10 | Melampau

72 18 4
                                    

Yuta Pov

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yuta Pov

"Korang. Korang tak pelik ke? Tentang kejadian yuna tu?" ucap mark yang tiba - tiba sahaja.

Aku, jaehyun dengan mingyu masing - masing dah landing nak ready tidur terus tak jadi tidur. Dia bangun dari pembaringan dia. Terus melihat aku yang mengerling mata dekat dia.

"Kod 4444." ucap mingyu sambil baring. Tapi mata dia terbuka merenung kipas yang berpusing di atas. Begitu juga jaehyun.

"Korang tak tahu ke mitos night walk tu?" tanya mark.

Masing - masing menggeleng.

"Mana aku tahu. Aku kan orang jepun." seloroh aku malas. Ianya mengundang decitan menyampah dari mark.

"Tak kesah lah jepun ke canada ke amerika ke. Ni, dulu senior atas masa aku semester satu. Johnny hyung, dia ada cerita pasal ni jugak. Sebab tu aku terkejut bila yuna tu cakap pasal kod 4444." jaehyun terus bangun dari baringya dengan mengejut.

"Maksud kau?" tanya jaehyun.

"Masa tu korang kan bukan roommate aku. Pastu kita kan campur roommate dengan senior last semester. Aku time tu roommate dengan johnny hyung, taeyong, ha dengan doyoung hyung."

"Ha pastu?" mingyu pun mula menunjuk minat. Dia tolak selimut dari kaki guna kaki dia. Lepastu bersila atas katil. Tinggal aku je yang berbaring.

"Johnny hyung cerita. Masa batch dia. Ada budak hilang masa night-walk. Dorang cari. Tak jumpa langsung. Bila kecoh of course mak bapak dia datang kolej la sebab anak dia hilang kan? Tup tup ada lagi yang mencari. Dorang jumpa budak tu dekat area tasik dekat belakang kolej. Padahal dah cari kat sana tau. Budak tu pengsan."

"Sebiji macam cerita yuna. Dia terikut even dia taknak sebenarnya. Dia ada gak lah sebut pasal 4444 ni. Aku lupa nak bagitahu korang untuk briefing dekat dorang. Sebab dah lama tak jadi kan."

"Pastu tadi aku masuk bilik lambat sebab aku otp dengan johnny hyung. Dia gelak je. Dia kata nasib jumpa. Kalau tak jumpa?" tanya mark.

"Eh tapi korang tak pelik ke? Jaehyun cakap dorang dah check banyak kali dah. Tup tup aku dengan taehyung baru naik sekali je dah jumpa." ucap mengyu diselitkan tawa sedikit. Kelakar bagi dia.

"Macam mana dia naik tingkat 4 siot bila tanya ada naik tangga tak? Dia cakap tak ada. Sah sah lah tu." ucap jaehyun.

"Hantu tu berkenan dengan dia kut. Degil sangat. Sesuailah tu." ucap aku. Mark membuat muka.

"Elehh.. Bukan kau ke paling risau aku tengok bila dia hilang?" aku menjeling mark.

"Yelahh.. Dah dia junior aku. Team dia pun aku dengan joy pegang."

"Next orientasi kene briefing pasal ni jaehyun. Nanti berulang balik kang." tegur mingyu. Jaehyun mengangguk.

"Mark nanti ingatkan aku pasal tu nanti untuk next orientasi."

AFTER YOU [이해찬 ] 2nd SeriesWhere stories live. Discover now