah kakinya terlepas! "Hello! Mister! Saya bercakap dengan awak ni! Nak ke mana kita sebenarnya dari tadi?" soal Diane semasa mereka berjalan menyusuri satu lagi koridor dalam bilik itu sehingga tiba di sebuah pintu gelongsor gergasi.

Pintu gelongsor itu terbuka sendiri, mendedahkan isi di dalamnya.

"Masuk.." arah Nadim sambil mendorong Diane supaya masuk ke ruangan tersebut.

Mata bulat Diane memandang lelaki di sebelahnya tanpa berkedip.

"Saya kata masuk. Jangan buang masa, boleh tak?" gerutu Nadim dengan kening berkerut.

Malas berbalah, Diane membuat muka lalu memalingkan kepala dari Nadim dan masuk ke dalam ruangan tersebut.

Kaiser yang berada di situ hanya mendiamkan diri. Dia berdiri bersandar pada dinding selepas itu. Tangannya disilangkan ke dada, melemparkan pandangan ke luar tingkap dengan air muka dingin tanpa emosi.

Setelah itu, Nadim menutup semula pintu gelongsor tersebut lalu berpaling dari situ. Semasa dia berjalan mahu ke arah pintu semula, dia ternampak Kaiser di tepi jendela. Sambil mengetap gigi menahan sabar, dia berjalan cepat lalu berhenti dua langkah di depan lelaki itu.

"Kau lambat," getus Nadim dengan kening mencerlung.

Kaiser diam buat seketika. Tanpa memandang Nadim, pandangannya terarah pada kawasan hutan di belakang istana menerusi jendela itu. "Aku pun ada kepentingan yang perlu diuruskan," katanya dengan nada mendatar. "Lagipun raja kau tu sudah suruh cucu kesayangannya bunuh kakak dia sendiri... kau rasa ingat senang ke nak bawa dia ke sini? Aku tak boleh paksa dia melainkan dia dengan rela hati mahu ke sini," balas Kaiser acuh tak acuh.

Nadim buat muka, agak terkesima dengan jawapan bekas rakan baiknya itu. Selama enam bulan dia menunggu berita dari Kaiser. Namun, lelaki ini senyap sahaja sejak kali terakhir dia berhubung supaya Kaiser membawakan Diane ke sini selepas mereka pulang ke Puak Bulan Biru. Ini tidak, malah berlovey-dovey pulak di situ! "Hei, manalah aku peduli semua itu! Kau dah janji dengan aku, kan? Kau akan bawa dia terus ke sini. Kalau raja tak sempat jumpa, macam mana?"

Kaiser memalingkan kepala ke arah Nadim, aka bekas pelajar Master Xavier sendiri. Awalnya ada dua calon sebenarnya. Selain dia, Nadim adalah anak murid yang diambil oleh Master Xavier untuk dijadikan perintis dan Penjaga Diane. Tetapi Nadim telah memilih untuk berpaling tadah demi lelaki tua yang sedang sekarat sekarang ini. Dengan muka bosan, dia memandang ke arah Nadim.

"Apa masalahnya sekarang... orang tua sempatkan jumpa Diane," gerutu Kaiser.

"Hei... aku tolong kau, ini kau balas dekat aku?" soal Nadim dengan muka tidak percaya.

Kaiser yang mendengar lagi tidak percaya. Dia menolak badannya dari dinding lalu berdiri menghadap Nadim dengan berani. Dia tidak takut dengan Nadim walaupun tahap kuasa mereka berdua setara. Tetapi dia lebih besar dari Nadim dan merupakan penjaga rasmi Diane.

"Tolong? Oh, really? Kau khianati Master Xavier demi menjaga lelaki tua yang telah menjadikan hidup kita semua sengsara. Dan kau persoalkan hal itu? Memangnya berat pertolongan yang aku minta dari kau? Hanya untuk kumpulkan cebisan kuasa Master Xavier itu susah untuk kau? Aku bagi peluang untuk kau beri penghormatan terakhir untuk dia.. itu saja!" luah Kaiser dengan kening berkerut kecewa. Itu pun nak berkira.

Nadim berdengus. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket jaket. Sebuah bebola cahaya sebesar kepalan penumbuk dipegangnya sebelum ditolak kasar ke dada Kaiser.

Sebulan selepas berita kematian Master Xavier diketahui oleh mereka di Puak Api Hitam, Nadim berusaha untuk menghubungi Kaiser untuk bertanya mengenai hal itu. Apabila mereka berdua dapat berkomunikasi, Nadim sertakan niatnya untuk bertemu dengan Diane selepas mengetahui Kaiser berada di Alvano Nova untuk menemui puteri mahkota mereka. Dari situ, Kaiser membuat perjanjian dengan Nadim. Sekiranya Nadim mahu menemui Diane, Nadim perlu membantu Kaiser mengumpulkan semua cebisan kuasa yang ditinggalkan Master Xavier untuk diberikan kepada Diane sebagai kenang-kenangan memandangkan Kaiser tiada kesempatan untuk melakukan hal itu kerana sibuk di akademi.

"Ambillah itu... seperti yang kita janjikan, aku tak dapat kumpul banyak. Ini saja serpihan cahaya Master yang aku dapat kumpulkan selama beberapa bulan ini," getus Nadim dengan nada grumpy. Kaiser sengaja menyuruhnya buat semua ini, hanya untuk menambahkan rasa serba salahnya terhadap bekas majikannya. Ya! Dia menyesal dan meminta maaf kerana berpaling tadah. Tetapi tidak patut Kaiser melakukan hal ini kepadanya.

Kaiser mengambil bebola kaca berisi seakan kelip-kelip, tetapi bukan kelip-kelip, ia adalah cahaya, serpihan tenaga milik Xavier yang hilang sewaktu lenyap tempoh hari itu. Dia mahukannya untuk Diane simpan nanti. Sebab hanya ini saja cebisan Master Xavier yang Diane boleh sentuh dan lihat.

"Terima kasih," ucap Kaiser semasa mengangkat matanya dari bebola kaca itu ke Nadim. "Aku hargainya."

Tanpa berkata apa-apa lagi, Nadim berjalan keluar dari situ, meninggalkan Kaiser begitu saja. Dia tidak mahu lagi ada kaitan dengan Kaiser! Sebab tugasnya sudah pun selesai!

18. The KingdomWhere stories live. Discover now