Sesaat kemudian, lantai batu di bawah mereka berubah menjadi karpet apabila Kaiser secara tiba-tiba teleportasi mereka ke bilik tidur lelaki itu.
"Dekat mana ni?" tanya Diane tanpa melepaskan pelukannya daripada badan Kaiser.
"Bilik aku," jawab Kaiser dengan kepala terlentok di ceruk leher Diane.
Dengan kudrat yang ada, tubuh lampai itu kemudian didukung Diane naik ke atas katil.
"Urgh!!" rungut Diane kerana berat Kaiser sungguh membuatkan dia penat. "Tulang ke batu badan ni dibuat?"
Kaiser terbaring di atas katil itu dengan mata terpejam rapat menahan sakit. Sakit yang dirasainya seakan ada beribu-ribu bilah mata pedang menusuk sekitar dada dan jantungnya memandangkan serangan tadi mengenai betul-betul dekat belakang badannya.
Diane duduk di sebelah badan Kaiser setelah itu. Dia menyinsing lengan baju kemejanya ke siku sebelum menanggalkan kot Kaiser dari tubuhnya. "Beritahu aku... macam mana kau boleh tahu aku dalam masalah?" tanya Diane sambil melakukan itu.
Kaiser berkerut kening sebelum mengerang kesakitan. Dia cuba membuka mata, tetapi sakit yang dirasainya menghalangnya daripada berbuat begitu.
Diane yang mendengar semakin risau. Dia mengiringkan belakang Kaiser saat kot itu ditarik jauh dari tubuhnya. Dia kemudiannya membuka butang baju Kaiser untuk memeriksa sejauh mana serangan Luisa pada lelaki itu.
Saat jari itu hendak membuka butang terakhir, tangan Kaiser naik lalu memegang erat jari jemari Diane. "Apa yang kau cuba lakukan ni?" tanya Kaiser dengan wajah yang sudah berkerut seribu menahan kesakitan.
Diane memandang tidak percaya kepada Kaiser. "Selamatkan kau la, kepala batu!" sebutnya. Kemeja itu dibukanya tanpa rasa segan atau malu. "Takkanlah aku nak tinggalkan kau dalam kesakitan macam ni?" Namun, Diane terdiam seketika apabila melihat tanda lahir seakan tatu pada tulang selangka Kaiser. Keningnya berkerut bingung.
"Kau tahu apa kau kena buat ni?" soal Kaiser semasa mengeluarkan tangan dari kemeja.
Diane memandang Kaiser buat seketika sebelum meniarapkan badan Kaiser. "Tahu la..." jawabnya dengan muka tertanya-tanya. Bukan ke ini tanda Puak Kristal Biru?
Dia sangkakan hanya dia seorang saja yang mempunyai tanda lahir seperti ini.
Tapi kenapa Kaiser pun ada tanda ini juga?
Satu bulatan sebesar kepalan penumbuk berada tepat di tengah tulang belakang Kaiser selepas lelaki itu meniarap. Ia kelihatan biru dan kehitaman.
"Kau baring meniarap," arah Diane selepas itu.
Kaiser menurut tanpa berkata apa-apa. Sebaik saja dia meniarap, Kaiser menggenggam erat bantal di bawah kepalanya, menahan sakit yang tidak pernah dirasainya selama hidup. Kerana dia jarang terlibat dengan pergaduhan dan perlawanan. Apatah lagi terkena kuasa gelap api hitam ini!
Diane menyelak anak rambut yang jatuh menutupi matanya ke belakang telinga saat tunduk menyentuh bulatan itu. Kaiser cakap hanya orang yang mempunyai teras yang sama saja boleh sentuh lelaki ini. "Hei... Kaiser. Aku nak tanya kau sesuatu," soalnya.
Kaiser melepaskan keluhan. "Serius sekarang juga kau nak tanya?" balasnya dengan nada tidak percaya.
"Penting okay, bukan saja-saja," tegas Diane sambil memandang tepi muka Kaiser yang sedang meniarap itu.
"Apa dia soalannya?" tanya Kaiser, mengalah. Dia tidak kuasa nak bercakap banyak dalam keadaan sakit macam ini.
"Memandangkan kau tak nak pergi ke bilik rawatan, maka pilihan kau hanya aku. Tak apa ke kalau aku salurkan kuasa aku pada kau?" Jangan cakap yang mereka berdua sama teras. Kalaupun ya, itu bermakna mereka berdua berasal dari puak yang sama.
Puak di mana ayahnya berasal.
"Ya... tak apa," rengus Kaiser dengan nafas naik turun menahan sakit.
Kening Diane terangkat tinggi kerana terkejut. "Tapi kan kau kata—"
"Shut the f*ck up, can you! Tolong aku... soalan kemudian," marah Kaiser yang sudah hilang sabar dengan sikap suka bertanya Diane ini.
Diane buat muka. Tanya pun nak marah. Tanpa berkata apa-apa lagi, dia bersila di sebelah badan Kaiser. Tangan kanannya melekap pada bulatan itu seketika sebelum cahaya biru keluar dari tapak tangannya. Matanya kemudian dipejam rapat. Mahu tumpukan teras dalam badan dia supaya dialirkan ke badan Kaiser.
Kaiser mengetap gigi, urat-urat timbul di permukaan tangan dan dahi gara-gara menahan rasa sakit itu. Diane yang melihat fokus menumpukan kuasanya untuk menghilangkan kesan sihir hitam Luisa dari Kaiser. Sekiranya dia tidak berbuat begitu, nyawa Kaiser dalam bahaya.
Diane sebelum menekan tapak tangannya ke bulatan itu, menyebabkan Kaiser menekup muka ke bantal dan menjerit sekuat hati.
Diane yang memberi rawatan itu sudah pucat kerana dia tidak pernah menggunakan kuasanya sebanyak ini kerana tubuh lelaki ini memerlukan tenaga yang banyak untuk sembuh.
Selepas beberapa ketika, proses itu tamat dan Kaiser pun tidak sedarkan diri kerana letih dengan kesakitan yang dirasai sepanjang proses itu.
Diane melepaskan keluhan sebelum terbaring di sebelah lelaki itu dalam keadaan terlentang. Bunyi degupan jantungnya boleh dirasai dalam kepalanya kerana penat mengeluarkan teras kuasanya dengan tekanan yang sangat besar.
Nanti lepas semua ini selesai, dia akan tanya Kaiser beberapa soalan untuk menjelaskan siapa lelaki ini yang sebenarnya.
YOU ARE READING
18. The Kingdom
FantasiJust imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampai sanggup nak sakiti dan bunuh dia and suddenly one day...semuanya berubah *************************...