09 | 4444

63 18 1
                                    

Renjun Pov

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Renjun Pov

Aku merenung sekujur tubuh yuna yang terbaring lemah tidak sedarkan diri dari semalam. Muka dia pucat sangat. Macam tiada darah yang mengalir di kawasan muka dia. Macam mana dia boleh hilang?

Ya.

Satu kolej dah tahu bahawa dia hilang semasa night-walk haritu. Sebab ara terlepas cakap dalam group. Dia salah sent teks.

Tiba - tiba jaemin datang bersama botol air mineral ditangan dia. Dia letak botol air mineral tersebut atas meja sebelah katil yuna. Aku mendongak melihat dia. Dia juga membalas tatapan aku sekilas.

"Baru sampai ke?" Tanya dia. Aku mengangguk.

Jaemin menarik kerusi katil sebelah. Kemudian duduk bertentangan dengan aku. Kini yuna berbaring  tengah antara kami berdua.

"Kau kawan yuna?" Tanya dia.

"Ya, kawan dari masa hari daftar tu."

"Tapi tak pernah nampak korang berdua berborak pun?"

"Perlu ke berborak depan kau?" soal aku balik. Jaemin terdiam. Kemudian dia senyum kecil.

"Sorry, aku tak pernah nampak kau bercakap dengan dia. Tu aku tanya."

"Tak apa. Tak kesah pun."

Suasana kini kembali sunyi. Hanya bertemankan air iv drip yuna yang menitis satu persatu. Jaemin mendiamkan diri sambil merenung yuna.

Aku juga begitu.

"Kau suka dia ke?" Jaemin mendongak memandang aku yang dari tadi menatap dia merenung kearah gadis tersebut.

"Kenapa?" Dia senyum kekok.

"Aku nampak. Kau macam suka dekat dia. Tu je." Jaemin ketawa kekok.

"Mana ada. Dia kan team aku-"

"Your eyes told everything." Bibir jaemin terkunci untuk berkata - kata apabila mendengar statement dari aku. Aku senyum senget.

"Jangan risau. Aku tutup mulut." Ujarku dengan yakin. Jaemin menguntum senyuman.

"Thanks."

"My pleasure."

S

K

I

P

Dua hari kemudian.

Yuna Pov

"Awak ok?" tanya rose sunbaenim. Kini aku hanya duduk di penjuru dewan ditemani fasi yang menjaga kawasan dewan. Memerhati pelajar lain sibuk bermain game yang  diarah oleh taeyong sunbaenim buat untuk malam ini.

"Seronok tengok dorang bermain. Meanwhile saya hanya mampu tengok dari jauh." jennie sunbaenim menepuk bahu aku perlahan sambil tersenyum. Dia mengambil duduk sebelah aku.

AFTER YOU [이해찬 ] 2nd SeriesWhere stories live. Discover now