Di suatu hujung minggu yang indah, Diane keluar bersama Kaiser ke pekan untuk menghiburkan diri. Mereka berdua menggunakan masa yang ada sepanjang hari itu untuk menjelajahi setiap lokasi biasa yang Diane lawati ketika bersama Casia dulu.
Banyaknya Diane yang ke sana ke mari. Kaiser cuma menemani gadis itu. Dia hanya mengikuti kehendak Diane sepanjang hari mereka keluar. Diane ingin ini, Kaiser ikutkan; Diane ingin lakukan itu dan ini, Kaiser turutkan.
Ada juga masa ketika Kaiser cuba melarikan diri kerana sudah sampai limitnya, tetapi Diane menghalang pergerakan Kaiser sepanjang masa itu. Seboleh-bolehnya, dia tidak mahu Kaiser ke mana-mana selain menemani dia di sisi.
Tibalah waktu malam, Kaiser menjadi mangsa nafsu Diane. Mereka berdua singgah di bar kegemaran Diane. Hampir jam 2 pagi, barulah mereka beransur keluar dari bar tersebut dan pulang ke akademi.
Setelah muncul secara tiba-tiba di depan pintu masuk akademi bersama Kaiser, Diane menyanyi girang di depan, meninggalkan Kaiser yang kepenatan di belakang.
“Diane... slow sikit. Aku dah tak larat nak berjalan ni...” panggil Kaiser dari belakang. Sumpah, kaki dia sudah lenguh sangat!
Diane pun berpaling, sambil berjalan mengundur ke belakang, dia memandang Kaiser. “Apa la... jalan sikit pun dah penat. Bukannya jauh mana kita berjalan," ujarnya.
Kaiser mencekak pinggang setelah berhenti dari berjalan. Dia memandang Diane dengan kening berkerut. “Apa kau kata? Tak jauh mana? Hello... dari siang sampai ke pagi, kau heret aku ke sana sini macam tak cukup tanah berjalan tanpa henti, kau kata tak jauh mana?” soal dia dengan nada tidak percaya.
Diane yang mendengar ketawa. Berasa kasihan, dia pun bergerak ke arah Kaiser untuk berjalan bersama. “Hahaha... itu pun nak merungut... sini, aku pimpin,” katanya.
Namun, ketika Diane hendak mendekati Kaiser, satu lembaga hitam muncul tiba-tiba di belakang lelaki itu lalu menghentak tengkuk Kaiser dengan kuat, menyebabkan dia rebah ke bawah tidak sedarkan diri.
Diane yang melihat terus bungkam sebelum menjerit nama Kaiser dengan kuat. Dia cuba mendapatkan Kaiser saat lelaki itu terbaring, namun lembaga hitam tadi menyusup laju di depannya dan satu tamparan hinggap di pipi kanannya hingga membuatkan dia terduduk di atas tanah dalam sekelip mata.
“Seronok dating?” tegur satu suara ketika tangan lembaga berkelubung di depan Diane menyelak hood dari kepalanya, mendedahkan wajahnya. Di bawah cahaya terang bulan, muka jahat Luisa terpampang dengan jelas. “Sekarang masa untuk aku pulak yang berseronok,” ujar Luisa sebelum tunduk mencekau kolar baju Diane. Dia mengheret gadis itu dengan mudah menggunakan kuasanya.
“Apa yang kau buat ni, Luisa?” tanya Diane sambil memegang lengan Luisa ketika dia diheret ke arah Kaiser.
Luisa tunduk mencapai kot Kaiser setelah sampai kepada lelaki itu. Dia mengangkat lelaki itu dengan sebelah tangan seolah berat mereka berdua tidak memberi kesan padanya. Setelah itu, dia tunduk memandang Diane. “Kalau macam tu, boleh kita pergi sekarang?” tanya Luisa dengan sengih jahat.
Diane menahan nafas terkejut, dia bergerak hendak melawan, namun tidak sempat berbuat demikian apabila mereka bertiga lenyap secara tiba-tiba dan muncul di tengah sebuah hutan jauh dari perhatian orang.
Srett!
Srett!
Srett!
Bunyi seretan di atas permukaan daun kering dan ranting kedengaran ketika dua tubuh itu bergesel dengan tanah dan daun kering. Seorang tidak sedarkan diri, dan seorang lagi sedang bergelut hendak melepaskan diri.
“Luisa, hentikan semua ini. Lepaskan Kaiser, dia tidak terlibat dalam hal ini... kau ambil aku sahaja...” pinta Diane saat mendongak memandang gadis bertubuh kurus yang mempunyai tenaga luar biasa di atasnya.
“Tak semudah itu, sayang...” bisik Luisa dengan gemersik. “Aku perlukan dia untuk seksa kau... aku nak kau tengok sendiri apa rasanya bila melihat orang yang kau sayang mati perlahan-lahan di depan mata kau...” heret Luisa yang semakin jauh masuk ke dalam hutan.
Langit masih gelap, suasana pula hening dan menyeramkan. Bunyi haiwan hutan jelas kedengaran. Embun malam membasahi pakaian Diane dan Kaiser yang diheret itu.
“Kenapa kau buat semua ini... adakah semua ini disebabkan dendam kau atau apa yang ayah aku telah lakukan?” kaki Diane bergerak-gerak hendak melepaskan diri. Dia boleh menggunakan kuasanya tetapi Kaiser ada dengan Luisa dan dia tidak boleh membiarkan sesiapa terluka.
“Ahaha... lebih dari itu, Diane. Kau tak tahu apa yang aku nak lakukan dekat kau...” ketawa Luisa sambil mengheret dua orang itu ke lokasi yang telah disediakan untuk upacara istimewanya.
YOU ARE READING
18. The Kingdom
FantasíaJust imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampai sanggup nak sakiti dan bunuh dia and suddenly one day...semuanya berubah *************************...