THE KINGDOM 》74

1.5K 140 0
                                    

Berasa awas dengan kemunculan penyerangnya, Luisa pandang sekeliling hutan itu dengan liar. "Jangan kau berani dekat! Aku tahu kau ada dekat sini."dia beri tekanan ke leher Diane lepas matanya ternampak bayang hitam di depan mereka berdua. Lalu diikuit dengan sepasang mata bersinar terang dalam gelap berwarna merah keorenan.

Diane yang bersandar depan Luisa jugak Nampak perkara yang sama. Malam tu sejuk tapi mereka dapat rasakan sekitar mereka itu seakan panas yang membahang. Sampaikan peluh merintik dekat dahi dengan leher pun mereka tak perasan. Dan perasaan panas itu semakin menjadi-jadi bila kelibat itu semakin mendekat.

Seseorang bertubuh lampai, tinggi dan berpakaian serba hitam mula bergerak menghampiri unggun api itu sebelum menonjolkan diri sepenuhnya kepada Diane dan Luisa di situ dengan postur yakin dan tenangnya.

Luisa yang sedar siapakah orang itu terundur ke belakang kerana taken back dengan kehadiran orang itu.

Sementara Diane, bersama nafas tertahan di tekak, keningnya terangkat tinggi taktala melihat

Frost berdiri di situ memandang mereka berdua dengan sepasang mata berwarna merah terang dalam gelap seperti raksasa. Dia memandang tangan Luisa yang memeluk sekeliling bahu Diane buat seketika. "Aku minta kau elok-elok Luisa...lepaskan Diane."arahnya dengan suara gemersik yang mendatar.

Sesiapa yang dengar boleh rasa meremang. Ini kan lagi Diane yang sedia ketakutan itu, semakin takut bila merasakan aura kuat dari Frost di depannya. Buatkan kaki dia menggeletar kuat tak larat nak berdiri.

"Asal kalau saya tak lepaskan dia, apa yang awak nak buat?"tanya Luisa sebelum Tarik sengih jahat mencabar dia pada Frost.

Frost berdiri dekat situ tidak bergerak, Wajah dingin tanpa ekspresinya jelas-jelas beritahu yang dia tiada mood untuk bertoleransi atau bergurau senda pada saat macam ni. "Kau nak tahu?"tanya dia. "Hapuskan kau dari muka bumi ni...once for all..parasite seperti kau ni tak layak untuk hidup lama dekat sini apalagi bernafas menggunakan Udara yang sama"selorohnya dengan mendatar.

Luisa senyum pahit, nampak sangat lelaki ini tiada sedikit pun perasaan suka terhadapnya. Sedangkan dia mencintai lelaki ini sepenuh hatinya. Fine...ambik la kalau nak! "Kau nak sangat kan perempuan ni kan...nah...ambik la.."dia kemudiannya tolak Diane ke arah Frost.

Tanpa berlengah Frost berlari maju ke depan mahu mendapatkan Diane. Pada masa yang sama, Luisa turut mengangkat pisau itu lalu di lemparkan ke belakang Diane. Padu dan laju pisau itu melayah lantas tepat mengenai belakang badan itu.

Luisa yang lihat termangu dengan mata terbutang luas!

Diane yang berada dalam pelukan itu kaku apabila Frost berdiri di depannya. Dia yang tidak tahu akan serangan pisau Luisa tadi tak perasan yang pisau itu sudahpun tertusuk di belakang badan Frost semasa lelaki tu menjadikan badannya sendiri sebagai perisai Diane sebentar tadi.

Perlahan-lahan Frost pun rebah ke bawah kerana kecederaan itu.

Diane yang tidak kuat hendak menyokong tubuh itu turut terduduk di atas tanah sambil memeluk tubuh itu.

"Frost....kenapa ni?"tanya Diane sebelum perasan ada sesuatu yang panas dan basah berada di tangannya. Bila dia bawa tangannya ke depan muka, dia melihat tangannya dalam kegelapan itu basah dengan sesuatu yang pekat dan hangat.

Darah!?

Tersentak dengan apa yang di lihat, Diane memandang wajah Frost yang sedang dipangkunya dengan mata terbutang kaku. "Tak...please No...Frost....kenapa.."ratap dia dengan penuh hysteria. Jangan..tolong. Dia tak sanggup kehilangan sesiapa. Lagi-lagi Frost. "Awak."nangisnya sambil pegang muka tu dengan tangan yang kotor dengan darah.

Luisa yang lihat terpinga-pinga. Tidak tahu hendak buat apa.

Frost bernafas naik turun dengan susah payah.

"Maafkan saya.Frost."rintih Diane sewaktu memeluk kepala Frost. Tidak lama selepas itu dia mengangkat kepala. Memandang tajam ke arah Luisa saat meletakkan Frost ke atas tanah itu dengan perlahan-lahan. "Apa kau dah buat Luisa..."tanya dia dengan sebak yang amat.

"Tak...bukan salah aku!"geleng Luisa menafikannya. "Semua ni sebab kau! Semua ni salah kau perempuan tak guna!!!!"terkam Luisa yang kemudiannya menghempap badan Diane.

Diane menolak badan itu dengan kuat. Sebelum tangan itu mencekik lehernya.

"Mati lah kau!!!"jerit Luisa sewaktu mencekik Diane.

Diane mengangkat kaki lalu menedang kuat bahagian kangkangan gadis itu. Membuatkan Luisa mengerang kesakitan dan terbaring di atas tanah sesaat kemudian.DIia mengambil peluang itu untuk bangun dan bersedia menyerang.

"Hentikan semua ni Luisa!"minta Diane dengan renungan nekad sewaktu Luisa bangun berdiri.

"Tak....aku takkan berhenti selagi kau tak mati.aku nak kau mati! Kalau tidak dia orang akan datang cari kau dan jadikan kau sebagai penganti datuk yang mana sepatutnya aku!"Luisa melalukan tangannya ke udara. Menghapuskan pendinding agar dia dapat menggunakan kuasa semula.

Setelah kuasa diperoleh semula, Luisa gerakkan tangan dia ke arah Diane lalu menghasilkan satu puting beliung hitam dekat tapak tangannya lalu di talakan ke arah Diane.

Diane yang lihat cepat-cepat berlari ke arah belakang pokok untuk berlindung sebelum satu ledakan kuat kedengaran hingga menyebabkan serpihan kayu terpelanting hampir mengenainya.

"Kau tak boleh lari DIane!"ujar Luisa yang tanpa henti lemparkan puting beliung hitamnya ke arah pokok dimana Diane bersembunyi.

Diane pejam mata dia erat-erat. Dia dah lama tak gunakan tenaga menta dia yang selama ni tersimpan dalam badan. Jadi dia tak tahu apa akan berlaku kalau dia gunakannya sekarang. Dalam keadaan darurat begini, terpaksa la dia gunakannya jugak.

Dengan semangat berkobar-kobar di dada, Diane membuka mata dia lalu pandang ke depan sebelum matanya bersinar terang dengan cahaya biru sapphire.

Ini la dia!

Kuasa tersimpan dia.

Menta Kristal Biru.

Bersama tapak tangan berbola cahaya biru, Diane keluar dari balik batang pokok itu lalu melemparkan sebanyak mana bebola cahaya yang dia boleh ke arah Luisa tanpa henti.

Luisa yang tidak menjangka serangan bertubi-tubi Diane cuba pertahankan diri dengan puting beliung hitamnya.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now