29 | Biadab

59 16 2
                                    

Mark Pov

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mark Pov

Semasa aku menemani feyy menuju ke asrama. Tiba - tiba kami terserempak dengan geng cindy yang mungkin baru balik ke asrama juga. Cindy menegur aku.

"Oppa!" panggil cindy nyaring. Terkejut aku dengan feyy dibuatnya. Kami hanya melihat cindy yang berjalan mendekati kami.

"Ohhh sebab ni la oppa nak break dengan cindy? Ni la punca dia?" jari runcing cindy menuding kearah feyy.

Aku menggeleng perlahan.

"Bukan cindy, saya ada sebab saya sendiri. Bukan sebab dia. Ok macam ni, awak tunggu saya dekat hujung sana. Nanti saya datang." pintaku secara lembut.

Pada awalnya cindy menolak tetapi atas desakan aku yang memujuk, dia pun pergi menunggu tempat yang aku suruh. Tapi sempat cindy menjeling feyy.

Aku memegang kedua bahu feyy.

"Kau masuk dulu. Aku pergi jumpa dia. Balik bilik kalau ada yuna, terus minta maaf. Aku rasa yuna akan ok. By the way ni." aku memberi bungkusan makanan yang aku beli tadi.

"Makan dengan roommate kau tau?" tuturku perlahan.

"Bukan ni untuk roommate kau?" aku angkat bungkusan yang masih bersisa di tangan aku.

"Ni ada. Aku sengaja beli lebih untuk korang sekali. Dah pergi masuk asrama. Aku nak kene jumpa cindy tu dulu kang tak pasal pasal menjerit lagi budak tu." tuturku seraya mengusap pipinya perlahan sebelum mendaratkan ciuman singkat ke dahi dia.

"Dah pergi masuk." arahku dan feyy mengangguk sebelum berjalan kaki masuk ke kediaman asrama perempuan.

Aku menghela nafas malas seketika sebelum membalikkan badan aku menghadap dimana cindy menunggu aku.

"Dah tipu aku hidup - hidup lepastu tak ada rasa serbasalah. Shit." gerutu aku sebelum melangkah menemui dia.

S

K

I

P

Feyy Pov

"Feyy bukak pintu. Yuna tak tu lupa bawak kunci." arah yeon kerana rimas bunyi ketukan pintu yang bertalu - talu.

Padahal katil dia paling dekat dengan pintu 🤨

Tapi takpelah.

So aku pun pergilah bukak pintu sebab excited yuna balik.

Bila buka pintu je aku terus nampak muka cindy and the geng dekat depan muka pintu.  Dorang dengan kurang ajar terus masuk bilik kami. Sempat jugak dia buat aku mundur kebelakang sedikit.

Yeon dengan nami terbangun dari pembaringan mereka.

"Hey korang nak apa datang bilik kami?" tanya yeon separuh nak mengamuk.

AFTER YOU [이해찬 ] 2nd SeriesWhere stories live. Discover now