Seperti ada gelombang yang menyelimuti tubuh itu, seluruh wajah, dari rambut hingga ke kulit, mengeluarkan cahaya putih. Dari cahaya tersebut, bunyi dengung lembut dapat didengar jika berada dekat dengan tubuh itu.
Jari-jemari itu erat memegang tangan tersebut, menyalurkan tenaga ke dalam badan itu.
Pada saat itu, mata yang telah terpejam sekian lama mula bergerak-gerak, ingin terbuka.
Sentuhan hangat di kepala dan tangan membuatkan dia terjaga. Dia tidak tahu kenapa, tetapi ada sesuatu yang membuatnya tersentak dari lenanya. Dengan berat, dia membuka matanya.
Tidak mengambil masa untuk memahami pandangannya, Diane memandang sekeliling dengan kening berkerut sebelum terpandang wajah itu di sebelahnya.
Orang berpakaian serba hijau lumut itu tersenyum saat memandangnya. Diane yang terkejut terus mengangkat kening. "Casia?" sebutnya dengan suara bangun tidurnya.
Sambil ketawa kecil, Casia mengangguk. "Selamat pagi, kepala tidur..." sapanya dengan senyuman lebar. Syukurlah Diane sudah sedar.
"Pukul berapa ni?" tanya Diane sambil bangun dari baringnya. Dia membawa tangannya ke leher kerana berasa janggal. Entah kenapa, rasa sakitnya sudah tiada. Sudah berapa lama dia terlantar di sini?
"12 tengah hari," jawab Casia sambil menyandarkan Diane pada bantal untuk memberi keselesaan.
Diane mengurut kepalanya perlahan sebelum melihat pakaiannya. "Dah berapa lama aku di sini?" Diane menilik jubah tidur biru langit yang ada di badannya. Kali terakhir dia ingat, dia mengenakan uniform musim sejuk yang tebal.
Casia melepaskan helaian nafas panjang sambil memandang muka Diane dengan simpati dan rasa serba salah. "Dah dua hari, tapi nak masuk tiga hari. Kau macam mana? Rasa sakit dekat mana-mana lagi ke? Sesak dada? Rasa kuasa kau hilang ke?" tanya Casia bertubi-tubi.
Diane yang mendengar buat muka rimas. Bising! Terus dia menutup mulut dengan tangannya.
"Umph!" Kening Casia terangkat tinggi lepas mulutnya ditutup. "Ummp umph?" tanya dia dari balik tangan itu.
Diane yang faham maksud bunyi itu pun menjawab dengan wajah penat. "Shhh... bising lah kau ni. Aku okay. Tak nampak ke... jadi berhenti tanya soalan." Tangan Casia diturunkan dari mulutnya sebelum dia bersandar semula ke bantal di belakangnya.
Tak peduli dengan arahan itu, Casia kembali bersuara. "Mesti la aku tanya... mana tahu kau sakit lagi ke? Kan?" Casia naik ke katil lalu duduk bersila di sisi Diane. "Sini..." Dia menggapai tangan kanan Diane dengan lembut untuk menyalurkan tenaganya agar rakannya tidak kelihatan pucat.
Diane yang masih lemah memandang penat ke arah Casia. Apa lagi kawan dia nak buat ni? Boleh tak duduk diam-diam? Penat tahu tak dia diperhatikan. Apa yang kau cuba buat ni? tanya dia perlahan, tidak larat untuk bersuara. Badannya masih perlukan masa untuk pulih. Susah betul semua ini!
Sambil tersengih, Casia memandang Diane dengan kening terangkat. "Test sebab hari ini aku ada kelas macam mana nak salurkan tenaga kepada seseorang," jawabnya.
Diane yang mendengar membulatkan mata terkejut. Apa?!
Dia cuba menarik tangannya agar tidak dipegang tetapi gagal kerana tidak cukup kuat untuk melawan tenaga orang yang lebih sihat darinya. "It's okay... aku boleh handle..."
"Shh... it's okay... aku tak apa-apa," arah Casia setelah itu, tidak menghiraukan kata-kata Diane.
Diane berkerut kening, serba salah dan tidak pasti.
Casia pula memejamkan mata, menumpukan teras kuasanya, iaitu cahaya Bulan Biru, ke tangannya. Seketika kemudian, tangannya mula bercahaya. Lalu cahaya putih itu mula menjalar di bawah kulit Diane, seakan urat belirat.
Impak dari tenaga itu, Diane melepaskan nafas lega tanpa sengaja apabila tenaga itu menjalar di seluruh badannya seperti air panas yang hangat dan menyelesakan. Rasa sakit dan lemahnya perlahan-lahan hilang.
Sambil termenung memandang tangan Casia yang bercahaya itu, dia berkata, "Kau tahu kau tak sepatutnya luangkan masa dengan aku. Kalau tak, kau sekali akan dibenci. Tak takut ke?" Diane memandang Casia dengan mata kuyu mengantuk.
Casia pun membuka mata. Dia melentokkan kepala sedikit semasa membalas renungan itu. "Urm..." jedanya seketika. "Tak apa kot. Sebab, asalkan aku tak ada kawan yang hipokrit dan cuma fikirkan diri sendiri, itu dah cukup," jawabnya.
Diane berdecit menyampah. "Pst! Yalah kau. Acah je. Bukannya semua orang hipokrit... ada je. Cakap je la yang kau malas nak cari kawan lain."
"Ahaha... tahu tak apa. Jadi jangan ditanya," balas Casia. "Kau tahu kan nak kenal orang dan faham orang ni makan masa dan tenaga. Dari aku bazirkan masa dengan orang yang belum tentu boleh jadi kawan yang baik, lebih baik fokus pada apa yang ada di depan mata dulu?"
Ada je la jawapannya. Casia ni bukan boleh dibawa bincang pun.
Malas nak balas kata-kata Casia, Diane hanya menjuling mata lalu tersengih sendiri. Nasiblah ada Casia ni. Kalau Casia tak ada, tak tahulah apa nasib dia di akademi ini.
YOU ARE READING
18. The Kingdom
FantasyJust imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampai sanggup nak sakiti dan bunuh dia and suddenly one day...semuanya berubah *************************...