65 | Period

29 8 6
                                    

Yuna Pov

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yuna Pov

Pukul 5 petang.

Aku melepaskan keluhan penat sewaktu mengunci pintu Makmal Radiology. Aku tenung kunci tersebut. Cikgu Park meminta aku untuk pegang sampai esok. Sebab pukul 2 tadi dia ada kecemasan.

Anak dia masuk hospital sebab denggi. Kesian anak dia. Umur baru 2 tahun dah kena denggi. Aku memegang perut aku. Aku period dan harini adalah hari kedua aku kene. Senggugut dia memang ajak gaduh.

Kepala aku pun sebenarnya terhuyung - hayang sebab pening gila. Actually Feyy nak teman aku sampai petang tapi disebabkan dia ada kelas ganti lepas habis gotong - royong tadi jadi aku terpaksa bersendirian untuk check bangunan dah bersih ke belum.

Syukur kepada tuhan yang semuanya ok ok saja. Tak ada yang perlu nak dibersihkan lagi. Aku menyimpan semula gugusan kunci di totebag yang aku bawa. Kemudian memeluk diri kerana menahan sakit sambil berjalan balik ke hostel perempuan. Aku nak balik cepat cepat pad aku rasa dah penuh gila.

Aku harap aku tak bocorlah sebab aku takde rasa bocor ke apa.

Tanpa aku sedar jalan yang aku selusuri tu banyak budak junior dan sama batch aku sedang beriadah. Kebetulan tu semua padang. Ada juga yang berjogging. Sekilas pandang aku nampak ramai yang pandang aku.

Ada 2 orang perempuan yang lalu jogging sebelah aku dari belakang. Mereka potong aku sambil melirik aku sekilas. Lepastu mereka bercakap sesama mereka dan tertawa sambil sambung aktiviti mereka.

Dorang ketawakan aku ke atau ada cerita lucu antara mereka? Tak seban dorang pandang - pandang aku pastu ketawa. Melihat ramai yang melihat aku tiba - tiba mata aku tertancap pada Haechan yang berposisikan siap sedia untuk memanah dic area padang itu juga, posisi je nak memanah tapi kepala dia menghala kearah aku.

Kami ber-eye contact secara jauh sebelum aku memalingkan kepala aku kedepan semula. Aku berjalan laju laju daripada tadi, ingin segera sampai ke hostel. Terdengar laungan lelaki yang melaung nama Haechan. Aku tak hiraukan, maybe kawan dia dah lama sangat tunggu dia nak memanah.

Bunyi tapak kasut orang berlari kearah aku sangat kuat. Aku fikirkan ada orang berjogging di belakang aku.

Terasa badan aku tersentap ke belakang sedikit akibat tangan seseorang merangkul pinggang aku dari belakang. Aku terkejut lalu menunduk melihat pinggang aku. Sepasang tangan sedang mengikat kain seperti tangan jaket di perut aku.

Aku mendongak kekiri atas. Aku dapat melihat figura Haechan. Aku kenal jawline dia macam mana. Mata aku membesar saat dia menunduk kebawah sedikit menoleh kearah aku. Dia menolak bahu aku yang dipegang olehnya untuk keep berjalan.

Automatik kami berjalan sama - sama dengan dia memaut kedua bahu aku. Dia pulak kebetulan berdiri belakang aku. Kami menuju ke dewan akademik. Secara amnya, kami berpatah balik sedikit.

Sekali tengok macam orang tengah dating. Bibirnya mendekati telinga aku.

"Kau bocor." mata aku yang membesar menjadi semakin besar. Muka aku macam kene simbah dengan air panas kerana membahang malu. Aku rasa macam nak tutup je muka aku sekarang. Patutlah ramai yang pandang aku!

AFTER YOU [이해찬 ] 2nd SeriesWhere stories live. Discover now