Yuna Pov
"Kau dari mana aje? Lambat betul masuk kelas." tegur Daeun dan aku pun menyengih. Yelah, mana tidaknya. Kelas pertama di semester pertama dah datang lambat. Sempat juga dia menjeling Haechan dan Yangyang yang masuk ke kelas selepas aku.
"Sorrylah weh, tadi ada mesyuarat mpp. Sebab cuti minggu ni ada program. Jadi hint aku minggu ni korang semua tak dapat balik. Outing pun limit 3 jam je heheheheh." Aku meletakkan bag aku dibelakang kerusi selepas mengeluarkan nota yang diperlukan kejap lagi. Tak silap kelas Medical Devices harini. Aku pun bernasib baik rapat dengan kak Ryujin. Jadi dia sedekahkan aku nota lama dia. Sesuai dengan subjekku untuk semester ni.
"Lah, aktiviti apa. Aku ada hal minggu ni. Kau tau kan hal apa."
"Kau ada hal hospital ke?" sampuk Yangyang dibelakang. Kebetulan dia duduk di belakang kami bersama Haechan.
"Aku rasa kalau ada hal kesihatan boleh je buat surat pelepasan, lepastu tunjuk bukti kau ada appointment dengan doktor. Bagi kat Jaemin sebab dia bahagian kesihatan dan keselamatan. Nak lagi senang bagi terus dekat Jeno." Daeun mengangguk - angguk saja mendengar penjelasan daripada Haechan.
"Takmo aku bagi Jaemin. Dia sekarang lagi garang dari dulu. Better bagi Jeno terus. Jaemin tu silap - silap tak layan aku pun. Yelah aku kan kawan baik Yu-" Yangyang terus menepuk meja perlahan. Terhenti percakapan Daeun.
"Lecturer dah masuk." bisik Yangyang perlahan. Terus masing - masing toleh kepala. Betul, kami pun membetulkan posisi duduk. Tapi aku sempat toleh dekat Yangyang balik seraya berkata Thank you tanpa mengeluarkan suara. Sebab aku tahu kenapa Yangyang buat begitu tadi. Yangyang mengangguk sambil mengangkat jari ok.
Kini kami fokus dengan kelas.
S
K
I
P
"Lepas makan ni kau nak kemana?" tanya aku pada Daeun. Kami sekarang makan di dewan makan, makan lunch. Bersama dengan Mina dan juga Feyy. Masing - masing nak makan rehat. Jangan tanya yein dimana. Dia diet katanya. Nami pun tak nampak batang hidung. Macam tak balik kolej je malam tadi.
"Ingat nak balik bilik rest kejap. Pukul 4 baru ada kelas kan sampai pukul 7. Bapak lama sial." bebel Daeun sambil meyuap makanan.
"Oh ingat nak ajak lepak library sambil buat kerja yang dibagi tadi." ujarku. Daeun menggeleng laju.
"Oooo gila taknak aku. Pusheng otak aku kejap lagi. Lagipun aku nak mandi lagi sebelum pergi kelas nanti." alasan Daeun. Dia memeang terkenal dengan manusia suka mandi kerap.
"Pemalas! Macam tak biasa dia ni. Darah panas macam Rusa babi." sampuk Mina yang duduk di depan aku dan itu mengundang ledekkan ketawa daripada Feyy. Wajah Daeun mencuka bila dia disamakan dengan Rusa babi.
YOU ARE READING
AFTER YOU [이해찬 ] 2nd Series
FanfictionWhen you hate each other.. Being the most loveable couple.. But it is not longer.. Cause something might be happened... DEAR..