Petang hujung minggu, Sky membawa Casia keluar berjalan-jalan keliling pekan bersama. Mereka ingin meluangkan masa memandangkan sudah lama tidak keluar kerana Sky sibuk dengan penilaian akhir.
Dari awal pagi hingga ke lewat petang, mereka melawat pelbagai tempat untuk mencuci mata.
Setelah itu, mereka singgah di tempat terakhir sebelum pulang ke akademi.
Pintu dibuka untuk Casia sebelum Sky di hadapannya menariknya masuk ke dalam bar tersebut.
Kehadiran mereka disambut oleh seorang pelayan lelaki dengan mesra.
"Selamat datang, berapa orang?" tanya pelayan itu kepada Sky.
"Dua," jawab Sky, kemudian memalingkan kepala ke arah Casia. "Awak, saya nak ke tandas. Duduk dulu dan ambil pesanan ya..." pesannya dengan tergesa-gesa. Tak tahan dah!
Casia mengangguk kepala lalu mengikut pelayan itu ke sebuah meja. Dia menarik kerusi dan duduk menghadap pintu keluar. Sementara dia cuba menyesuaikan diri, pelayan lelaki itu bertanya.
"Seorang sahaja? Seorang lagi mana?" tanya pelayan itu kepada Casia sambil mengelap meja kayu dengan kain lap.
Kening Casia terangkat sebelah. Dia buat muka tidak faham dengan soalan itu. Tak nampak ke Sky berjalan masuk bersamanya tadi? "Kenapa tanya soalan macam tu?" tanyanya kemudian.
Pelayan itu tersenyum lalu berdiri tegak. "Tak ada la. Biasanya kamu selalu datang berdua dengan kawan baik kamu. Hari ini dengan teman lelaki je? Mana kawan kamu yang seorang lagi tu? Dah lama tak datang sini," ujarnya, teringat akan gadis berwajah manis yang berambut boleh bertukar warna ikut mood.
Semakin berkerut kening Casia mendengar. Kawan? Selain Sky, dia pernah ajak orang lain ke sini ke? Dengan muka berfikir, dia memandang pelayan lelaki di depannya. "Kawan? Saya ada bawa kawan datang ke sini?" tanyanya bingung. "Seingat saya, tak pernah pulak saya ke sini dengan mana-mana kawan kecuali Sky..." ujarnya.
Pelayan lelaki itu ketawa kecil. Dia buat muka tidak percaya. "Aik... pandai bergurau pulak. Mesti la ada. Kamu berdua adalah pelanggan tetap kedai ni. Takkan la saya silap pulak... Ya, tak mengapa kalau begitu. Macam biasa ke?" tanya dia tidak mahu panjang isu ini.
Casia mengangguk kepala, memandang bingung ke arah pelayan lelaki itu.
"Baik... pesanan akan sampai sebentar lagi," pamit pelayan itu sebelum berpaling pergi.
Casia yang ditinggalkan termenung memikirkan soalan yang ditanya tadi sehingga Sky mengambil tempat di depannya tak lama kemudian.
"Dah buat pesanan?" tanya Sky semasa menyelesakan diri di kerusi.
Casia mengangguk sambil tersenyum sebelum menjawab, "Mm... sudah. Saya order macam biasa."
Sky kemudiannya tersenyum pada Casia.
Sementara itu, Casia memerhatikan sekeliling bar itu dengan lama.
Memang betul, perasaannya tidak asing dengan suasana bar ini. Tapi entah kenapa dia tidak dapat ingat apa-apa tentang kedai ini.
"Lama tak datang sini, kan..." tanya Sky apabila menyedari Casia diam melihat sekitar kedai.
Casia pun memalingkan muka ke arah Sky, semakin hairan. Apa maksudnya? "Bukan ke kita selalu datang sini?" tanyanya.
Sky menjungkit kening sambil tersenyum dalam keadaan kehairanan.
"Apa maksud awak? Nak kata selalu datang ke sini, tak adalah. Tapi kadang-kadang tu ada. Sebab saya kan sibuk..." jawab Sky dengan selamba.
Casia buat muka. Dia memandang meja di bawah tangannya. "Tapi kenapa saya rasa macam selalu datang ke sini? Dengan seseorang... bukan senior ke?" Dia memandang semula ke Sky. Kenapa dia rasa ada sesuatu yang tertinggal?
Senyuman di bibir Sky pudar. Lelaki itu senyum janggal kepada Casia apabila tersedar sesuatu. Ya, dia terlupa bahawa bar ini adalah tempat Diane dan Casia selalu lepak bersama di hujung minggu.
"Ha... yalah. Betul lah tu," tipunya. "Kita selalu datang sini sebelum jadi pasangan kekasih..." Sky mengangguk dengan sengih terpaksa.
Casia menggaru belakang kepala yang tidak gatal. Keningnya berkerut. Dia berasa pelik dan hatinya juga berasa aneh. Seperti ada yang tidak kena telah berlaku di bar ini. Sesuatu yang sangat buruk. Tapi apa dia?
"Dah lah tu... jangan difikirkan sangat. Mungkin perasaan awak tu hanyalah deja vu," Sky menepuk tangan Casia dengan perlahan untuk memujuk.
Casia memandang ke arah Sky seketika lalu tersenyum dan mengangguk. Ya... mungkin hanya deja vu sahaja... kepalanya digeleng untuk menepis segala perasaan yang mengganggu fikirannya ini.
Dia mungkin terlalu banyak berfikir.
YOU ARE READING
18. The Kingdom
FantasyJust imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampai sanggup nak sakiti dan bunuh dia and suddenly one day...semuanya berubah *************************...