Jeno Pov
"Kau cakap betul - betul jaemin. Kau dengan nami tu betul - betul ke atau sekadar apa?" Jaemin yang sedang menggantungkan bajunya di dalam almari cuma tersenyum kecil.
"Kau rasa?" Aku rasa sedikit tidak sedap hati. Tapi aku tepis cepat - cepat sebab jaemin ni jawapan dengan perbuatan pun bukan selaras sangat pun. Main - main je lebih.
Aku percaya sahabat aku ni baik je perangai. Walaupun kadang annoying nak mampus.
"Aku berkawan je dengan nami. Well, kita kena terima takdir lah kan? Aku tak boleh dengan sora either yuna. Mungkin ada sebab tuhan buat macam tu. Jadi aku ikut jelah flow takdir aku." jawapan jaemin yang aku tunggu akhirnya.
"Tapi kau tahu kan? Dia suka kau gila - gila punya." aku tahu nami tu obses sangat dengan jaemin dan aku tak faham kenapa. Bila ditanya nami cuma jawap.
Jaemin baik.
Jaemin hensem.
Jaemin lelaki idaman dia.
"Aku tahu. Tapi tak salah kan berkawan dulu? Kenal hati budi." tanya jaemin. Aku angguk mengiyakan.
Betul lah apa yang jaemin cakap.
Kenal hati budi dulu.
"Jeno!?" terkejut aku kerana nama aku dipanggil dengan kuat. Terabur semua lamunan aku tadi. Yeon membelek muka aku tanpa menyentuh muka aku.
"You alright?" tanya Yeon prihatin. Aku angguk tanda aku sedang baik saja. Sesekali aku suap makanan aku kedalam mulut. Then hirup air sedikit.
"Saya dah kenyang." Yeon meletakkam sudu dan garfu dia di atas pinggannya. Aku melihat makanan dia. Tak habis pun.
"Kenapa tak habiskan?" Yeon menggeleng.
"Saya dah kenyang. Lagipun saya timbang berat saya semalam dah naik 3 kg. Berat saya pun dah jadi 52kg
Saya nak diet sikit. Tak nak makan terlalu banyak." aku hela nafas panjang."Habiskan sajalah makanan tu. Kesian dia awak tak habiskan. Soal berat badan tu. It's okay, awak tak nampak gemuk langsung pun. Saya tetap sayang awak even awak berisi sekalipun." pujuk aku.
"Yelah tu. Nanti saya dah gemuk awak tinggal saya." comel pula aku tengok dia buat muka menyampah. Masih dengan mood merajuk dia lagi.
"Ada jodoh saya tak tinggal. Oklah awak tak nak makan bagi saya. Saya habiskan." Yeon terkedu.
Yeon diam. Lepastu dia tersenyum kecil.
"Terima kasih."
"Sebab?"
"Awak buat banyak rama - rama terbang dalam perut saya." aik!?
S
K
YOU ARE READING
AFTER YOU [이해찬 ] 2nd Series
FanfictionWhen you hate each other.. Being the most loveable couple.. But it is not longer.. Cause something might be happened... DEAR..