THE KINGDOM 》77

1.6K 149 4
                                    

Wajah pucat dan tangan berbalut itu dipandang lama dengan perasaan berat dan rasa bersalah. Sudah dua hari orang itu terlantar tidak sedarkan diri.

Termasuklah seorang lagi. Perlahan-lahan jari jemari runcing itu digenggam. Menyalurkan tenaga yang ada dalam terasnya untuk kesembuhan orang ini.

"Nampaknya lelaki ini penting bagi kamu?" tanya seseorang dengan tiba-tiba dari belakang.

Diane tidak berpaling. Dia tahu siapa empunya suara itu. Malah, dia hanya diam memandang wajah Frost dengan kening yang berkerut. Hatinya dirundung pilu, sakit, dan sendu. Melihat orang yang dia sayang dan cintai terluka gara-garanya membuatkan Diane berfikir, adakah dia tidak layak untuk merasa bahagia atau bersama sesiapa?

Doktor Abiel berdiri di sebelah Diane setelah tegurannya tidak dibalas. Dia memandang tangan Diane yang sedang mencengkam jari jemari runcing itu dengan senyuman nipis.

"Ya. Dia penting bagi saya. Sampaikan saya rasa, saya tak layak untuknya..." balas Diane perlahan semasa mengeratkan genggaman pada tangan Frost.

Doktor Abiel memegang bahu Diane, mengurut lembut untuk melegakan perasaan gadis itu.

"Saya tahu saya tak berhak meminta perkara ini daripada kamu, Diane... tetapi kalau boleh, maafkanlah apa yang Luisa telah lakukan kepada kamu," minta Abiel setelah itu.

Senyuman nipis terukir di bibir Diane. Gadis itu tunduk memandang tangan Frost. Putih dan bersih. Dan dia harap dapat terus memegang tangan ini sampai bila-bila.

Tetapi tidak. Diane tahu, selepas apa yang menimpa dirinya, dia tidak mahu Frost meletakkan diri dalam bahaya kerana dirinya. Untuk itu, dia akan lepaskan Frost dengan rela yang terpaksa.

"Tiada apa-apa yang patut doktor rasa serba salah kan... sudah memang begini nasib saya sejak azali lagi. Kelahiran terlarang hanyalah satu nasib malang bagi orang seperti saya. Bukan membawa kebaikan tetapi hanya keburukan. Sehingga ibu kandung saya sendiri sanggup meninggalkan saya dalam dunia yang kejam ini..." luah Diane dengan nada suara sebak.

Abiel yang mendengar terkesima, terasa dengan kata-kata Diane. Jelas-jelas wajah mendung Diane menunjukkan bahawa dia benar-benar terluka.

"Diane... kenapa kamu berkata begitu? Kamu sendiri tahu yang kamu-"

Diane bangun dari duduknya dengan cepat. Tidak mahu mendengar apa-apa lagi dari Abiel. Sebab dia sudah tahu semuanya. Jika dia mendengar sendiri dari mulut Abiel, ianya ibarat menabur garam di atas luka yang sedang berdarah.

Sakit yang jerih!

Abiel tersentak sendiri, dia menutup bibirnya bila Diane bangun mendadak seakan marah.

Setelah berdiri, Diane menghadap Abiel dengan senyuman terpaksa di bibir. Dia memandang wajah Abiel yang selama ini dia anggap sebagai angel dalam hidupnya. Tak disangka lain pula ceritanya! Rasa sebu dan sedih mulai menerpa. Matanya pula terasa hangat.

"Jangan..." tegahnya sambil menggeleng kepala perlahan-lahan. Betapa sedihnya dia sekarang! "Tolong jangan katakan apa-apa lagi tentang saya. Saya tak nak dengar. Doktor tak perlu jelaskan kepada saya... sebab saya sudah tahu semuanya," luah Diane dengan linangan air mata di pipi. Namun dia sempat lagi tersenyum pada Abiel. Sakit itu memang sakit. Tapi nak buat macam mana, benda sudah terjadi. Bukannya dia boleh kembali kepada asal jika dia marah dan hamun Abiel.

Abiel cuba mendekati Diane, namun Diane menjarakkan diri. Gadis itu memandang tangan Abiel sambil menggeleng kepala tidak mahu.

"Diane..." sebut Abiel terketar-ketar sambil angkat tangan mahu memegang Diane. "Maafkan... ibu," lafaz Abiel dengan sebak. Keningnya berkerut-kerut sedih. "Ibu tak pernah terlintas ingin meninggalkan kamu dan biarkan kamu hidup terseksa macam ini..." akhirnya terluah juga apa yang dia simpan selama ini.

Semakin lebat air mata jatuh ke pipi Diane sebaik mendengar perkataan itu keluar dari bibir Abiel. Rasa sesak dan sakit seperti dihempap membuatkan deru nafasnya tidak menentu.

Diane menggeleng kepala sambil membuat muka merayu menangis. Bukan salah sesiapa. Semua ini salah dia kerana lahir ke dunia ini sudah membawa bala kepada semua orang di sekelilingnya termasuk ibu dan ayahnya sendiri.

"Tolong jangan... jangan minta maaf..." geleng Diane. "Saya merayu... jangan minta maaf lagi..." minta Diane dengan bersungguh. Air mata jatuh mengalir ke bawah dagu sebelum menitik ke lantai.

Abiel mencebik sebelum menangis. Dia cuba mendekati Diane namun Diane menolaknya jauh.

"Diane... jangan macam ini. Ibu tahu ibu salah... maafkan ibu. Ibu betul-betul menyesal. Semuanya kerana kepentingan ibu... maafkan ibu," rayu Abiel dengan terdesak yang amat sambil mencapai tangan Diane namun Diane menarik kasar tangan itu jauh darinya.

"Cukup! Saya cakap cukup! Berhenti sebut perkataan itu... berhenti!!!" Diane menekup telinganya. "Hentikan semua yang doktor cuba katakan... sebab saya tak nak dengar satu pun. Jadi tolonglah berhenti. Biarkan keadaan macam ini... jangan panjangkan!" nangis Diane dengan marah.

Abiel menangis sebak, dia memegang tangannya sendiri, sejuk dan menggeletar kerana begitu terkejut dengan reaksi Diane yang kelihatan marah dan benci!

18. The KingdomWhere stories live. Discover now