Matahari bersinar terik di atas kepala.
Seharusnya, orang duduk di dalam dan di bawah kipas yang sejuk, tetapi dua orang itu berjemur di bawah matahari dengan pakaian tebal masing-masing sambil mengutip sampah.
Dengan keluhan letih, peluh yang menitik di sekitar dahinya diseka dengan lengan baju yang sepatutnya dipakai semasa musim sejuk.
Gosh!
Sumpah!
Ketiaknya sudah berlecak sekarang!
Orang lain seronok berteduh di tempat redup dan menikmati makan tengah hari di dewan makan. Dia di sini berjemur semata-mata untuk mengutip sampah!
Rasa macam nak maki je sekarang!
Ada ke patut!
Peluh di dahi diseka dengan hujung lengan baju.
Berkeringat dibuat pakaian yang dipaksa pakai pada waktu panas macam ini.
Matahari tengah hari terik memancar ke arah dua orang pelajar perempuan yang didenda untuk memakai uniform musim sejuk kerana dituduh melakukan kesalahan yang bukan mereka mulakan.
Rambutnya yang jatuh ke mata diselak ke belakang telinga dengan rimas saat dia tunduk mencucuk daun kering untuk dimasukkan ke dalam plastik sampah yang dipegangnya. Tak guna punya ahli sihir! Gara-gara orang lain, dia jadi mangsa! Dia tunduk mengutip botol plastik dari atas tanah sebelum sepasang kaki tiba-tiba muncul dan menginjak botol itu dengan kasar.
SRAP!
Bersama kerutan di kening, dia berdiri tegak menghadap pemilik kaki yang menyibuk waktu dia tengah jengkel ini. Cari pasal ke!
Pelajar perempuan yang toncang sebelah kanan berdiri dengan tangan bersilang di dada dipandang olehnya dengan renungan tidak berminat. Betina tak guna ni rupanya! Ingatkan siapa tadi!
Sambil memandang mengejek ke arahnya, Luisa berseloroh, "Seronok buat kerja kebajikan ni?" tanyanya dengan senyum sinis kepada Diane. "Kalau kau nak, aku boleh tawarkan kau kerja dekat rumah agam aku, mana tahu dapat tajamkan lagi kemahiran mengutip sampah kau ni?" ejeknya.
Diane memandang Luisa dengan renungan tidak puas hati. Tengoklah siapa yang kacau siapa sekarang! Tak puas lagi ke nak sakitkan hati dia? Kalau bukan kerana Luisa ini, tak adanya dia ada di sini!
"Kau nak apa lagi ni, Luisa? Blah lah sana," keluh Diane sambil beralih ke kanan dan membongkok untuk mengutip dahan dan memasukkannya ke dalam plastik sampah. Malas nak hiraukan Luisa. Nanti balik-balik dia jugak yang kena gara-gara perempuan sewel ini!
Luisa berpaling ke arah Diane. Dia ikut pergerakan Diane dengan muka bengang. Dia masih tak puas hati! Dia nak Diane menderita lebih teruk dari ini. Tapi Diane masih boleh berlagak tenang dan seperti tak terkesan dengan semua tindakan dia. Ini yang menambahkan lagi sakit hati dia!
"Itulah, aku dah cakap jangan nak besar kepala sangat. Sepatutnya kau ikut jer apa aku suruh, tak adalah kena hukum macam ini, ya tak..." agahnya lagi sengaja nak cucuk Diane supaya sakit hati lalu menyakiti dia atau apa saja supaya dia ada alasan untuk hapuskan Diane dari sini!
Berasa jengkel dengan kata-kata itu, Diane mengetap gigi menahan sabar, lalu dia hadapkan badannya ke Luisa dan menyumbat sampah yang dia kutip tadi dengan kasar ke dalam plastik sambil memandang Luisa. Kalau bukan disebabkan kesan luka di pipinya yang masih kemerahan kerana bercakaran dengan Luisa, dah lama dia rentap rambut tu sampai tertanggal dari kulit kepala! Dasar mulut longkang!
"Baik kau berhambus sebelum aku buatkan kau mencicit macam cencorot dekat sini!" arahnya dari balik ketapan gigi, cuba menahan diri dari naik hantu.
Luisa yang mendengar terus menarik nafas terkejut, membuat reaksi ketakutan yang disengajakan.
"Hah! Takutnya... tolong jangan sumpah saya," ejek Luisa sebelum ketawa terbahak-bahak. "Cuba la kalau kau berani. Kau fikir aku takut ke... ahahaha... kelakar!"
Grrr!
Diane mengepal penumbuknya kuat-kuat sambil memandang Luisa dengan kening mencerun. Perempuan ni kan!!
Perlahan-lahan, rambut hitam Diane mula bertukar warna menjadi merah keorenan seperti api.
"Aku cakap berHAMBUS!!" deram Diane dari nada rendah kepada tinggi.
Ketika itu, seseorang berlari mendekati Diane dari belakang dan memegang lengannya dengan cemas. "Apa yang dah berlaku ni?" tanya dia sambil pandang silih ganti ke Luisa dan Diane.
Luisa tersenyum puas kerana dapat membuat Diane naik angin. Tunggu apa lagi? Lontarkan saja tantrum!
"Diane... berhenti. Kalau Master Loui nampak, kau kena hukum lagi," minta Casia sambil menarik perlahan tangan Diane. "Tolong la..." pujukanya lagi.
Renggusan kasar dilepaskan oleh Diane.
"Lepaskan aku," Diane merentap lengannya dari cengkaman Casia. Dia tidak menghiraukan amaran rakannya itu. Apa yang Diane tahu, perempuan tak guna dan perangai macam betina gila ini harus menerima balasan untuk apa yang sudah dilakukan kepada dia dan juga Casia!
Luisa menarik senyuman jahat sambil meleretkan pandangannya ke arah Diane.
Diane kemudian maju ke depan dengan plastik penuh sampah itu. Nak rasa sangat amarah dari dia, kan? Nah... ambil ni! Tanpa berlengah, dia terbalikkan plastik sampah itu lalu dituang ke atas kepala Luisa.
Spraa!
Tergamam, tidak sempat berbuat apa-apa, Luisa hanya berdiri di situ ketika segala pasir dan sampah yang dikutip Diane tadi tumpah dan berkumpul di atas kepala, rambut, dan pakaiannya.
Diane ikut tersengih jahat. Padan muka! Heh! "Kalau dah sampah tu, pandang macam mana pun tetap sampah," getus Diane dengan sengih mengejek kepada Luisa.
Luisa terkejut, dia kaku berdiri saat mengangkat kepala memandang depan buat seketika. Sebelum matanya perlahan-lahan bergerak memandang Diane.
Apa yang-
"ARGHH!!!! Perempuan s*alan! Kau memang menyakitkan hati, tahu tak!!!" teriak Luisa sambil menerkam Diane. Dia kemudiannya cekik leher Diane sebelum sempat Diane mempertahankan diri. Tapak tangan Luisa kemerahan sejurus tidak lama kemudian sebelum ia mengeluarkan haba aura hitam saat mencengkam kuat batang leher itu. "MATI KAU! MATIII!!!!!" jerit Luisa sambil menyalurkan tenaganya ke dalam tangannya.
Diane terus memegang tangan Luisa, cuba melepaskan cengkaman tersebut sekuat hati. Tapi tangan itu tidak berganjak! Nafasnya tersekat, urat nadinya berdenyut kuat seakan mahu meletup!
Tanpa membuang masa, Casia terus memegang lengan Luisa dan cuba menolak Luisa jauh dari rakannya. "Luisa! Hentikannya!" jerit Casia dengan kuat sambil mengerling ke arah Diane yang sudah memejam mata menahan sakit.
"Tolonglah berhenti... aku mohon... hentikannya!" rayu Casia dengan terdesak. Ikutkan hati mahu saja dia gunakan kuasanya, tapi tak boleh. Sebab menggunakan kuasa yang dimiliki ke atas pelajar lain adalah satu larangan. Jika dia lakukannya juga, dirinya bakal dihukum.
YOU ARE READING
18. The Kingdom
FantastikJust imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampai sanggup nak sakiti dan bunuh dia and suddenly one day...semuanya berubah *************************...