THE KINGDOM 》 56

1.6K 144 0
                                    

Dalam perjalanan pulang ke asramanya, seorang diri seperti biasa, dia menyusuri laluan kecil yang diekori oleh seseorang dari belakang.

"Diane!" panggilnya dengan lantang sewaktu hampir tiba di depan orang itu.

Pemilik nama tersebut berpaling.

Tiba-tiba, dua tangan menolak tubuhnya ke dinding sebelum menekan kedua-dua belah bahunya dengan kasar. Mata Diane terkejut dan bingung.

"Jauhkan diri kau dari Senior Frost! Kau fikir kau siapa!" marah Luisa sambil menunjal bahu Diane.

Diane memandang jari yang menunjal bahunya. Kenapa pula dia ini? Ingatkan sudah lupa, rupanya tidak. Alahai, penat! Tak boleh ke semua orang sibukkan hal masing-masing dan tak peduli kewujudannya di sini?

"Kau dah kenapa?" Dia tampar tangan Luisa yang kurang ajar itu.

Luisa menolak bahu Diane dan menunjuk jari di depan hidungnya dengan marah. "Hei! Perempuan jalang! Kau dengar elok-elok ya. Aku nak kau jauhkan diri dari Senior Frost. Jangan kau menggatal dekati dia. Sedar sikit diri kau tu siapa! Berani kau dekati dia, eh?" marahnya sehabis mungkin.

Diane menepis tangan yang berada di depan mukanya sebelum menolak bahu Luisa ke belakang. Amboi! Sedap betul mulut mencacinya. Tak sayang mulut tu ke?

Terundur Luisa, tidak menyangka Diane akan melawan.

"Hei! Kau ingat aku peduli ke! Pergi lantaklah aku nak dengan siapa. Kau tu siapa nak halang? Untuk pengetahuan kau, bukan aku yang nak dekat dengan Frost, tapi dia sendiri yang cari aku. Kalau kau sangat sayangkan dia, jaga dia. Jangan bagi dia dekati aku. Suka hati panggil aku jalang. Habis kau tu, dasar mulut longkang tak fikir pulak! Arah-arah aku untuk jauhkan diri konon!" Diane pula yang menunjal bahu Luisa.

Bengang dengan tindakan Diane, Luisa mengetap gigi sambil menjegilkan matanya ke arah Diane.

"Berani kau ya! Memang nak kena kan dasar perempuan tak guna!" Luisa mengangkat tangan yang sudah mengeluarkan cahaya hitam di tapak tangannya. "Rasakan!" lalu melemparkannya ke arah Diane.

Pada masa itu, angin bertiup lembut di depan Diane. Lalu muncul satu susuk lampai berdiri di hadapnya.

Bebola cahaya hitam yang dilemparkan oleh Luisa mengenai belakang badan orang itu.

Diane dan Luisa sama-sama membulatkan mata melihat orang yang berdiri di antara mereka.

Luisa menekup mulutnya menahan nafas terkejut.

Diane pula memandang dengan mata terbuka luas apabila melihat Kaiser muncul secara tiba-tiba di hadapnya untuk menerima serangan tadi. Macam mana Kaiser boleh tahu dia ada di sini?

Luisa terpempan.

"Siapa kau hah!" tanya Luisa tergagap-gagap kepada lelaki berambut perang coklat tersisir rapi. Dahi yang luas dan menarik, serta sepasang mata tajam itu membuatkan dia terpaku.

Kaiser mengangkat tangan bersarung kulit hitam. "Kau memang ada masalah, ya? Diane kacau kau ke sampai kau nak sakiti dia tanpa henti?" soalnya sambil menarik strap sarung tangan.

Luisa menelan air liur, takut. Matanya melirik ke Diane yang berdiri di belakang lelaki berkuasa gelap dan menakutkan itu. "Bukan urusan kau untuk tahu. Ini hal aku dengan Diane," jawabnya.

Masalahnya, keselamatan Diane adalah keutamaan dia sekarang. "Aku paling benci orang yang salah guna kuasa untuk kepentingan diri sendiri dan tindas orang yang tak bersalah seperti kau," kata Kaiser lagi setelah menanggalkan sarung tangannya.

Mata Luisa naik turun meneliti Kaiser dengan cemas. "Apa kau nak buat hah!" tanyanya sambil mengundur ke belakang.

Menggunakan tangan kanan yang tidak bersarung, Kaiser mengangkat tangan lalu menekan tapak tangannya ke arah Luisa. "Bagi kau rasa apa yang orang lain rasa bila kau sakiti mereka dengan kuasa kau tu..." sebutnya sebelum empat dinding pentagram muncul di sekeliling Luisa.

Diane terkejut dan menerpa belakang Kaiser, memeluk lengannya agar dia menurunkan tangan. "Kaiser, hentikannya! Apa kau cuba buat ni!" tegah Diane dengan cemas.

Luisa memandang kanan dan kirinya dengan ketakutan apabila gelombang berdengung mula bergetar di sekeliling badannya dan kepalanya berasa pening.

Kaiser tidak pedulikan Diane dan meneruskan tindakan untuk memberi pengajaran pada Luisa. Berani betul perempuan itu sentuh Diane! Tiada siapa boleh sakiti Diane selagi dia ada di sini!

"Reducto!" sebut Kaiser sebelum empat dinding pentagram itu menghimpit Luisa lalu meledakkan cahaya terang.

Ledakan itu diikuti dengan jeritan Luisa yang sesaat kemudian hilang.

Lorong itu sunyi sepi, serpihan cahaya terbang di udara. Kelibat Luisa tidak kelihatan lagi, meninggalkan Diane dalam keadaan terpinga-pinga dan bingung.

Dengan renungan marah, Kaiser berpusing menghadap Diane. Dia tidak peduli apa yang Diane akan katakan. Dia tahu apa yang dilakukannya tidak salah. Yang salah adalah Luisa yang mencari pasal. "Tak boleh ke kau pertahankan diri? Perlu ke kau serahkan diri untuk dilukakan orang?" tanya dia dengan ketapan gigi.

Diane memandang Kaiser dengan perlahan, lalu menatap lelaki itu. "Apa kau dah buat pada Luisa?" tanyanya sambil menggenggam kolar kot akademi Kaiser. "Hah! Apa kau dah buat!" teriaknya.

Tanpa menjawab, Kaiser menarik tangan Diane dan membawa gadis itu beredar dari situ.

Baru sahaja mereka bergerak, Kaiser tiba-tiba jatuh melutut.

"Kaiser!" panggilnya.

Sambil memegang dadanya, Kaiser memejam mata erat-erat menahan sakit yang datang. Kuasa Luisa memberi kesan padanya. "Uhuk-uhuk!" batuknya disertai darah yang keluar dari mulut.

Diane segera terduduk di sebelah Kaiser, memeluk belakangnya dan tunduk memeriksa keadaan lelaki itu. "Ya Tuhan...Kaiser, kau cedera..." sebutnya dengan wajah penuh kengerian apabila melihat darah merah kehitaman keluar dari mulutnya.

"Kita kena ke bilik rawatan sekarang," katanya sambil menyokong Kaiser untuk bangun.

"Tak..." Kaiser menggeleng.

"Apa? Kau gila ke! Kau kena kuasa api hitam. Benda ini berbahaya untuk badan. Kalau tak dirawat, kau boleh mati..." bebel Diane.

"Jangan... kuasa dia orang tak boleh sembuhkan orang macam aku. Hanya orang yang mempunyai teras yang sama seperti aku boleh sentuh aku..." jelas Kaiser dengan susah payah.

Diane memandang muka pucat dan basah dengan peluh dingin Kaiser. "Dah tu... kau nak aku buat apa ni?" tanya dia. Memang apa teras yang dimiliki Kaiser?

18. The KingdomWhere stories live. Discover now