THE KINGDOM 》87

1.5K 140 0
                                    

"Maaf kalau mengganggu saat-saat privasi anda berdua. Tapi kami ada urusan yang perlu dilaksanakan sekarang ni," ujar suara itu.

Dengan pantas, Kaiser berpaling ke belakang. Sebaik dia nampak sekumpulan lelaki berjubah hitam di depannya, secara automatik kedua-dua tangannya menghasilkan dua dinding pentagram bercahaya. Dia bersedia untuk menyerang orang asing di hadapannya. "Kenapa kau orang datang sini?" tanya Kaiser dengan nada dalam penuh amaran.

Diane menjengah kepalanya dari balik bahu Kaiser kerana ingin tahu, siapa pula yang datang ni?

Seorang dari lelaki berpakaian serba hitam maju ke depan tanpa menunjukkan sebarang reaksi gentar. Malah, dia memandang serius ke arah Kaiser. "Alasan kami ke sini sama seperti kenapa kamu ke sini..."

"Hah??" sebut Diane perlahan, cukup kuat untuk didengar oleh Kaiser sahaja. "Apa semua ni, Kaiser?" bisiknya dekat belakang kepala lelaki itu.

Kening Kaiser berkerut, kedua-dua gelung cahaya pentagram di tangannya bersinar kuat kerana merasa terancam dengan kenyataan mereka. Dia tahu siapa mereka, kenal sangat. Malah, dia hafal setiap orang di sini! Mereka semua adalah dari Puak Api Hitam, puak dari negara Dark Magic. Negara di mana semua ahli sihir dan pengamal magis unsur api dilahirkan. Mereka ini lah punca kenapa semua ahli puak Cahaya Biru terpaksa berpindah ke serata tempat untuk melindungi diri.

"Jangan kau berani dekat!" arah Kaiser sebelum memalingkan kepala ke belakang bahunya lantas berbisik kepada Diane. "Tarik hood kepala kau, jangan bersuara," arahannya tegas.

Diane yang mendengar terus menurut tanpa membantah. Dia memegang sedikit pakaian Kaiser sambil menyembunyikan diri di belakang lelaki itu.

"Kau fikir budak hingusan seperti kau ni boleh buat apa dekat kami?" sampuk seorang lagi lelaki di situ sambil mengeluarkan kepulan asap hitam dengan petir berwarna merah.

Dengan renungan tajam, Kaiser menghilangkan pentagramnya lalu berdiri dalam keadaan bersedia mahu menerkam. "Sesuatu yang akan buat kau orang menyesal!" sebutnya sebelum menghentak tangannya ke udara. Secara serentak, dua bilah petir keluar dari kedua-dua tangan seperti bilah pedang dan mata lelaki itu bercahaya biru kilat, terang merenung ke arah mereka.

Diane yang berdiri di belakang Kaiser tersentak sendiri, seolah-olah terkena renjat. Habis meremang bulu romanya. Sebagai langkah berjaga-jaga, Diane undur ke belakang tiga langkah serta-merta.

"Cukup kamu berdua!" tegas lelaki pertama tadi kepada anak buahnya yang menyampuk.

Lelaki itu pun membuat muka jengkel. Dia memalingkan kepala ke kanan sambil menyilang tangan ke dada tanda protes.

"Dengar, kami datang bukan untuk mencari masalah, tetapi mahu meminta tolong... sudah lama kami menunggu kehadiran kamu ke sini. Memandangkan kamu sendiri telah ke sini... baiknya kita selesaikan hal ini secepat mungkin," ujar lelaki yang sama dengan tegas. "Kami datang ke sini kerana dapat mengesan kehadiran Kuasa Cahaya Bulan Biru dari istana," jelasnya lagi.

Kaiser mengecilkan mata, memandang curiga akan lelaki di hadapan barisan itu. "Minta tolong? Orang seperti kau nak minta tolong? Dekat kami? Orang yang kau tindas selama ini?" soal dia dengan nada tidak percaya yang mengejek.

Diane di belakang diam tidak berkata apa-apa. Dia mendiamkan diri untuk memproses apa yang sedang berlaku ketika ini. Ingatkan dia dapat berpindah dengan aman tanpa gangguan atau halangan. Tapi nampaknya ada yang masih tidak puas hati dengannya.

Lelaki itu membuat muka menyesal, menyesal menyatakan hasratnya dengan cara begini. Dengan perasaan rendah hati, dia tunduk sebelum melutut sebelah kaki, tangan kanannya berada di atas tanah, sementara lengan kirinya diletakkan atas lutut kiri. "Tuanku Raja menghantar titah kepada tuanku," maklumnya, membuatkan pengikut yang lain turut melutut menghormati titah yang bakal disampaikan itu.

Kaiser terdiam mendengar. Dia memandang kagum ke arah mereka sewaktu Diane perlahan-lahan bergerak menjengah kepalanya ke tepi bahunya.

"Siapa mereka semua ni?" tanya Diane dengan perlahan.

"Puak Api Hitam, pengamal sihir hitam dari Dark Magic... lelaki depan ni adalah ketua kumpulan serta musuh master sendiri," jawab Kaiser dengan wajah tidak puas hati sewaktu memandang kumpulan lelaki berpakaian serba hitam yang melutut di depannya.

Diane palingkan kepala ke arah Kaiser lalu mengerutkan kening. "Siapa tuanku raja yang mereka maksudkan? Tuanku? Mereka bercakap kepada siapa?" bisik Diane lagi. "Kau ke?"

Dengan renungan serba salah, Kaiser tenung mata Diane buat seketika sebelum berkata, "Raja tuanku tu adalah ayah kepada Doktor Abiel atau nama sebenarnya, Elaine, puteri sulung puak Api Hitam."

Mulut Diane terbuka sedikit sebaik mendengarnya. Matanya terbelalak. "Apa?" Dia memang tahu siapa ibunya dan nama sebenar wanita ini serta latar belakang diraja yang dimilikinya. Tapi tak tahu pula dia yang atuknya sanggup hantar orang untuk mendapatkan dia sedangkan atuknya berusaha mahu menghapuskan dia! Siap minta tolong pula! Dia memandang ke arah para lelaki berpakaian serba hitam yang sejak tadi tidak henti-henti menatapnya. "Pertolongan apa yang raja mahukan dari saya? Orang tua itu tak habis-habis nak dia mati ke!"

Ketua kumpulan itu memandang ke arah Diane yang tertutup dengan hood mantel yang dipakai, dengan renungan tajam. Dia cuba melihat wajahnya, tetapi tidak nampak. Yang jelas hanyalah sebahagian hidung dan mulutnya sahaja.

"Tuanku Raja mahu tuan puteri mahkota masuk ke istana menghadap baginda," ujarnya dengan mata tertunduk memandang lantai.

Kaiser yang mendengar menghilangkan bilah petir dari tangannya.

Sementara Diane di situ memandang mereka dengan kening mencerun, tidak suka. Sesuatu memberitahunya dalam hati, hal ini mungkin tidak akan berakhir dengan baik nanti!

18. The KingdomWhere stories live. Discover now