"Okay. Terima kasih sebab hantar saya. Jumpa lagi nanti," ucap Casia kepada Sky setelah tiba di koridor tempat lokar pelajar perempuan berada.Sky cepat-cepat memegang lengan Casia ketika gadis itu hendak pergi meninggalkannya. "Tunggu sekejap," pintanya.
Sambil tersenyum, Casia memandang Sky. "Ya?" tanya dia.
"Mm... lepas kelas nanti, awak ada rancangan lain ke?" tanya Sky.
Casia terdiam sekejap, memandang siling sebelum kembali memandang Sky. "Tak ada. Tapi saya nak lepak dengan Diane lepas habis waktu akademi. Kenapa?"
Air muka ceria Sky menjadi mendung setelah mendengar jawapan Casia. Habis tu, dia ini siapa buat Casia? Asyik Diane... Diane... Diane. Hargailah sikit teman lelaki sendiri. "Oh ya ke... saya baru nak ajak awak keluar piknik dekat tepi tasik belakang akademi kita nanti," ajaknya.
"Ya ke... ala, macam mana ni? Saya dah janji dengan Diane petang ni yang kami berdua nak lepak sama. Kalau awak tak kisah, marilah ikut kami sekali," ajak Casia dengan teruja. "Lagi ramai, lagi bagus, kan?"
Sky mengetap gigi, menahan sabar lantas tersenyum. "Tak apa la kalau macam tu. Mungkin lain kali," katanya dengan hati yang jengkel. Peliknya, apa yang dipandang sangat Casia terhadap anak pembunuh itu? Ramai lagi perempuan yang boleh dijadikan kawan.
"Okay... kalau macam tu, saya pergi dululah, bye!" pamit Casia yang tak sabar ingin mendapatkan Diane. Namun, sebelum dia sempat bergerak, tiba-tiba tangannya ditarik sekali lagi dan tubuhnya berpusing menghadap Sky semula.
"Saya belum habis lagi bercakap dengan awak ni, Casia," keluh Sky sejurus itu.
Casia berkerut kening, tidak faham. "Ya... ada apa lagi?" sambutnya perlahan.
"Tak boleh ke kalau awak jarakkan diri dari Diane? Dia tu berbahaya, awak tahu tak? Bila-bila masa dia boleh cederakan awak. Kalau bukan dia, musuh dia!" beritahu Sky dengan kening mencerlung. "Jadi, kurang-kurangkanlah bergaul dengan dia. Saya pesan ni sebab saya kisah pasal awak."
Casia yang mendengar berkerut kening, tidak suka dengan kata-kata Sky. "Kenapa awak cakap macam tu? Diane tu kawan saya. Tak mungkinlah dia nak sakiti saya." Teman lelaki ke, tak boleh sentuh kawan baik!
"Saya tahu dia kawan awak, tapi saya tak suka tengok awak bergaul dengan dia. Awak tak tahu apa yang musuh-musuh dia akan lakukan. Mungkin mereka akan sasarkan awak untuk sakiti Diane atau apa ke... siapa tahu," Sky memegang lengan Casia, menghalang gadis itu pergi.
Tangan itu kemudiannya ditolak Casia ke bawah. Haih... susah betul kalau ada teman lelaki overprotective macam ini. "Jangan risau la. Awak hanya fikir yang bukan-bukan. Tak ada apa-apa yang akan berlaku. Okay?" Casia menepuk perlahan lengan Sky selepas itu. "Kita bincang nanti, saya pergi dulu. Diane dah tunggu tu," pamit Casia yang kemudian berlari mendapatkan Diane yang berada tidak jauh dari situ.
Sky berpaling, memandang belakang Casia yang sedang berlari dengan kening berkerut. Susah hati betul dia macam ini! Kenapa la Casia tak boleh nampak apa yang Diane akan letakkan padanya suatu hari nanti kalau Casia bersama Diane lama-lama? Setelah Casia mendapatkan Diane, yang berada tidak jauh dari tempat mereka berdiri, Sky kemudian beredar dari situ dengan muka tidak puas hati.
Diane, yang sejak tadi menunggu dekat depan lokar, nampak Casia menghampiri dan terus tersenyum girang. Mendapatkan rakannya itu sebelum merangkul lengan Casia. Datang jugak penyelamatnya!
"Ada apa tadi tu? Macam serius je?" tanya Diane kepada Casia.
"Apa?" tanya Casia dengan kening terangkat sebelah.
"Tadi tu... kau dengan Sky? Kau orang berdua bergaduh ke?" tanya Diane lagi ketika mereka berdua bergerak hendak turun ke tangga yang membawa mereka ke belakang bangunan.
Casia menarik senyuman nipis lalu menggeleng kepala. "Tak ada apa-apa. Dia memang selalu serius macam tu," dalihnya, tidak ingin Diane tahu bahawa Sky tidak pernah gemar dia berkawan dengan Diane selama ini. Oleh kerana dia menghargai Diane, dia lebih suka merahsiakannya daripada Diane mengetahuinya. Cukuplah dengan apa yang Diane dah rasakan selama ini.
"Kau sure?" tanya Diane yang berasa risau kalau Sky marah atau bergaduh dengan Casia. Kalau lelaki itu cuba sakiti hati Casia, tahulah dia nak buat apa dengan si Sky tu nanti. "Kau beritahu aku okay kalau dia lakukan sesuatu yang tak baik dekat kau," pesannya setelah itu.
"Hahaha... ya. Jangan risau la, Sky lelaki yang baik. Dah la, jom. Kau kata kena kemas bangsal kan?" ajak Casia, melarikan topik perbualan itu serta-merta. Tak nak terus menerus mempertikaikan apa yang Sky baru beritahu dia tadi.
Diane ketawa kecil, tunduk memandang anak tangga yang mereka jejak untuk menghampiri bangsal rumah hijau, tempat pelajar dari puak tanah akan datang dan membuat praktikal seperti menanam tanaman, menggunakan unsur tanah dan sebagainya. Diane kemudiannya menolak pintu bangsal itu ke dalam. Sebaik saja daun pintu itu terbuka luas, matanya terbelalak saat melihat betapa bersepahnya keadaan bangsal itu.
Segalanya tunggang-langgang.
Casia yang dekat sebelah dah ternganga. Tergamam teruk!
"Oh my goodness..." lafaznya dengan nafas tidak percaya. "Diane..." panggilnya dengan nada tergamam. "...kau pasti ke kau boleh buat semua ini seorang diri?" tanya Casia yang turut terkejut melihat keadaan bangsal itu. Ini bukan penalti lagi. Ini sudah dikira sebagai hukuman terus!
Diane mencekak pinggang, memandang sekeliling bangsal itu dengan keluhan berat. "Entahlah," jawabnya, berasa letih sebaik sahaja melihat keadaan huru-hara di depan matanya itu. Nak tak nak, dia kena buat; kalau tidak, makin berat la penalti yang dia kena tanggung nanti.
YOU ARE READING
18. The Kingdom
FantasiJust imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampai sanggup nak sakiti dan bunuh dia and suddenly one day...semuanya berubah *************************...