Sambil bernyanyi kecil, tangannya menggentel hujung rambut yang ditoncang ke kanan. Setelah selesai berehat, langkahnya diatur pula untuk ke kelas seni ilmu pertahanan hitam. Sambil berjalan, dia sempat juga mengerling sekelilingnya. Dia hanya ingin memerhatikan pelajar lain yang ada di situ.Semuanya ada kawan dan pasangan masing-masing.
Mereka siap ketawa girang sambil berborak.
Sementara dia?
Loner tak ke sudahnya.
"Diane!" panggil seseorang dari arah belakang dengan lantang.
Diane yang mendengar pun menoleh. Bersemangat betul suara itu! Seronok sangat ke panggil nama dia? Setelah berpaling, Diane melihat Frost sedang berjogging ke arahnya sambil memegang satu botol minuman. Ianya terisi dengan cecair kuning jingga. Mungkin jus oren.
Macam tahu-tahu je Frost ini.
Lelaki ini mesti muncul semasa dia sedang bersedih atau susah hati.
Angel dia ke?
"Hai... apa yang buat awak ke sini?" tanya Diane sebaik sahaja Frost tiba di tempatnya berdiri dengan wajah ceria. Dia suka berjumpa dengan lelaki ini lagi sejak kejadian di rumah hijau tempoh hari.
Frost tersenyum tampan. Dia tunduk sekejap semasa mengangkat tangan yang memegang botol kaca itu, kemudiannya menyua botol tersebut kepada Diane. "Nah. Ambil la. Ianya untuk awak."
Diane memandang botol itu dengan kening terangkat, terkejut. Untuk dia? Seorang lelaki memberikan sesuatu? Untuk pertama kalinya? Serius? Dia mimpi apa? "Oh... okay. Terima kasih," ucap Diane lalu mengambil botol itu dari tangan Frost. "Buat susah awak je," katanya sambil menarik senyuman nipis.
Baik sungguh Frost terhadapnya. Rasa tersentuh pun ada.
"Tak ada apa-apa la. Benda kecil je. Awak ada kelas lagi ke lepas ni?" tanya Frost.
Kenapa? Nak ajak dating ke? "Ha'ah... kenapa?" balas Diane sambil menggigit bawah bibir, ingin tahu sambil memandang Frost dengan segan.
Frost tersenyum sambil mengerutkan hidung lalu menggeleng kepala. Dengan bersahaja, dia mengangkat tangan dan mengusap kepala Diane dengan lembut. "Saja tanya. Kalau macam tu, jumpa awak lagi. Jangan lupa minum jus tu nanti, ya..."
Kalau dia coklat, lama dah cair dekat sini jugak. Kenapa sweet sangat Frost ini? Alah... dia tak boleh la. "Ahaha... ya... terima kasih sekali lagi," ujar Diane.
"Bye..." lambai Frost sambil berjalan ke arah dia muncul tadi.
Diane mengangguk lalu melambai ke arah Frost. Dia memerhatikan langkah Frost sehingga lelaki itu tidak lagi kelihatan. Dengan hati yang gembira dan bibir tersenyum, langkahnya terasa ringan buat pertama kali dalam beberapa bulan ini. Dia amat menyukai perasaan yang sedang dirasai sekarang. Barulah Diane kembali menyambung perjalanan hingga tiba di kelas.
Nampaknya bukan semuanya teruk... kan?
Setibanya di dalam kelas, seperti biasa, pelajar-pelajar dalam kelas itu sibuk dengan hal masing-masing sewaktu Diane tiba. Mereka langsung tidak menghiraukannya, malah hanya sibuk dengan perbualan dan hal-hal masing-masing.
Diane yang terbiasa dengan layanan dingin itu mengambil tempat di kerusinya. Botol berisi jus oren tadi diletakkan di hujung meja. Sewaktu dia tunduk mengambil sandang yang berada di lantai bawah mejanya, niatnya mahu mengambil buku dari beg. Sekali, selepas dia duduk tegak kembali dan meraba meja untuk mendapatkan jus orennya, botol itu telah tiada.
Dia ingatkan botol kaca itu jatuh ke bawah, jadi Diane memandang ke tempat dia meletakkan botol itu tadi dan ke bawah mejanya beberapa kali dengan cemas. Tapi, langsung tidak ada kelibat botol kaca itu. Ajaib sungguh! Macam mana boleh hilang? Diane garu belakang kepalanya dengan kening berkerut bingung. Mana pulak benda alah tu?
"Wah... sedapnya. Bagai bulan jatuh ke riba betul la. Macam tahu-tahu je aku dahaga," komen suara itu tiba-tiba.
Tersentak mendengar, Diane palingkan kepalanya ke sisi kanan mejanya dan melihat rakan sekelas lelakinya sedang meneguk minuman dari botol kaca berisi jus orennya tadi. "Hei! Itu aku punya la!" katakan sambil bangun dari kerusi.
Pelajar lelaki itu menarik sengih meleret sambil mengerling ke Diane. "Terima kasih untuk jus orennya," ujarnya setelah itu.
Kening Diane mencerlung tak puas hati, suka hati je! Itu Frost yang berikan kepada dia. Orang lain pulak yang tolong rasmikan dulu! Tak guna! "Apa ni!" Dia cuba hendak mengambil botol itu, tapi tak sempat, tiba-tiba botol itu terlepas dari pegangan pelajar lelaki tersebut.
PRANG!
Berderai botol kaca itu sebaik ia menyentuh permukaan lantai kelas. Diane melompat terkejut dengan kejadian itu. Matanya terpejam sekejap lalu terbuka semula, hanya untuk disapa dengan pemandangan pelajar lelaki tadi terbaring menggelupur dengan buih putih di mulut dekat atas lantai.
Mata Diane terbuka luas. Sumpah! Dia terkejut sangat! Dah kenapa pulak ni! Tadi elok je! Nafasnya tertahan di kerongkong sebab tergamam melihat muka pelajar lelaki itu mulai keunguan, seolah-olah sedang dicekik.
"Kyaaaa!!!!!" teriak pelajar perempuan dalam kelas itu dengan hysteria setelah pelajar lelaki itu mula menggelupur dengan dasyat di sebelah mejanya.
Ketika itu, baru semua yang ada dalam kelas bangun dan memandang Diane.
"Apa yang kau dah buat ni, Diane!" jerit mereka dengan cemas.
"Kenapa dengan dia? Kau buat apa dekat dia?" tanya mereka sambil mendapatkan pelajar lelaki di lantai itu dengan cemas.
Kening Diane berkerut, dia menggeleng kepala tak tahu dengan muka terkejutnya ke arah rakan sekelasnya itu. Mana la dia tahu! Tiba-tiba je budak lelaki ini rebah menggelupur macam ni!
"Bawa dia ke bilik rawatan sekarang!" arah seorang dari mereka, sementara yang lain palingkan kepala ke Diane dan mula menunding jari menyalahkan dia.
Dasar pembunuh! Sampai bila-bila kau seorang pembunuh! "Kalau sesuatu terjadi pada dia! Mati kau, Diane, kita orang kerjakan!"
Diane tunduk memandang air yang tumpah di atas lantai itu dengan muka dumbfounded. Jus itu Frost yang berikan kepadanya untuk diminum bersama. Jika pelajar lelaki tadi rebah kerana minum minuman ini, itu bermakna-
"Tunggu apa lagi! Bawa perempuan sial ini ke pejabat master sekarang!" gasak mereka yang berebut mahu mengheret Diane keluar dari situ. Keadaan haru biru tempat itu dek asakan tersebut. Diane yang tersekat dekat celah mereka terpaksa menurut dalam keadaan terkebil-kebil. Dah macam rusuhan pun ada.
Keadaan kecoh itu perlahan-lahan surut menjadi tenang semula apabila semua yang ada di dalam kelas itu keluar membawa Diane menghadap master untuk disoal siasat.
Kecuali seorang.
Kaiser yang duduk mendiam sejak tadi telah menyaksikan segalanya dari awal. Sejak dia masuk ke kelas hingga pelajar lelaki tadi rebah tiba-tiba. Dia kemudian bangun dari kerusi dan mendekati botol kaca yang terbelah dua itu.
Bercangkung di situ, Kaiser memegang belah kaca yang terbelah itu dan menghidu sekejap objek tersebut sehingga satu haruman aneh dari sisa minuman pada botol itu dapat dikesan olehnya.
Menyedari apa yang sedang berlaku, Kaiser mengangkat kepala memandang pintu kelas dengan kening mencerun. "Menyusahkan betul la!" gerutunya sambil bangun dari duduknya, lalu mencekak pinggang dengan kebengangan. Dia berasa kesal dengan apa yang sedang berlaku. Bukan ini tujuan dia datang ke sini!
YOU ARE READING
18. The Kingdom
FantasyJust imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampai sanggup nak sakiti dan bunuh dia and suddenly one day...semuanya berubah *************************...