70 | Alamak tertangkap

27 3 0
                                    

Renjun Pov

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Renjun Pov

"Ya!! Kang Nami stop!!!" jeritku dengan langkah kaki yang laju mengejar Nami yang ingin lari dari aku. Sudah banyak kali aku nak bersua muka dengan Nami namun dia asyik melarikan diri dari aku.

"Ya Nami!  Kau pekak ke!?" terus aku menarik tangannya. Dan kerana itu Nami automatik berpusing menghadap aku kerana aku menarik tangannya untuk menghadap aku.

"Awak nak apa Renjun! Saya ada hal lah!"

"Hal apa!? Hal kau nak lari dari aku!? Eh dalam kelas mungkin kau boleh lari dari but not now. Dah lama aku sabar dengan perangai kau dengan Jaemin. Aku tak nak mukadimah nak soal kau. Aku nak tanya kau. Betul ke kau dengan Jaemin dah buat benda bukan - bukan?" dengan hati membara aku menyoal tanpa berlapik apa - apa. Nami membesarkan kedua anak matanya.

"Apa awak maksudkan? Saya tak faham! Apa yang bukan - bukan??  Lepas lah Renjun sakit lah!" ucapnya sambil mengeliat pergelangan tanganya. Ingin melepaskan diri. Namun aku menguatkan cengkaman. 

"Tolonglah Nami, jangan macam ni! Kau dah lain sangat ni! Jujurlah dengan aku betul ke tidak!?" Ujar aku yang separuh hati ingin menangis. Lagi lambat dia nak jujur lagi sedih aku dibuatnya. Aku tak mahu Nami rosak semata - mata untuk seorang jantan!

Namun nami tidak menjawab. Dia cuba untuk melepaskan tangannya. Dari jauh kami kami diperhati pleh Yuna dan Haecham yang berada tidak jauh dengan kami. Tanpa sedar Nami sudah melepaskam diri sambil berkata.

"Awak jangan nak tuduh saya sembarangan Renjun. Saya dengan Jaemin sekarang dating dan suka hati kamilah nak buat apa - apa pun. Ianya tiada kene mengena dengan awak!"

"Awal boleh tak jauhkan diri awak dari saya? Saya rimaslah Renjun. Nanti Jaemin marah saya bukannya awak!"

"Dia siapa nak marah awak Nami? Itu hak awak nak berkawan dengan saya. Rapat dengan saya. Dia tu siapa je. Bukan suami awak Nami tolonglah sedar! Dia tak sayangkan awak tahu tak!"

"Dia gunakan awak jelah awak tak nampak lagi ke? Saya ni. Saya lelaki yang betul - betul ikhlas sayangkan awak. Kenapa awak kene kejar lelaki yang tak hargai awak Nami. Stop jadi bodoh Kang Nami!" aku grab kedua bahunya sambil menggoyangkan badannya. Supaya dia sedar aku lah lelaki yang tepat untuk jaga dia.

Bukannya Jaemin!

Nami menolak aku jauh dari dia. Akibatnya aku kebelakang sedikit.

"Saya tahu awak suka saya Renjun. Tapi awak kene ingat. Awak tak boleh paksa saya untuk terima awak. Saya anggap awak tu cuma kawan lelaki saya sahaja."

"Hati saya cuma untuk Na Jaemin."

Nami membetulkan totebagnya yang jatuh dari bahunya sambil menatap aku yang memanah dirinya dengan panahan anak mata aku. Aku menatap dia dengan tidak percaya.

"Tapi awak kene apply apa yang awak cakap tu pada Na Jaemin juga. Awak tak boleh paksa Jaemim terima awak! Hati Jaemin ada Im Eunna,  bukan awak! Tapi awak paksa Jaemin untuk terima awak"

AFTER YOU [이해찬 ] 2nd SeriesWhere stories live. Discover now