THE KINGDOM 》 22

1.8K 180 1
                                    

"Tadaaa!" sapa Casia dengan gembira sambil menghulurkan sebuah botol bebuli kaca ke arah Diane.

Diane memandang bebuli kaca itu dengan muka tidak berminat. Dia kerling ke muka Casia sambil menolak tangan itu jauh dari mukanya. "Apa ni?" soalnya.

Casia tersenyum lebar. Wajahnya penuh dengan seri bersemangat dan bertenaga. "Well... tadi dalam kelas posyen, aku belajar cara-cara untuk menghasilkan minyak wangi... sambil aku buat, aku teringatkan kau... nah, ambil la... khas untuk kau." Casia mengambil tangan Diane dan meletakkan bebuli kaca tersebut ke atas tapak tangannya.

Namun, Diane cepat-cepat menarik tangannya dari disentuh Casia.

Tersentap Casia dengan tindakan Diane itu. Dengan muka terpinga-pinga, dia memandang Diane sambil buat muka terkejut.

"Tak payah. Aku tak nak," kata Diane dengan nada tidak peduli.

"Kenapa?" soal Casia ketika memandang Diane yang sedang duduk di atas tembok batu dengan kedua-dua kaki tegak sambil membaca buku.

Casia buat muka kehairanan. "Dah kenapa pulak dengan kau ni? Ambil je la. Bukannya pakai duit pun," dia mengambil tangan Diane lalu meletakkan semula ke dalam tangan itu.

Sambil buat muka bengis, Diane menampar tangan Casia dengan kuat.

SLAP!

Casia menahan nafas terkejut selepas itu. Matanya terbuka luas kerana tersentak. Dada dia bergetar kerana perbuatan itu.

Diane turun dari tembok itu lalu berdiri menghadap Casia dengan kening mencerlung. "Kau ni tak faham ke! Aku kata tak nak, ya tak nak. Asal aku ni nampak kesian sangat ke sampai kau nak bagi aku semua benda yang kau ada macam aku ni tak mampu nak ada semua tu?" marahnya dengan serius walaupun hatinya sudah menangis dan merintih supaya hentikan semua ini!

Namun, apakan daya, kalau bukan sekarang, bila lagi. Dia tak nak letakkan Casia dalam bahaya kerana isu yang tak pernah ada penghujungnya.

Tanpa membuang masa, Diane terus berlalu pergi melepasi Casia begitu sahaja.

Casia yang tersentak dengan perubahan Diane segera mendapatkan rakannya. Dia berlari ke arah itu lalu berdiri menghadang di depan kawannya.

"Diane... kenapa ni? Ada sesuatu dah berlaku ke?" tanya Casia dengan muka risau, hampir nak menangis.

Ya! Banyak bendanya! Sampai dia sendiri tak tahu nak buat apa lagi. "Kau tanya aku? Kenapa?" tanya Diane. "Please, Casia. Pergi la." "Fine... aku beritahu. Aku dah bosan dengan semua ini. Okay! Aku rimas dengan semua orang yang salahkan aku untuk benda yang aku tak buat. Letakkan aku dalam bahaya untuk benda yang aku tak buat. Termasuk la kau. Aku bosan tengok kau berlagak macam kisah pasal aku dan menangis demi aku macam aku ni kesian sangat. Sekarang kau faham?" dengkingnya sekuat hati!

Terkedu Casia. Matanya perlahan-lahan berkaca. Sedih bila dia mendengar semua itu. Mana ada dia pernah rasa macam tu. Dia benar-benar ikhlas ambil berat tentang Diane. "Kenapa kau cakap macam tu, Diane? Selama ni kau tak pernah pun ungkit semua ini... kenapa tiba-tiba macam ini?" tanya dia dengan suara yang tercekik.

Diane mengetap gigi sekuat hati menahan air matanya dari mengalir. "Kau tak faham ke! Kan aku dah beritahu, aku dah bosan. Sebab apa? Sebab setiap kali kau ada dengan aku, aku kena selamatkan diri kau dulu. Lepas tu, aku pula, belum sempat aku nak selamatkan diri aku. Entah-entah nanti, sebab kau, aku dah mati dulu agaknya," tambahnya lagi.

Kening Casia terus mencerlung marah setelah itu.

"Diane, kau sedar tak kau cakap apa ni? Selama ni, aku tak pernah minta kau selamatkan aku. Malah, aku berkawan dengan kau sebab aku ikhlas berkawan dengan kau, bukan sebab kasihan atau apa." Air mata mula bergenangan di kelopak matanya. Kecewa sungguh dia mendengar kata-kata Diane. "Aku minta maaf kalau aku susahkan kau, buat kau rimas. Tapi aku tak pernah anggap macam apa yang kau cakapkan pasal aku tadi."

Diane mengepal penumbuk, menahan diri. Keningnya berkerut seakan marah. Ya, dia tahu. Tapi demi kebaikan Casia juga dia buat begini.

"Apa-apa je la. Apa yang aku nak kau tahu, aku dah bosan dengan perangai kau yang suka ikut aku ke mana je aku pergi dan berkepit dengan aku 24 jam. Asal kau nak sangat jadi popular ke?" sengihnya dengan jahat.

PANG!

Bergema bunyi tamparan itu di sepanjang koridor tersebut.

Diane terpempan.

Sementara Casia sudah berang. Dadanya naik turun kencang kerana terlalu marah dengan Diane. Dia memandang Diane dengan penuh rasa bengang.

"Sampai hati kau tuduh aku macam tu sekali. Diane! Aku ikhlas berkawan dengan kau selama ini. Sebab apa? Sebab aku nak lindungi kau. Tapi ini yang kau fikir tentang aku?" tanya dia dengan muka kecewa dan tidak percaya.

Diane memegang pipinya yang terasa panas dek tamparan padu itu. Dia memandang wajah Casia yang sudah kemerahan kerana sedih dengan perasaan serba salah yang amat. Sumpah! Retak seribu hatinya bila melakukan semua ini kepada Casia. Rakan baik dan temannya selama ini, yang sudah dianggap seperti kakak dan keluarganya sendiri!

"Ha'ah... itu yang aku fikir sepanjang masa aku berkawan dengan kau. Aku tak cakap sebab aku malas nak bising-bising. Tapi lepas apa yang berlaku, buat aku fikir banyak. Jadi, baiknya aku jauhkan diri dari kau... oh tidak, putuskan hubungan dengan kau supaya aku tak peningkan kepala fikir pasal kau," ujar Diane dengan nada sinis yang dibuat-buat.

Casia mencebik sedih sebelum menangis. Air mata berjuraian keluar.

"Sampai hati kau, Diane!" Casia tersedu sedih. "Aku benci kau, Diane! Sampai hati kau cakap macam ini dekat aku," ratapnya dengan sebak. "Kalau itu yang kau minta, baik. Kita putus. Mulai hari ini, kita takkan ada apa-apa lagi. Kau bukan kawan aku lagi. Dan aku takkan hiraukan kau!" jerit Casia sebelum berlari pergi dari situ.

Diane yang berdiri di situ hanya memerhatikan kelibat Casia menjauh darinya dengan linangan air mata di pipi. Menahan rasa sebu di dada, Diane tunduk perlahan-lahan ke bawah sebelum melutut di atas lantai sambil menggenggam kemejanya di dada dengan kuat. "Maafkan aku, Casia," ucapnya dengan susah payah.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now