THE KINGDOM 》10

2.3K 204 3
                                    

Beberapa hari kemudian...

Awalnya, halaman depan pagar utama kawasan akademi itu sunyi. Cuaca cerah tanpa awan di langit. Namun, tiba-tiba angin aneh bertiup, membuatkan pokok-pokok di sekitar saling bergeser lembut seiring dengan tenaga misteri yang muncul di kawasan tersebut.

Sebuah puting beliung kecil berputar perlahan di atas tanah sebelum sepasang kasut muncul dan bertapak secara tiba-tiba. Kemudian, seseorang bermantel berdiri di situ menghadap Akademi Nova Cosmos. Angin tadi pun berhenti bertiup, dan pokok-pokok kembali diam tidak bergerak.

Mantel yang dipakai berkibar ke belakang saat dia berjalan laju menuju pintu pagar yang terikat dengan akar magis. Selangkah sebelum tiba di depan pintu, akar-akar kayu tersebut mula melonggarkan cengkaman mereka. Maka, pintu pagar itu pun perlahan-lahan terbuka.

Dengan langkah senyap dan tidak berjejak, dia melangkah memasuki pagar tersebut. Begitu dia pijak lantai akademi, tenaga dalam badannya terus bergelora. Berdesup, darahnya mengalir ke otak serta merta. Namun, dia tidak menghiraukannya dan terus melangkah.

Pengawal yang menjaga pintu pagar itu menyambut kedatangan orang bermantel tersebut. "Pengenalan diri," minta pengawal itu dengan nada mendatar.

Dia tidak gentar mahupun peduli. Tanpa membuang masa, dia mengangkat tangan ke atas kepala, mencengkam kain hood yang menutupi kepala, lalu menurunkannya. Itu mendedahkan rambut berwarna coklat brunette miliknya, bibir nipis, dan hidung mancung yang membuatkan wajahnya manis walaupun kelihatan serius.

Seusai itu, tangannya bergerak ke butang uniformnya, dibuka dua dari atas dan diselak sedikit untuk menampakkan tatu di tulang selangkanya. Tatu itu merupakan tanda kelahiran bagi sesiapa yang lahir sebagai ahli sihir. Itulah tanda pengenalan setiap orang di sini, yang boleh ditemui di pelbagai tempat seperti leher, bahu, dada, belakang telinga, pipi, tapak tangan, dan tempat yang boleh dilihat.

Setelah mengenal pasti tanda tatu pada orang itu, pengawal tersebut mengangguk sebagai tanda persetujuan sebelum bergerak ke tepi untuk memberi laluan kepada lelaki itu.

Dia meneruskan perjalanan masuk ke dalam bangunan itu dan menuju ke sebuah koridor. Sambil berjalan, mantel yang berada di tubuhnya ditanggalkan. Tanpa bersusah payah untuk memegangnya, mantel itu dicampak ke tepi ketika sebuah lohong hitam muncul secara tiba-tiba dan menelan mantel tersebut.

Tanpa berhenti dari berjalan, dia membutangkan semula butang bajunya ketika mendekati sebuah pintu. Sebaik dia berdiri di depan pintu, satu ketukan diberikan. Cermin mata bulat yang berada di batang hidungnya diperbetulkan. Time's up!

"Silakan masuk," laung suara dari balik pintu itu sebaik ketukan diberikan.

Dengan renungan kosong, dia memandang daun pintu depannya terbuka ke dalam dengan sendiri.

Seorang guru wanita menyambut kehadirannya. Buat beberapa saat, guru itu melirik ke pelajar lelaki lampai dan segak yang mengenakan uniform akademi dari atas ke bawah sebelum berkata dengan nada ceria.

"Oh... kamu pasti pelajar baru, kan? Silakan masuk... saya Master Vena," ujar guru wanita itu sambil bergerak ke tepi untuk memberi laluan.

Anggukan sebagai respon diberikan olehnya sebelum dia melangkah masuk ke dalam kelas tersebut dan berdiri di depan kelas tanpa disuruh.

"Baik kelas, perhatian," minta Master Vena sebaik berdiri di sebelah pelajar baru itu. "Tadi saya dimaklumkan oleh dekan mengenai kehadiran pelajar baru ke sini. Dan dia sudahpun tiba. Jadi, berikan perhatian seketika, boleh?" ajunya sebelum memberikan senyuman berharap pada pelajarnya supaya tidak memalukan dia di depan pelajar baru dengan perangai nakal mereka.

Mereka semua diam seketika selepas mendengar makluman itu. Namun, wajah mereka menunjukkan rasa tidak suka. "Boleh~~," sahut seorang pelajar lelaki dengan nada malas, sementara pelajar perempuan berbisik sesama mereka. Semua di situ memberikan renungan skeptis pada pelajar baru di depan kelas.

"Kelakarnya macam budak selenge je," komen seorang dari mereka dengan sinis.

Dia yang mendengar tidak kisah, malah tidak peduli pun apa yang orang nak katakan mengenai dia. Sebab tujuannya bukan kerana mereka.

"Shhh! Senyap," arah Master Vena dengan tegas.

Mereka di situ serta merta membuat muka menyampah dan menutup mulut masing-masing. Bukannya mereka peduli sangat pun dengan pelajar baru ini!

"Baiklah... apa kata kamu kenalkan diri kepada rakan sekelas?" ajak Master Vena dengan senyuman terpaksa.

Dia yang mendengar memandang semua di situ dengan renungan tidak berminat lalu membetulkan cermin matanya dengan jari tengah. Jika mereka ingin berperangai buruk dengan dia, tiada salahnya untuk dia berbuat perkara yang sama. "Selamat berkenalan. Nama saya Kaiser Storm. Selamat berkenalan," ujarnya dengan nada mendatar sambil memberikan tundukkan kecil.

Seperti tiada penghuninya, suasana di situ lengang sejurus selepas dia bersuara.

Kelas itu sunyi sepi. Tiada sebarang reaksi dari mana-mana pelajar di situ.

Mereka semua hanya memandangnya seolah-olah dia tidak penting.

Namun, jauh di belakang, seseorang menepuk tangan, memecah kesunyian kelas itu tiba-tiba.

"Yeay! Selamat datang!" ucap pelajar yang berambut perang keemasan kepada Kaiser. Lelaki itu memandang ke arah pelajar perempuan itu yang satu-satunya memberi reaksi dengan kening berkerut. Kenapa dia nak teruja sangat? Buat tak kisah sudah la. Dia bukannya peduli pun!

Master Vena memandang pelajar perempuannya dengan renungan terima kasih selepas mendengar. Nasib baik ada yang berperangai bertamadun di sini. Jika tidak, makin malu dia di sini! Apa sudah jadi dengan pelajar-pelajar akademi ini? Langsung tiada sikap positif!

"Baiklah, kalau begitu. Sekarang kamu boleh duduk di mana-mana tempat yang kosong," ajak Master Vena yang kembali ke mejanya dan menunduk menyelak buku teks untuk meneruskan kelas.

Kaiser melihat sekelilingnya, cuba mencari tempat kosong. Namun, tiada satu pun kerusi kosong kecuali di sisi pelajar perempuan yang bersuara tadi. Ikutkan hati, dia tidak mahu. Tapi memandangkan tidak ada pilihan lain, terpaksa juga dia duduk di sebelah perempuan itu.

Duduk di situ, dia memandang ke depan kelas, tidak mempedulikan orang di sebelahnya. Rasanya seperti freak, dirinya diperhatikan terlalu lama oleh orang tersebut hingga bulu romanya merinding kerana kejengkelan.

"Apa?" desis Kaiser dengan geram ke pelajar perempuan di sebelahnya.

Pelajar perempuan itu tersenyum lalu menjungkit bahu. "Tak ada apa-apa... just ignore me," ujarnya masih memandang Kaiser seolah-olah lelaki ini hidangan terakhirnya.

Kaiser memandang dengan kening mencerlung tidak suka. "Kalau macam tu, jangan pandang aku," ketapnya sambil menjegil mata.

"Hei... relaks la. Tak payah marah. Panjang je pun nak marah."

Kaiser menjuling mata menyampah lalu kembali memandang ke depan. Sedaya upaya dia mengawal diri dari angin di situ, ketika merasakan orang di sebelahnya tidak mahu berhenti memandangnya. Tak faham bahasa ke! Namun tak lama kemudian, dia kembali memandang orang di sebelahnya dan bertanya, "Apa? Hah? Kau nak apa? Beritahu aku," tanya dia selepas tidak tahan diperhatikan sejak tadi. Hish!

"Ahaha... ingatkan awak tak nak tanya. Hai, saya Diane Elaine. Selamat berkenalan," ujar orang di sebelahnya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

Dia yang mendengar buat muka tidak percaya. Itu je? Ingatkan apa! Ingat dia peduli ke! "Apa-apa je la," tangan itu ditamparnya kerana tidak berminat untuk berkenalan. "Pandang depan sana. Jangan tengok aku lagi," gerutunya sebelum bersandar ke kerusi dan menyilangkan tangan ke dada kerana tidak suka!

Diane yang sedikit pun tidak terasa dengan tindakan Kaiser, memandang ke depan dan fokus kepada apa yang Master Vena sampaikan dengan senyuman di bibir.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now