Matanya meliar mencari bayang orang itu. Dia pasti ada sesuatu yang telah berlaku sehingga dia tidak mengingati perkara tersebut. Dia bukan jenis cepat lupa. Orang yang selalu dia jumpa itu membuatkan dia tertanya-tanya.
BUK! Casia melanggar badan seseorang semasa dia menoleh kanan dan kiri tetapi tidak memandang ke depan. Casia tunduk memegang dahi sebelum memohon maaf.
"Maaf... maafkan saya..." ucapnya sambil tunduk memohon maaf. Apabila Casia memandang orang yang dilanggarnya, dia terus terpaku sebaik melihat lelaki berambut kelabu asap di hadapannya.
"Kau tak apa-apa ke?" tanya Frost sambil memandang Casia dengan kening berkerut serba salah. Tak sengaja, dia ingin belok, tiba-tiba Casia muncul di depan.
Kening Casia berkerut, entah kenapa tiba-tiba dia merasakan sesuatu yang menakutkan setelah terpandang lelaki asing ini.
Rasa macam kenal, tetapi entah kenapa sikit pun dia tidak ingat apa-apa mengenainya.
"Ah... ya. Saya tak apa-apa," balas Casia dengan kekok.
Frost memandang Casia sambil tersenyum nipis. Patutnya dia yang minta maaf.
"Tak apa. Lain kali hati-hati..." pesan Frost sebelum beredar.
Casia berdiri di situ buat seketika sebelum terdengar lelaki tadi menyebut satu nama.
"Hai, Diane!"
Casia berpaling ke belakang. Dia memandang dengan kening terangkat tinggi. Terkejut mendengar nama itu dan juga melihat wajah si empunya nama.
Hatinya terdetik serta-merta.
Kenapa nama ini tidak asing bagi dia? Kenapa ianya membuatkan dia terasa sesuatu yang sedih di hatinya? Dia kenal ke dengan pelajar perempuan bernama Diane ini?
Apabila dia toleh ke arah itu, Frost sedang mendepakan tangan di depan Diane yang memakai dress hitam cekak leher, lengan panjang, paras lutut. Mahu memeluk gadis itu.
Sebaliknya, Diane cuba mengelakkan diri daripada dipeluk.
"Apa kena dengan awak ni... malu lah orang tengok..." marah Diane sewaktu dia dipeluk secara paksa oleh Frost.
"Alah... sekejap je..." kata Frost sambil eratkan pelukannya.
"Lepaslah!" jerit Diane dengan muka tak puas hati.
"Makin kau marah, makin aku sayang..." ujar Frost sambil meletakkan beg kertas ke tangan Diane. "Ni ada sandwich tuna kegemaran kau dengan air kotak..."
Diane memandang beg kertas itu lalu memandang Frost. "Dah kenapa awak baik sangat sediakan sarapan untuk saya bagai ini?"
"Kau kan susah sangat nak makan. Lagipun kebetulan aku pergi dewan makan tadi untuk cari makanan, teringatkan kau, itu yang aku bagi ni..." jelas Frost sambil seluk tangan ke dalam poket seluar.
Diane tidak mengambil beg kertas itu. Yalah, mana tahu dalam makanan tu ada racun ke. Nanti dia ambil dan makan, tak ke sia-sia dia hidup selama ini? "Tak payah. Awak ambil saja makanan ni," tolaknya.
Frost tersenyum mendengarnya. "Tak apa... ambil je." Dia letakkan beg kertas itu ke tangan Diane dengan paksa. "Aku pergi kelas dulu. Kau makan ya. Jangan tak makan," pesan dia sebelum tepuk lembut pipi Diane.
Sambil buat muka bercemberut tak puas hati, Diane pegang beg kertas itu. Dia tunduk melihat isi beg tersebut sebelum kembali berjalan.
Tatkala dia mengangkat kepala untuk melihat ke depan, Diane bertembung dengan Casia yang kebetulan berdiri dekat arah bertentangan di koridor tersebut.
Sempat dia melirik ke Casia, namun langkahnya tidak diperlambatkan. Dia hanya maju ke depan begitu saja seakan tidak perasan kehadiran Casia di koridor itu.
Casia sendiri yang perasan akan hal itu termenung memandang ke depan buat beberapa saat sebelum tersentak lantas berpaling untuk memanggil nama itu.
"Diane!"
Kaki Diane terhenti selepas itu. Dengan mata terbuka luas, dia bungkam memandang hujung koridor. Mendengar suara Casia memanggil namanya buat kali pertama sejak beberapa bulan lamanya membuatkan dadanya sebu dan senak tiba-tiba.
"Tunggu sekejap," panggil Casia lagi.
Diane perlahan-lahan menoleh ke belakang. Menghadap Casia dengan mata terbuka luas dan kening terangkat. Casia ingat namanya?
Buat beberapa saat mereka saling merenung antara satu sama lain.
Casia hampir saja hendak mendekati Diane dan berkata.
Diane pula hampir hendak tersenyum.
Namun semua itu terhalang apabila Sky tiba-tiba muncul dari arah bertentangan memanggil nama Casia.
"Casia!" panggil suara itu.
Diane buat muka kecewa selepas melihat lelaki tinggi dada bidang itu menghampiri Casia lalu merangkul pinggangnya.
Casia menoleh memandang Sky. Terus terlupa akan niatnya mahu menegur Diane.
"Baru turun ke? Saya cari awak dalam kelas tadi. Awak tak ada, tengok-tengok dekat sini rupanya..." kata Sky.
Dengan wajah mendung tiada semangat, Diane pusingkan badan dari situ dan pergi menjauh dari pasangan tersebut.
"Ah... ya, saya baru turun," angguk Casia yang kembali memandang ke depan, mencari bayang Diane tetapi gadis itu telah pun tiada.
YOU ARE READING
18. The Kingdom
FantasíaJust imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampai sanggup nak sakiti dan bunuh dia and suddenly one day...semuanya berubah *************************...