2 Weeks later
Haechan Pov
"Terserah lah appa nak cakap apa pun. Hyuck taknak! Hyuck nak study engineering not bussiness management. No hell no!" aku ingin pergi dari situ tetapi appa membuntuti dari belakang.
"Hyuck dengar cakap appa! Pindah ke belgium then sambung study disana!" terus aku pandang appa dengan muka tidak puas hati.
"Hyuck tak nak!"
"Dahla tu yeobo...biarlah hyuck tentukan masa depan dia. Jangan paksa paksa dia." pujuk mummy.
"Hyuck! Appa sedang ambil berat tentang masa depan hyuck! Tapi hyuck langsung tidak ambil endah!" encik lee langsung tak nak dengar pujukan isterinya.
"Appa.. Don't.." pujuk karina.
"Karina boleh ambil alih tanggungjawab tu." pujuk karina. Dia tidak mahu haechan rasa terbeban lagi.
"Appa fikirkan masa depan dia sahaja. Siapa lagi nak teruskan perniagaan appa kalau bukan anak lelaki appa. Kamu itu perempuan karina. One day kamu akan ikut husband kamu." aku buat muka mengejek dan pasrah..
"Yelah. Masa depan. Masa ada omma dulu tak ada pun pedulikan kami berdua. Masa depan hyuck ke apa. Sebuk kejar harta. So? Go on! Jangan perdulikan aku lagi!"
"Macam mana kau tak perdulikan mak aku! Macam tu kau tak payah ambil kesah sama ada aku hidup atau mati!" terus aku melangkah naik kebilik yang berada di tingkat 3.
Bamb!!!! Bunyi hempasan pintu bilik aku.
Terdiam Mr. Lee.
Terkejut sampai begitu sekali anak lelakinya itu. Begitu marah dan emosi kepadanya. Dia mengaku.
Itu memang salah dia.
Tapi bukan dia sengaja. Dia memang sayangkan mendiang isterinya. Cuma haechan yang tidak tahu perkara sebenar. Yang sebenarnya. Ibunya yang mengizinkan suaminya untuk berkahwin dengan orang lain. Dan ceraikan ibu haechan.
"Karina kamu naik bilik. Mummy ada benda nak bincang dengan appa." pinta mummy dan disambut baik oleh karina. Terus berlari dia kebilik.
Mummy memandang kearah suaminya dengan sedikit riak marah.
"Sampai bila awak nak rahsiakan semua ini! Haechan semakin hari hari semakin kurang ajar dengan awak!"
"Dan saya tak salahkan tindakan haechan pada awak. Sebab awak yang nak dia buat macam tu pada awak! Please Sam Joon... Jujur dengan dia. Dia sudah cukup dewasa untuk tahu perkara yang sebenar."
Appa dah kaku je dari tadi.
"Sam Joon! Dengar tak apa yang saya cakap?" appa terus angkat muka dia. Dengan riak datar.
"Kalau dia tetap berkeras tak mahu ikut kita pindah ke belgium next week. Saya akan potong elaun dia. Saya nak dia hidup susah tanpa kita!"
"Nak sangat memberontak! Ha memberontak lah kau!" dengan tidak percaya puan lee dengar satu persatu perkataan yang keluar dari mulut Lee Sam Joon.
YOU ARE READING
AFTER YOU [이해찬 ] 2nd Series
FanfictionWhen you hate each other.. Being the most loveable couple.. But it is not longer.. Cause something might be happened... DEAR..