Suara teriakan demi teriakan kedengaran dalam bilik rawatan.
Habis tercemar suasana ruang tersebut dengannya.
Orang lain pun berduka juga, tetapi tidak sampai meraung hingga memecahkan gendang telinga orang lain.
"Tidak! Daniel! Arghhh!!!! Kenapa semua ini berlaku!!!!" nangis seorang pelajar perempuan yang memeluk tubuh lelaki yang terkujur di atas katil itu. "Arghh....." ratapnya dengan sedih sebelum sembam wajahnya ke dada itu. Betapa retaknya hatinya saat ini. Satu-satunya insan yang dicintainya telah meninggalkan dunia ini tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal!
"Sarah..... sudah la tu... bawa bertenang," pujuk Lady Jane sambil menggosok belakang badan pelajar perempuan itu.
Sarah mengangkat kepala dari dada itu lalu menggeleng kepala. Dia menafikan semua ini. Dia tak boleh terima! Dia tak terima!!!
"Tak, bukan Daniel yang sepatutnya mati. Diane punca semua ini! Salah perempuan malang tu! Salah dia Daniel tinggalkan saya!!!" raung Sarah, dia begitu sedih dengan pemergian teman lelakinya yang mati kerana keracunan.
Doktor Abiel memerhatikan Sarah sepanjang masa itu. Dia yang menyaksikan kejadian ini kebingungan. Kenapa semua ini boleh terjadi? Kenapa Diane selalu saja berkaitan dengan semua masalah yang timbul?
Ketika itulah pintu bilik rawatan terbuka. Master Vena muncul bersama Diane di sisi. Kedua-duanya itu berjalan masuk mendekati katil di mana Daniel terbaring.
Namun tidak sempat hendak mendekat atau melihat muka itu, Sarah mengangkat kepala lantas terpandang Diane. Tanpa berlengah, Sarah pun turun dari katil dan berjalan laju mendekati Diane dengan muka bengis ingin membunuh.
Diane yang nampak terpinga-pinga sekejap. Tak sempat dia buka mulut, Sarah terlebih dahulu bersuara.
"Perempuan sial! Kau memang tak guna, tahu tak!" bentak Sarah sambil mendekati Diane lalu seterusnya menampar pipi Diane sekuat hati sehingga membuatkan Diane jatuh terduduk di lantai sebab hilang keseimbangan. "Tengok apa kau dah buat pada teman lelaki aku! Sebab kau dia mati! Kembalikan dia pada aku semula!" Setelah itu, Sarah ikut terduduk di situ sebab sedih sangat sampai tak kuat nak berdiri.
Diane terkesima. Dia pandang tak berkedip ke arah Sarah.
Apa yang dia baru dengar tadi?
Daniel... mati?
Sementara Master Vena yang sudah gelabah berlari ke arah katil lalu tunduk mendapatkan Daniel. Wajah kebiruan lelaki itu dipegangnya dengan muka cemas dan sedih. Terpejam rapat mata dan mulut itu. Dia yang memandang kemudiannya palingkan kepala ke arah Lady Jane dan Doktor Abiel.
"Apa yang telah berlaku pada Daniel? Racun apa yang telah dia minum?"
"Racun Black Rose. Nampaknya racun ini memberi kesan serta merta sebab tidak lama selepas Daniel sampai ke sini, kami tak sempat buat apa-apa," jelas Abiel dengan nada perlahan.
Master Vena berkerut kening sebelum termenung memandang muka Daniel buat seketika sebelum berpaling mendapatkan Diane. Dia mencangkung depan Diane. Bahu itu kemudiannya dipegang dengan terdesak. Anak orang jadi mangsa ini! Dia juga yang kena bertanggungjawab!
"Diane..." bahu Diane digoncang. "Beritahu saya... apa yang telah berlaku sebenarnya? Adakah benar kamu cuba meracun seseorang?" tanya Master Vena dengan nada tergesa-gesa. "Beritahu saya, Diane... jelaskannya!"
Sambil termenung memandang ke lantai dan berasa begitu hancur, Diane menggeleng kepala dengan lemah. Dia pun nak tahu apa yang sedang berlaku sebenarnya. Kalau dia tiada jawapannya, macam mana dia nak jawab soalan itu? "Saya tak tahu," jawabnya sambil teringatkan Frost. Senyuman lelaki itu. Layanan lelaki itu terhadapnya. Harapan palsu yang diberikan kepadanya.... "Saya tak ada niat hendak bunuh sesiapa sebab Daniel sendiri yang ambil botol minuman itu dari saya... bukan saya yang berikannya."
"Botol minuman?" tanya Master Vena dengan kening mencerun. "Dari mana kamu dapat botol minuman itu?"
Diane menggerakkan matanya ke arah Master Vena tanpa menggerakkan anggota badannya. Dia tenung wajah itu dengan perasaan teragak-agak. "Senior Frost. Dia yang berikannya kepada saya. Sekembalinya saya ke kelas, Daniel mengambilnya tanpa kebenaran saya lalu meminumnya..." cerita dia sebenarnya. Lengan itu kemudiannya dipegangnya dengan perlahan. "Master... saya tak ada niat nak sakiti sesiapa, apalagi membunuh orang... percayalah..." rayunya dengan sedih.
Master Vena pandang Diane buat seketika sebelum bangun dari situ dan memandang Doktor Abiel serta Lady Jane dengan muka serius. "Minta tolong uruskan Daniel dan maklumkan kepada keluarga tentang hal yang terjadi pada anak mereka. Kemudian bawakan Sarah pulang ke biliknya sehingga saya uruskan hal ini," pesannya setelah itu.
Lady Jane mengangguk kepala patuh.
Doktor Abiel hanya memandang ke arah Diane dengan renungan risau dan ambil berat.
"Ayuh Diane. Ikut saya," ajak Master Vena sambil menarik Diane bangun dari situ.
Diane pun bangun dari situ dengan kepala tertunduk ke bawah tiada semangat. Dia berjalan mengikut langkah Master Vena sebelum kakinya terapung seketika di udara tatkala mereka lenyap secara tiba-tiba dan mendarat di dalam sebuah kelas.
Semua yang ada di situ kemudian memandang terkejut di depan kelas itu di mana Master Vena dan Diane sedang berdiri. "Di mana Frost Stone?" tanya Master Vena.
Terkebil-kebil bingung tidak faham apa yang sedang berlaku, pelajar dalam kelas itu saling berpandangan antara satu sama lain buat seketika sehingga Master yang mengajar kelas itu bersuara.
"Dia tak masuk kelas hari ini, kenapa ni Vena?" tanya Master Eden yang sedang mengajar kelas dari puak Api itu.
Master Vena tidak menghiraukan pertanyaan itu. Sebab fokusnya hanya satu saja. "Kalau ada sesiapa yang jumpa atau lihat Frost Stone, bawa dia berjumpa dengan saya," arah Master Vena sebelum lenyap secara tiba-tiba bersama Diane sekali lagi.
YOU ARE READING
18. The Kingdom
FantasyJust imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampai sanggup nak sakiti dan bunuh dia and suddenly one day...semuanya berubah *************************...